Khamis, 7 November 2013

suka suki di Pulau Pangkor


kat teluk batik

aktiviti pagi, main bola beracun

aktiviti pagi, merapu... hahaha
otw nak p snorkeling

otw nak p snorkeling

ikan buntal... dah inna dah... 
aku, nani, nazla dan senior2... dan juga ikan buntal hahaha

otw p jeti, nak balik dah waktu nie... ronda-ronda dulu :D

aku p pulau pangkor anjuran kelab kenu. memang best bagi aku. kami bertolak dari uum pada 1 haribulan 11. sampai kat teluk batik. tido sana satu malam. pastu esok pagi dalam pukul 10 lebih kami berkayak dari teluk batik hingga pulau pangkor. berkayak ya. esoknya pula kami snorkeling. 4/11/2013 kami ronda-ronda pastu kami balik sampai UUM tepat-tepat pukul 12 tengah malam

bagi aku memang best aktiviti kelab kenu. dan yang aku suka bila makan dalam dulang. bukan selalu nak makan macam tu.

suka suki di UUM #2





mak ayah aku :D

mak dan ayah aku

entah pape dan merapu :D


Khamis, 31 Oktober 2013

hidup suka suki di UUM #1

gambar-gambar nie kami tangkap selepas aktiviti GCB. 


gambar nie yang paling aku suka. sebab nampak pokok




Ahad, 29 September 2013

suasana baru-UUM-raya haji

rasa macam dah lama aku tak post kat blog. hahaha. sekarang nie aku bz sikit. hahaha...
bz ngan kelas. erm... aku sekarang dok beljar kat UUM. hahaha. aku macam tak percaya yang aku dah belajar kat U. memang berbeza belajar di sekolah dengan di U. sejujurnya aku rindu kat zaman sekolah.

kat UUM, kawan aku makin bertambah dan bertambah. aku ada kawan dari pelbagai negeri. negeri johor, kelantan, negeri 9, selangor dan banyak lagi. best dapat kengkawan baru. pandangan dan pengetahuan kita lebih meluas.

tak lama lagi nak raya haji. dengar-dengar kata cuti dua hari ja, jadi kengkawan aku yang tinggal jauh mungkin tak balik raya haji nie. erm... kesian-kesian. aku? mestilah balik, rumah dekat je. lebih kurang 45 minit je dari uum. hari isnin dah balik(kalau still ada kelas) dan khamis tengah hari baru balik (kalau kelas still ada hari khamis) sebab kelas mula pukul 12.30tengah hari.

semoga perjalan hidup aku dipermudahkan. Amiin

Khamis, 29 Ogos 2013

benda alah

awat aku rasa macam dah kantoi ja. aku harap  tak terkantoi lah.aku rasa memang kena stop dah buat benda alah tu dan kalau dia mula dulu, aku on balik. hahaha. tapi kalau aku jadi dia, memang aku dah tau sapa aku. tapi sangat-sangat bagus kalau dia tak tau, sebab nanti akan muncul masalah. masalah tu tak akan terjadi kalau aku tak buat benda alah tu. di sebabkan aku buat benda lah tu, kemungkinan besar akan muncul masalah tu. kan best kalau kita nie memang boleh bual dengan happy. huh.

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadhan

esok dan mula puasa :)
jadi selamat berpuasa
anggap ramadhan kali ini ramadhan yang terakhir.



Sabtu, 6 Julai 2013

erm.... twitter

tak boleh ke teruskan persahabatan kalau tak tahu tentang diri seseorang tu. macam nama, tempat tinggal atau sebagainya.

bagi aku, okey je. ikut individu lah kot. hahaha.

aku pernahlah bertwitter dengan seorang manusia nie. kiranya twitter tu bukan guna nama akulah. aku mula tegur dia sebab aku nak kenal dia. bukan kami tak pernah kenal. kenal. tapi kenal macam tu saja. seingat aku, aku dengan dia tak pernah cakap. dulu pernah, tu pun sebab dia tegur aku jangan dekat-dekat dengan lembu. kalau aku jumpa dia, aku hanya senyum je. ye lah, aku tak pernah berbual dengan dia. memang aku dengan dia dah lamalah kenal. tapi masing-masing tak pernah berbual. aku bukan nak buat apa-apa pun. cuma mahu berbual ja. sebab aku nak tahu sesuatu dari dia. tapi disebabkan tak pernah berbual atau pernah bual tapi mungkin aku yang tak ingat.

aku tegurlah dia kat twitter. tapi disebabkan sesuatu, aku tak boleh bagi tahu nama aku, macam mana aku boleh kenal dia dan di mana aku tinggal. sebab kalau aku bagi tahu, pasti akan muncul sesuatu isu. jadi disebabkan aku tak mahu muncul sesuatu isu tu muncul, aku tak mahu bagitahu. mula-mula okey. mungkin sebab dia bosan dah kot dok tanya soalan yang sama. dia dah tegur aku kat twitter. aku pun segan nak tegur dia.

 jadi aku rasa, baik macam sedia kala. kalau dah takdir satu hari nanti aku tahu, aku akan tahu juga

Jumaat, 14 Jun 2013

nama aku

aku suka kalau orang panggil aku guna nama aku. nurul a'fifah atau nurul atau afifah. sebab nama aku ada maksud. secara tak langsung diorang akan doakan aku. waktu aku kecil-kecil kiranya zaman aku tak tahu apa-apa, kawan-kawan aku panggil aku pipah. ada banyak sebab aku dah tak suka orang panggil aku pipah. salah satunya sebab pipah tak ada maksud. lagipun sejak aku zaman sekolah rendah hingga tingkatan 6, aku sentiasa di samping manusia yang ada nama afifah dan di panggil pipah. sungguh aku rasa sangat malas untuk perasan diri aku yang diorang panggil aku, padahal panggil pipah satu lagi. erm..

kalau orang tanya nak panggil apa waktu zaman sekolah lah, aku akan suruh panggil aku nurul. tapi tak ada pon yang panggil aku nurul, cuma sejak tingkaan 6 ada lah.  waktu plkn pon aku suruh diorang panggil aku nurul. memang aku agak kekok juga sebenarnya. so, buat dono je lah. sebab aku memang nak semua orang panggil aku nurul.

kawan-kawan aku yang dah biasa panggil aku pipah tu, aku relakan juga hati aku nie. :D

dan aku rasa akan jadi manusia unik, kononnya kalau ada orang panggil nama penuh aku iaitu nurul a'fifah. sebab jarang nak jumpa manusia yang panggil seseorang tu dengan nama full kecuali nama dia satu perkatan ja contoh macam kawan aku nama dia syamimi binti wahab. kebanyakkan panggil dia syamimi.


bahagia

aku cuma mampu berdoa semoga kawan-kawan aku bahagia dengan pilihan mereka. ya lah, tak kan aku nak tengok diorang rasa sedih pulakan. aku harap diorang pon doakan macam tu pada aku :D


Sabtu, 8 Jun 2013

apa yang kita sentiasa minta tak semesti apa yang kita mahukan

aku selalu sebut kata aku nak sesuatu. tapi dalam hati aku, aku tak mahu sesuatu itu. aku hanya mahu mereka lebih memahami apa yang aku rasakan.

apa yang aku mahu rasa

pelikkan kisah manusia. pelik ke? entah. erm.

aku masih keliru. ya keliru. dengan apa yang mereka mahukan dan dengan apa yang aku mahukan.

tanya sama hati, apa yang aku rasa. sungguh aku keliru dengan apa yang aku rasa.

kata kawan aku, ada sesuatu yang menghalang untuk merasa sesesuatu walaupun aku mahu

memang.

sebab aku mahu betul-betul mahu dihargai.

aku tak mahu mudah mendapatkan rasa itu.



Jumaat, 24 Mei 2013

perasaan boleh dikawal

ingat
perasaan itu boleh dikawal
bak kata amir dalam 'aku, dia dan tong sampah'

punca diri sendiri

aku suka betul nak kantoikan diri akukan. suka betul bagi masalah kat diri sendiri. semua berpunca diri sendiri. erm. kan best kalau boleh hilang kan macam tu bila kita tak nak, dan muncul bila kita nak. memang dalam mimpi jelah.

post

dalam bulan nie nak kata aku bz tak lah sangat, cuma tak ada peluang nak online sangat. dan aku rasa sangat-sangat  huhhh kalau tak online. tapi aku still hidup lagilah. cuma rasa bosan je kalau tak online. malam-malam jelah aku rasa bosan pon.  sebenarnya aku banyak gak nak post. tapi rasa malas sebab tak boleh terus nak post kat blog.  tu yang menyebabkan aku rasa malas. erm. senang kata alasan semata-mata, kalau ada usaha boleh je nak post.

kalau

kalaulah perkara yang selalu aku sebut 'kalau' tu menjadi, mesti hidup aku macam wah... hahaha... ya lah, selalunya aku guna 'kalau' untuk perkara yang tak jadi atau dah jadi pastu kita menyesal. lebih kurang macam tulah. selalunya perkara 'kalau' aku tu menunjukkan aku berangan lah. hahaha. contoh 'kalaulah aku boleh jumpa artis korea'. tapi boleh je ayat dimulakan 'kalau' tertunai. cuma kitalah kena usahakan sendiri

Sabtu, 27 April 2013

susah nak puaskan hati semua orang dan kita

hidup ini susah nak puaskan hati semua orang termasuk diri kita sendiri. memang tak semua perkara yang terdapat dalam dunia yang sempurna, pasti akan ada kekurangannya.  di sebalik kebaikkan pasti ada juga keburukkan. contoh ubat yang di ambil di hospital atau sebagainya, memang ubat itu penawar untuk penyakit, tapi dalam jangka panjang, mungkin juga kita akan mendapat penyakit kesan daripada pengambilan ubat berterusan atau sebagainya. contoh penyakit buah pinggang.

hidup nie memang tak indah mana, tapi kita boleh mengindahkannya. jangan anggap semua perkara yang memberi kita kesusahan itu memberi kesan yang tak baik kepada kita. kadang kala, kesusahan yang kita alami itu memberi sejuta makna dalam hidup kita. cuma kita saja mungkin tak sedar.

kita selalu mendengar yang 'Allah memberi dugaan atau ujian pada kita sebab kita mampu hadapinya dan di sebaliknya pasti hikmahnya. cuma masa yang tentukan.'

itu pasal kita kena terima dengan hati redha walaupun memang susah untuk kita terima.


selalunya bila kita nak cepat dalam sesuatu perkara, pasti macam ada yang melambatkan kita. waktu itu perasaan marah pasti ada dalam diri kita. memang kena sabar selagi boleh, kalau dah tak boleh, kenalah lepaskan perasaan itu waktu dan  tempat yang tiada orang akan terasa dengan kita.

memang susah  nak puaskan hati orang lain dan diri kita. tapi kita boleh buat yang terbaik untuk semua orang dan juga diri kita

Jumaat, 12 April 2013

diam dan mula?

aku akan lebih diam bila aku berdepan dengan seseorang perlu aku diamkan diri aku. kadang kala aku sengaja aku diamkan diri aku dari berbual dengan seseorang itu. dulu, aku cakap juga dengan seseorang itu, apabila aku mengambil tindakan untuk menjadi 'pemalu' aku terus kaku untuk berbual dengan dia. dan sekarang. aku hanya mampu melihat dia berbual tanpa melibatkan diri aku dalam berbualan dia.

aku memang mahu berbual dengan dia, tapi aku tak tahu nak berbual apa. aku rasa, aku tak perlu untuk berbual dengan dia. sebab aku lihat dia pun macam tak mahu berbual dengan aku. ya, memang kena salah seorag perlu mula berbual, kalau tidak, sampai bila-bila aku dan seseorang itu tak akan berbual.

perlukah aku yang memulakan perbualan???


BUKU ZINE

orang yang pemalas adalah orang suka membazir

mengharap mencuba

aku sentiasa mengharap dengan perkara yang selalu tak akan terjadi. senang kata, aku suka berangan-angan. mimpi di siang hari. aku harap aku mudah lupakan seperti mana mudahnya dia muncul. muncul tanpa disedari, dan pergi tanpa sedari juga.

kelu itu pasti bila terjadi pada aku. aku hanya mampu memandang.
kau dia dan mereka.

aku cuba tiadakannya
tapi sukar



bosan melupakan

bukan mudah aku lupakan
berkali-kali aku mencuba
dan terus mencuba
dan kau tetap muncul di depan aku

aku sudah bosan
bosan dengan perasaan ini
aku sangat harap dia berlalu
berlalu jauh dari aku


Ahad, 7 April 2013

:)

kadang kala bila kawan baik kita tahu yang kita cintakan seseorang dan tanpa kita sedari kawan baik kita juga sukakan orang yang sama, dia hanya pendamkan diri hinggalah kita tahu yang kawan baik kita itu cintakan orang yang sama kita cinta.

memang kita rasa marah dan kecewa kalau orang kita cinta itu rupa-rupanya cinta juga kwan baik kita. kita akan rasa marah sebab kawan baik kita cintakan orang yang kita cinta, tapi sebab kawan baik kita tak cerita perasaannya pada kita.

Jumaat, 5 April 2013

....

apabila sahabat kita yang sudah tenat sakit meminta tolong pada kita untuk bersama orang yang dia cintai. kita menolong dia. lama-lama kita benar-benar jatuh cinta dengan si dia itu. si dia itu tidak tahu bahawa kita mendekati dia kerana sahabat baik kita dan orang yang dia cintai.

kesian, dan cemburu kita akan rasai sebab sahabat baik kita mendekati si dia dengan rahsia dan dalam pengetahuan kita. kesian kerana, dia akan pergi selama-lamanya. cemburu, sebab ada orang mencintai si dia. tapi aku rasa mungkin akan lebih kesian.

kadang kala, kita perlu menyiksakan perasaan kita untuk melihat orang lain bahagia


Sabtu, 30 Mac 2013

Mujhse Dosti Karoge

aku memang minat filem hindi. salah satunya Mujhse Dosti Karoge.

saku suka filem nie  sebab jalan cerita dia. sebab cerita dia sangat-sangat aku suka.

heroin, Pooja
hero, Raj
heroin kedua, Tina

diorang bertiga berkawan sejak kecil lagi. waktu kecil Raj memang suka Tina. Pooja pula sukakan Raj, tapi dia pendam je. satu hari raj dan keluarga dia kena p London. waktu nak p tu, Raj minta Tina balas e-mail dia. tapi Tina tak ada komputer. Pooja dengan rela hati kata Tina boleh balas guna komputer dia.


Sampai London, Raj pon hantarlah e-mail. email Raj dibalas juga, tapi bukan Tina yang hantar, tapi Pooja. tapi waktu Pooja balas email Raj, dia tak guna nama dia, dia guna Tina. mungkin sebab dia tau yang Raj harapkan Tina yang balas.

diorang berhubung bertahun-tahun. Raj ingat yang dok beremail dengan Tina tapi yang sebanarnya Pooja. satu hari Raj bagi tahu yang dia dengan keluarga dia akan pulang ke India. bercuti.

Pooja harap Tina berlakon yang kata dia yang dok email dengan Raj. Tina setuju.

waktu hari Raj sampai India, Pooja harap Raj kenal sapa yang dok beremail dengan  dia. tapi Raj berlalu di depan Pooja dan menuju Tina. Pooja waktu tu memang sedih gaklah.

dan kalau nak tau lebih lanjut cerita nie, tengok sendirilah. baru best.

aku sangat kesian Pooja waktu Raj di India. ya lah, Raj asyik dengan Tina dia. mungkin sebab dia ingat Tina yang dok balas email dia kan. tu yang dia jatuh cinta tu.

Pooja terpaksa pendam je perasaan dia. Pooja tak bagi tau sapa-sapa pon yang dia cintakan raj.

sampai satu saat raj tau yang dok balas email dengan dia adalah Pooja. ok, diorang pon bercinta waktu tu. waktu tu diorang ada kat London.

bila diorang balik India, diorang dapat tau yang ayah Tina meninggal. Pooja tak sanggup nak teruskan hubungan tu sebab Tina memang dah mula sayangkan Raj.

waktu tu lah, Raj dan Pooja korbankan cinta mereka  demi persahabatan.

bla bla bla

akhirnya Raj dan Pooja bersama juga.

aku suka satu part nie waktu diorang menyanyi. memang banyak lagilah diorang nyanyi, tapi diorang ambik sikit-sikit jelah. aku malas nak terang sabab apa aku suka.

aku suka cerita nie sebab:
-Pooja pendam cinta dia kat Raj bertahun-tahun
-Pooja dekatkan diri dia dengan Raj dengan email, maksud aku dia tak bagi Raj tak tahu yang dia dok balas email dengan Raj
-diorang korbankan cinta demi persahabatan, dan akhirnya meraka bersama juga
-dan banyak lagilah yang aku suka


aku suka bila kita sanggup korbankan cinta kita demi persahabatan. bagi aku, last sekali kita akan dapat kebahagiaan juga bersama orang yang kita cinta.

Biarlah YM Berbicara

aku memang suka baca novel terutamnya novel cinta. :D

bila aku baca novel, mesti aku berangan konon akulah jadi heroin dalam cerita tu. memang best kot. hahaha.

tadi, aku baca balik novel 'Biarlah YM Berbicara' karya  Hanni Ramsul. aku suka cerita dia. aku suka cara hero itu mengorat si heroin, dia bukan mengorat depan-depan, tapi melalui YM. yang heroin nie tak tau yang boss dia a.ka. hero yang dok chat dengan dia. aku suka saat-saat bila terkantoi. hahaha.

kalau nak tau jalan cerita dia, baca sendiri novel tu. :D

tapi memang aku suka cerita nie, sebab cara si hero mengorat kot.

novel nie aku beli 2009 kot, aku pon tak sure. tapi dah nak relai dah sebab tuan macam aku nie. nasib kaulah novel.




Jumaat, 29 Mac 2013

ejaan, mungkin

dari dulu sampai sekarang aku memang ada masalah ejaan. hahaha. kadang kala aku terlupa nak eja sesuatu perkataan. baru-baru nie aku ada tanya kawan aku macam mana nak eja 'sain' aka tandatangan. memang apa yang dieja kawan aku sama apa yang aku tulis, tapi sebab tak yakin. hahaha. bukan sekali dua aku terlupa nak eja sesuatu perkataan. mungkin aku tak yakin dengan ejaan aku sebab aku jarang menulis perkataan tu kot. erm

aku sejak umur 12 kalau tak salah memang minat berkarya jugalah. aku suka guna perkataan 'mungkin' dalam setiap karya aku. mula-mula aku taip 'mungkin' ialah 'mukin' mungkin sebab aku eja apa yang aku sebut kot, lepas tu 'mukin' aku bertukar menjadi 'munkin', tambah satu huruf dah. hahaha. selepas tu aku tukar pula 'munkin' aku menjadi 'mungkin' :D

mukin ---> munkin ---> mungkin

e-novel, jodoh

tadi aku baru habis baca e-novel 'kerana sekali cinta'. aku suka hero dia. hahaha. nama hero dia Zafran, umur 31 tahun. jangan kata tua, kata matang :P

nama heroin Aranesa. umur 20 tahun. hahaha. sama umur dengan aku. :P

diorang berkahwin waktu umur hero 31 tahun dan heroin umur 20 tahun. nak kata diorang kahwin sebab terpaksa memang tak lah. Zafran kenal Resa dalam dua tiga hari macam tu macam tu, pastu suruh mama Zafran pergi meminang. yang Resa tak tak tahu pon.

aku suka cerita dia. aku suka hero dia. aku suka hero dia sebab dia matang. hahaha. sungguh sebab tu. memang beza umur mereka berdua 11 tahun, tapi kalau dah jodoh nak buat macam manakan. Zafran nie, memang... susah aku nak luahkanlah. tapi memang aku sukalah Zafran nie

dulu, zafran pernah suka sorang minah nie, nama dia Ana apa entah. tapi Ana dah kahwin, Zafran hanya simpan ja sampailah dia dah jatuh cinta Resa.

oleh sebab suami Resa ini matang, Resa juga mematang dirinya. sweet. hahaha

kadang kala, bila kita kita ikhlaskan hati kita menerima apa yang terjadi iaitu si dia bersama dengan orang lain, Dia akan memberi kita yang terbaik untuk kita suatu nanti.

jodoh nie, bila nak sampai kat kita, memang tak kira usia :D

'jodoh ini memang indah' kalau tak silap aku, ayat tu aku baca waktu tengah baca e-novel nie.

bagi aku jodoh yang telah ditetapkan oleh Dia, memang indah, sebab Dia akan memberi yang terbaik untuk kita


aku baca e-novel nie kat blog INI

Khamis, 28 Mac 2013

susah-susah

susah juga nak buat pilihan. erm.

kawan makan kawan

kawan nie macam-macam ragam. 

yang tak boleh blah sekali, kawan makan kawan. disebabkan nak sesuatu dia sanggup korbankan kawan dia dengan cara yang kotor. memang tak boleh di buat kawan betul dia tu. aku pasti, suatu hari nanti pasti dia akan menyesal. sebab setiap balasan jahat, pasti akan dapat pengajarannya, walaupun tak di dunia, pasti di akhirat. 

memanglah dalam sesuatu hubungan itu akan rasa ccemburu, tapi kalau kita sudah usaha habis mungkin dan masih tidak dapat maknanya bukan rezeki kitalah tu

buat dia jatuh dengan kita :)

cinta nie memang boleh mebuatkan seseorang itu berubah. hahaha.

kadang  kala, kita tahu yang dia bersama dengan kita atas sebab-sebab tertentu. tapi kita masih ingin bersama dengan dia. sebab??? sebab kita cintakan dia, kita nak bersama-sama dengan dia. kita sanggup menerima cinta dari dia walaupun cinta dia itu sememang penipu. tapi kalau kita sendiri sanggup untuk bersama dengan dia, konon cinta sampai mati, kita masih bersama dengan dia.

mungkin kita boleh buat da jatuh cinta dengan kita. cinta ni memang tak boleh dipaksa, tapi boleh di pupuk.  kita kena jatuhkan dia agar dia juga cintakan kita. jadi, kita dan dia akan saling mencintai. kiranya happy ending lah.

Rabu, 27 Mac 2013

keluarga

tak semua keluarga bahagia. dalam sebuah keluarga, pasti akan ada masalah. tapi macam mana kita nak selesaikan masalh itu sahaja yang mebezakan. kadang kala kita boleh mendapat pengajaran bukan sahaja dari pengalaman yang dihadapi, tapi pengalaman dari orang lain, mungkin juga dari apa yang kita tonton.

kadang kala kita lihat dia tak bersungguh-sungguh dalam mensempurnakan keluarga dia, tapi apabila dia telah mencuba sehabis baik, itu dah cukup untuk sempurnakan keluarga dia. memang tak semua keluarga bahagia.

bila ada masalah, duduk berbincang. selesaikan masalah itu bersama-sama.

Selasa, 26 Mac 2013

belon dan warna warni


aku suka belon. sebab dia banyak warna warni. pastu dia akan terbang dan pecah. aku suka lihat benda yang akan ke langit.

baru habis baca e-novel 'cinta biar saja ada'

aku baru ja habis baca e-novel, karya Rehan Makhtar. cerita-cerita memang best. tajuk yang baru aku habis baca 'cinta biar saja ada'. walaupun cerita nie tak berjaya buat tapak tangan aku rasa pedih, tapi sangat best cerita dia. sedih cerita dia, memang aku menangis lah. walaupun cerita dia tak da konfik sangat, tapi memang best. kesian heroin.

boleh baca kat SINI.

Rabu, 20 Mac 2013

usaha, hangat-hangat taik ayam

hidup ini memang tak seindah mana dan tak pahit mana yang kita fikirkan. kadang kala apa yang kita fikirkan tu tak seteruk macam orang lain hadapi dan kita perlu bersyukur dan sentiasa bersyukur dengan  nikmat yang diberi. hidup niem  kita bukan boleh nak puaskan hati semua orang. sangat susah untuk kita puaskan. apa yang kita hadapi tak semestinya mereka merasainya juga. kadang kala orang memandang rendah pada diri kita dan kadang kala kita hanya mampu diam dan lihat apa yang dilakukan oleh  mereka pada kita.

dalam dunia ini macam-macam ragam manusia yang berlaku. kadang kala kita boleh terima dan kadang kala kita rasa macam tidak.

hangat-hangat taik ayam

salah satu sikap yang ada di dalam diri aku :)

kadang kala kita nak buat sesuatu dengan-bersungguh-sungguh. tapi usaha? hampeh. hahaha. okey, orang lain akan rasa menyampah juga pada diri kita, banyak mana tak tau. tapi kalau kita kata diri kita ja dan kita lakukan seperti hangat-hangat taik ayam, orang lain tak akan menyampah sangat. sebab kita kata dekat diri kita sendiri. kalau kita kata kat orang lain, orang dengar dengan kata-kata kita, pastu kita tak buat, aku rasa pasti mereka kata ' buang masa kau ja dok galakkan dia' lebih kurang macam tu lah yang aku rasa.

erm.....................

Sabtu, 16 Mac 2013

erm

kadang kadang kita tengok seseorang itu macam melakukan perbuatan yang jahat, tapi di sebaliknya tidak

Jumaat, 15 Mac 2013

bosan-STPM-SPM-tingkatan 6- kenangan

tiba-tiba aku rasa bosan juga tak belajar. hahaha. tak tahu nak buat apa. ye lah aku nie dok tunggu result STPM, aku tak kerja, kiranya duduk kat rumah ja lah. asyik online ja, sampai kadang-kadang aku dah muak nak online. erm. bosan betul hidup aku nie. aku memang nak kerja, tunggu lah lepas dapat result kot. kalau ada kerja la, takut tak dapat cuti. kawan-kawan aku pakat kerja, tak pun mereka pasti ada rancangan. aku nie dok rumah ja. bosan bosan bosan.

ada cerpen online baru hari nie, tapi malas nak baca. rasa macam sakit mata ja. erm. bosan-bosan. aku rasa macam nak study ja macam nie. hahaha. punya tak tau nak buat apa dah.  bila aku fikir pulak, study nie best gak lah. bila kita minat dengan sesuatu subjek nie. itu apa yang aku rasalah.  yang tak minat tu... kita kena bagi minat juga.

Isnin nie a.k.a 18/3/2013 result STPM keluar. sungguh aku takut. erm... berdebar-debar ja. sebelum aku tidur aku harap sangat janganlah aku mimpi result aku berapa. takut kecewa.

dulu lepas SPM masuk bulan satu aku kena p PLKN, 2 bulan 10 hari. kiranya tak bosan sangatlah.  lepas sebulan aku keluar dari PLKN aku p belajar jahit. mengisilah juga masa aku tu. pastu masuk tingkatan 6.

waktu tingkatan 6 macam-macam kenangan yang tercipta dalam hidup aku. jumpa kawan baru, p situ sini, dan macam-macam lagilah. yang paling aku suka aku belajar main ping pong. aku suka.waktu belajar main ping pong pon macam-macam kenangan yang tercipta. aku ingat main ping pong nie tak lah penat mana, tapi penat siot.

banyak betul kenangan yang telah tercipta dalam hidup aku

ada yang manis dan ada yang pahit

Rabu, 13 Mac 2013

.

sekarang 3.49 pagi. tadi aku sangat-sangat mengantuk, dan hampir sejam aku tak boleh tido dan aku buat keputusan nak online. dan apa bila aku online aku rasa aku dah mengantok kembali.  selalunya sebelum aku tido aku suka berangan. :D

mungkin sebab aku berangan tu yang aku susah nak tido kot. hahaha. mungkin.

tadi aku berangan nak mandi air terjun. teringat kenangan aku dengan kawan-kawan aku mandi kat air terjun, best sangat. pastu aku  hantar maseg kt kawan aku. :D


Ahad, 10 Mac 2013

mana best???

mana lagi best kita ganggu orang guna facebook ka guna telefon. maksud aku macam kita tak mahu dia kenal kitalah. hahaha

A... emrmmmmm

aku adalah sorang kawan nie kan, A. dia tua setahun dari aku ja. dia selalu call aku sejak dua tiga tahun nie. tu dia... lama gak. cepat betul masa berlalu. hahaha. dari awal dok guna  nama sebagai ganti diri pertama. hahaha. A-Afifah, tukar kepada aku-ang. aku yang minta. sebab aku rasa baru best kalau nak gaduh. kadang kala waktu dok cakap tu dok gaduh juga. tu pasal aku minta tukar tu. dia tu okeylah. aku suka kawan dengan dia, sebab dia nie selalu bagi aku motivasi entah apa-apa. hahaha. aku kenal lama jugalah. sejak aku tingkatan 4 lagi. dia ja yang dok call aku, sebab dia guna celcome, aku guna maxis. memang aku kedekut habislah. hahaha

aku risau gak sebab dia dok call akukan, dahlah celcom-maxis. selalu kami sembang 30-sejam jugaklah.  tu yang aku risau. tapi aku ok ja sbb dia yg call aku. hahaha...

dalam dok sembang-sembang tu aku ada juga macam terganggu sikit, adalah sebab-sebab tertentu. aku rasa macm tak selesa juga. erm...

dan sampai satu saat aku kata kat dia 'lepas nie kalau ang call aku, aku takmau angkat dah' aku ulang dua tiga kali gak. hahaha

dan sejak tu sampai sekarang dia tak call aku dah, kalau tak call tu aku tak kisah sangat, msg pon tak. aduhai. aku tak mau angkat call dia ja, bukan tak mau msg ngn dia dah.


dua tiga hari nie aku dok teringat kat dia ja. mungkin rindu. hahaha. aku nak juga nak hantas mgs, tapi aku risau dia tak balas ja. hahahaha.

aku tak tahu dah perkembangan dia la. dulu selalu juga dok nampak dia online. tapi sekarang tak dah. aku jarang dok stalk FB dia. malas. hahahha

ermmmmmm

malam nie aku dok baca cerpen yang berkaitan si heroin dok pendam perasaan ja. erm... rasa ermmmm ja. hahaha selalunya dok rasa wahhhh ja... kali nie ermmmmm ja. yang pasti diorang bersama juga dengan orang diorang dok pendam perasaan tu. hahahah...

erm

entah

hahaha

ermmmmmm

bestkan kalau kita dapat orang yang kita sayang

tu dia... gedik mai dah... :)

tu kalau korang ada jodoh :)

kalau asyik pendam perasaan, tak tahu sampai bila korang akan bersama. sebab tak ada yang mula dulu

Sabtu, 9 Mac 2013

kosong, jangan di lihat

bla3

bla bla bla

melihat

aku sentiasa mencuba untuk tidak melihat

lapar

tengah-tengah malam aku sentiasa rasa lapar.  erm...

maksud

ada banyak maksud yang tersurat dan tersirat

okey ok k

okey...

pergi

aku sentiasa mengharap dia sentiasa pergi

langit

aku suka lihat langit. sebab aku rasa macam wah. langit sangat luas dan besar. dia ada banyak warna, hitam, biru, putih dan banyak lagi. kadang kala bila aku lihat langit aku akan rasa puas. tak tahu kenapa. aku selalu mencuba nak pegang langit, memang itu mustahil. hahaha

bintang

bintang, kala kita akan lihat dia bersinar apabila tiba saatnya dan akan juga tengelam dalam kegelapan pada tiba waktunya

hahaha...erm

esok... bukan hari ini sebab dah lebih dari pukul 12 tengah malam. hari ini aku akan exam. hahaha. sungguh aku rasa malas

jarak

kadang kala jarak memang akan mendekatkan diri kita dengan seseorang

blog---> FB ??? mungkin

aku sedaya upaya menjadikan blog aku yang ini sebagai wall macam di facebook yang dulu dan mungkin kini yang sering aku updatekan

okey???

mungkin aku sudah okey ???

.

bila dia muncul aku akan terkelu dan akan aku cuba buat muka cool sebolehnya

dia

kadang kala seseorang itu akan salah faham bila kita sering 'dia'. 'dia' bukan sahaja untuk si dia, tapi untuk seseorang yang kita tujukan

:)

selagi aku melihat dia selagi aku masih mengharap dan aku yakin sampai satu masa aku tak akan mengharap pada dia :)

dia

sampai satu ketika aku mengharap dia dia dia dia dan dia dia dia dan dia dia dia dan mereka akan membaca

Jumaat, 8 Mac 2013

owh Salman Khan... hahaha

aku rasa jatuh suka suka suka dah nie. semua pelakon korea kalah dengan pelokon yang boleh buat aku jatuh suka suka suka nie.  AM pon kalah juga. tu dia. aku rasa sangat-sangat wah lah tengok Salman Khan. hahaha. gila betul aku nie. semua sebab aku tengok cerita hindi movie semalamlah, tajuk dia Bodyguard. aku memang jatuh suka terus kat Salman Khan. aku skodeng tentang dia, nak tau tentang umur je lah. dia umur 48 tahun nie. 48 tahun, wah wah wah. tua kan dia. hahaha. tapi bagi aku hot kot. hahaha.  sangat-sangat suka dia lah. aku rasa.... sungguh susah aku nak terangkan.. tapi memang aku rasa wah sangat-sangat. dia nak dekat 50 tahun, tapi still macam umur dalam 30 an. itu yang aku nampaklah.  sungguh pelakon korea tak boleh buat aku rasa macam nie. aku memang minat cerita korea ya. tapi lain orang lain apa yang dia rasakan.

result STPM

aku baru lepas tengok rancangan apa benda entah, tentang pertandingan. diorang akan tahu sama ada diorang akan layak atau tidak. waktu aku tengok tu gembira ja kalau mereka yang layak, yang tak layak pulak sedih, ada yang menangis. waktu tu aku tiba-tiba aku teringat tentang result  STPM aku yang tak lama lagi. sungguh aku takut. takut tak dapat keputusan yang tak cemerlang. jantung aku nie semakin hari semakin berdebar-debar saja. sungguh aku takut. aku tak tahu nak buat apa kalau aku tak dapat result seperti yang aku harapkan. mungkin aku menangis atau mungkin aku akan tersenyum. sungguh aku takut. kadang kala aku rasa macam aku nak esok saja result STPM keluar. sebab aku tak mahu semakin berdebar-debar.  tapi dalam masa yang sama aku rasa okey sahaja kalau lambat lagi. supaya aku dan kawan-kawan aku tak berhenti-henti berdoa. doakan aku dan kawan-kawan aku dapat result STPM yang terbaik seperti yang kami harapkan :)

Khamis, 7 Mac 2013

Hindi Movie, Bodyguard dan bagi aku tentang cinta tu

aku baru lepas tengok hindi movie kat tv 2. tajuk dia Bodyguard. salman khan dengan karena kapoor berlakon. aku suka cerita dia. aku suka cara karema kapoor buat salman khan jatuh cinta kat dia. aku suka. hahaha. tapi cerita tu si hero ( salman khan) tak peka tentang perasaan si heroin ( karena kapoor).

aku kesian kat heroin sebab dia kena tunggu bertahun untuk dapat cinta si hero. bukan hero tak cintakan heroin. tapi sebab ada salah faham dan ada orang yang salah faham. 

sampai hati kawan baik heroin tu mengaku yang dia tulah peminat misteri hero.  jadi hero pon ingat macam tu, tapi yang sebenarnya heroin

memang bila kita sayang seseorang itu, kita sanggup jatuhkan seseorang untuk dapat si dia ka??? kenapa nak buat macam tu??? erm... tak faham betul aku. mungkin sebab aku tak rasa macam mana perasaan yang dia rasa tu. kalau akulah, aku biar ja perasaan tu berlalu selagi dia bukan milik aku. tak pun biar ja si dia tu yang buat pilihan. tapi kalau dah tang tang  dia sukakan kawan baik kita, baik lepas ja. buat apa nak menyiksakan diri  kita untuk dapatkan cinta bukan untuk kita..

aku nie lagi suka biarkan perasaan tu berlalu ja. sebab aku rasa aku patut bagi perasaan tu pada orang yang sepatutnya. aku rasa aku tak kisah kalau aku nak biarkan perasaan itu berlalu sendiri, sebab bagi aku kalau dia boleh datang dengan sendiri, kenapa kita tak boleh biarkan dia berlalu. itu hanya pendapat aku ja lah.

banyak betul kisah cinta dalam dunia nie dan aku sangat sukakan kisah cinta

Selasa, 5 Mac 2013

eeee

kadang kala kita buta untuk melihat orang yang sekeliling kita. dia hanya duduk depan kita saja. tapi kita still memandang orang lain yang tidak.

Sabtu, 2 Mac 2013

kesian

'keluarga?ganti ayah awak ? itu yang awak anggap' ayat hero kedua

kesian-kesian. nasiblah... dah dia anggap ang macam tu,  lagipun diakan cintakan hero pertama.

------

kesian-kesian kat hero kedua... kena dengar berbualan antara hero pertama n heroin pertama yng mesra tu...

tapi kesian gak kat hero pertama, sebab dia tau yang hero kedua ada kat situ. lagipun dia ingat heroin pertama macam permainkan dia... dia hanya mau kebenaran ja

yang heroin tu... serba salah.

kesian betul

awatlah aku rasa sakit dan pedih ja nie... nak menangis pon ada... entah pape lah kau nie. tapi rasa pedih betul hati aku nie


-----

aku rasa heroin nie dah letih dah dengan semua apa yang berlaku. dia serba salah.


----

si hero mencari kebenaran... wah... bergaya ^_^
---

hero pertama dah menangis.. kesian... dia hanya tahu suku sahaja .... heoin tak boleh bagi tahu sebab tu rahsia besar. kalau hero tau orang lain juga akan dapat susah
---

bobo...  aku tak faham, erm

aku rasa... aku yg tersiksa bila tengok cerita nie...

---
bobo betul kalau dia tak ingat

----
kalau aku jadi heroin kedua nie... lama-lama aku boleh cintakan hero kedua...erm

--
aku ingat dah last ep dah.. hampeh betul.... kena tunggu lagi.....

Jumaat, 1 Mac 2013

ermm

aku tak tahu kenapa perasaan pedih semacam je tengok cite nie. rasa macam sakit ja...erm... biar je lah... blah kau dari kati aku...

erm

mesti pedih di hati bila kita ingat dia mencintai kita sebab kerja bukan. erm... lumrah kehidupan.

Khamis, 28 Februari 2013

kerana persahabatan

mesti tersiksa bila kita tolong luahkan perasaan sahabat baik kita pada orag yang kita cinta. kadang kala kita terlalu nak jaga hubungan persahabatan hingga sanggup korban perasaan kita sendiri. kita akan lagi tersiksa bila kita tengok mereka bahagia atas usaha kita, tapi kita tak boleh buat apa.

kadang kala kita akan rasa macam nak luahkan perasaan kita itu, tapi terpaksa atas nama orang lain. kita  ingn kata ' ada seseorang cintakan kau' dan apabila dia tanya 'siapa' kita rasa macam nak jawab 'aku' tapi bila terkenangkan persahabatan dan perasaan kawan kita kita akan jawab nama kawan kita yang mencintai dia.

sebenar cinta dia kita boleh miliki, tapi kena usaha. tapi bila mengenangkan persahabata kita, kita akan tepikan perasaan kita itu. kita hanya boleh mencintai dia dari jauh sahaja. walaupun dia dekat di mata, tapi jauh di hati. 


Bichhoo

aku beru lepas tengook cerita Bichhoo. hindi punya cerita. aku semangat nak tengok pon sebab aku dah jatuh hati waktu tengok iklan cerita nie.  waktu aku tengok iklan dia, aku rasa wah wah wah kat hero dia. waktu aku tengok iklan cerita nie, aku ingat cerita lain selamat best  jalan cerita dia. aku memag jatuh cinta terus kat hero dia. aku rasa wahhhhhh sangat-sangat. macho kot hero dia. maksud aku bukan dari segi wajah, tapi dari segi watak dia. sungguh aku suka watak laki tu kot. tu pasal waktu aku tengok iklan dia memang aku nak sangat tengok cerita nie.


aku sangat-sangat sukalah cerita nie. cerita nie walaupun tak buat aku menangis, tapi cerita dia sad ending. last sekali hero dia mati. aku harap sangat konon hero dia tak mati. tapi mati gak. mati sebab heroin dia. berkorban demi heroin dia. aku rasa untungnya ada hero macam tu walaupun hero dia tu ialah pembunuh. tapi ada sebab dia jadi macam tu. dulu hero tu lain perangai dia, tapi sebab-sebab tertentu dia jadi macam tu.


apa-apa pon aku memang dah jatuh cinta dengan hero tu lah. kenapa last sekali dia matyi...erm

:)

Selasa, 26 Februari 2013

A Crazy Little Thing Called Love Full Movie (Eng Subs)


cerita nie... memang best... susah aku nak terangkan perasaan aku.cerita nie memang ada pelbagai emosi. 
hati memang akan rasa pedih apabila kita tolong luahkan perasaan cinta sahabat baik kita kepada orang yang kita cinta
jangan kerana cinta pada manusia, kita lupakan kawan-kawan

kesian kat B...erm

aku rasa sangat tidak adil bagi dia.

katakan kita cintakan seseorang itu A. kita hanya pandang A dari jauh je, kita tak berani  nak tegur A. satu hari. kawan baik A iaitu B bagitahu kita yang dia cintakan kita. memang kita terima cinta B tu, tapi B berusaha dekat dengan kita. bila B ajak keluar kita akan terima sebab A ada sekali. kita sudi keluar dengan B sebab A. bagi aku tidak adil kat B. kesian B

Sabtu, 23 Februari 2013

kerana cinta

bila mencintai seseorang, pasti kita sanggup korban apa sahaja. termasuklah perasaan kita.

cinta itu anugerah. cinta itu memang indah. tapi bergantung dengan diri kita pegangan kita.

kadang kala manusia memang sanggup buat apa sahaja demi cinta. hingga sanggup menyiksa diri dengan memaksa si dia berada di sisi kita walaupun dia tank sanggup. tapi itu akan menyebabkan dia tersiksa.

memang unik betul cinta itu.

pura-pura jadi benar

kisah cinta memang pelik bukan??? macam-macam perkara yang kita tidak sangka akan terjadi dalm kisah cinta

bila kita berpura-pura mencintai seseorang di sebabkan sesuatu hal kita memang akan nampak jahat. mungkin juga pada mulanya dia juga tidak mencintai kita. tapi disebabkan kepura-puraan kita, lama-kelamaan dia mula mencintai kita. memang dia tersiksa apabila dia mengetahui perkara yang sebenarnya iaitu kita hanya berpura-pura mencintai dia.

mungkin kita juga tak sedar dalam kita melakonkan watak agar dia juga mencintai kita, kita akan terjatuh mencintai dia. kepura-puraan menjadi benar. tapi bila dia ingat kita mencintai dia sebab pura-pura kita yang tersiksa. mungkin dia sukar untuk maafkan kita.

cinta ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk. memang tersiksa hati kalau tahu seseorang itu mencintai kita sebab berpura-pura sahaja. cinta itu memanng datang dalam pelbagai cara.


Khamis, 21 Februari 2013

Kids ----- adik matlutfi90

aku, kau, dia, dia, dan mereka

bila kau muncul aku selalu berharap kau tiada. kehadiran kau membuatkan aku selalu fikirkan tentang kau. mata aku selalu tidak dapat lari dari kau. aku sentiasa ingin melihat kau. aku tidak berhenti berdoa agar kau tiada dari pandangan mata aku. sampai satu saat, aku rasa macam nak 'bunuh' saja kau. tapi aku takut kau dan mereka semua tertanya-tanya dan rasa pelik. maka aku tidak jadi untuk 'bunuh'kau. aku hanya harap kau cepat berlalu.

tiba-tiba kau menghilang. aku pelik. aku masih memandang tempat yang sama. aku terfikir 'mana kau pergi?'. tiba-tiba aku tersedar, aku harus bersyukur kau tiada. tapi hati aku rasa pedih. pelik. sunggu aku pelik.

bila kau ada dan dia dan dia ada. aku tak mahu terus memandang, tapi mata aku terus memandang. sering kali aku berfikir apabila kau, dia dan dia ada, mesti kau dengan dia atau kau dengan dia sedang bermesra. maka aku usaha sibukkan fikiran aku agar aku tidak terus fikirkan tentang kau, dia dan dia.

kadang kala aku sengaja buatkan diri aku tiada di antara kau, dia, dia dan mereka. kerana aku sudah bosan dengan semua ini, aku sudah untuk meneruskan perkara ini. aku hanya berharap agar perkara ini segera berlalu tinggalkan aku.

dia, selalu menyebut nama kau. aku usaha buat muka cool, hati cool, berbual dengan cool. tapi hati aku tak cool seperti yang aku harapkan. pernah satu saat aku terus tiadakan diri aku antara kau, dia, dia dan mereka.  semakin lama aku tiada antara kau, dia, dia dan mereka aku rasa tenang walaupun kadang kala aku tertanya-tanya. tapi ketiadaan aku antara kau, dia, dia dan mereka sementara sahaja. aku kembali di tempat aku.  pada mulanya sebab terpaksa tapi lama-lama dengan rela hati. tapi itu hanya alasan sahaja.

aku mula terfikir 'kenapa aku perlu tiadakan diri aku antara kau, dia, dia dan mereka?" jadi aku teruskan adakan diriku antara kau, dia, dia dan mereka.

ada satu saat aku buat perjanjian bodoh dengan diri aku yang aku akan berbual dengan kau. konon 10.30, terus kepada 11.30 terus kepada 12.30, kemudian kepada 1.00 dan yang terakhir 1.30 aku tetap menjadi diri aku yang pengecut. maka aku biarkan kau pergi.


Isnin, 18 Februari 2013

berdebar-debar

makin hari aku makin berdebar-debar. macam-macam perkara yang aku fikirkan, tentang STPM, masa depan, dan kematian. erm... 

aku takutlah kalau result aku teruk. harap-harap result STPM aku dapat 3 keataslah. doakan aku dengan kawan-kawan aku ya :D


Ahad, 3 Februari 2013

erm

tiba-tiba aku rasa pelik tentang dia. entah. biarlah... itu adalah hidup dia

Isnin, 28 Januari 2013

kesian2

aku selalu tengok cerita korea. selalunya cerita korea mesti ada hero pertama dan kedua. heroin pertama dan heroin kedua. selalunya aku akan suka lelaki yang tak akan bersama heroin pertama. aku cukup kesian tengok laki macam tu.  mungkin sebab dia tak dapat orang yang dia cinta. erm...

kesian betul...erm... tapi nak buat macam mana...d ah jalan cerita macam tu kan.


Rabu, 16 Januari 2013

...

erm... baiklah perempuan tu, sanggup dia korbankan diri untuk orang yang dia sayang. erm...

...

tulah... lain kali kalau dah ada kekasih bagi tahu mak ayah. jangan hanya bercinta sendiri. bercinta nie bukan hanya memerlukan dua jiwa manusia, memerlukan banyak jiwa.


Ahad, 13 Januari 2013

kosong

kadang kala aku rasa macam nak je tak ada perasaan.kosong, tapi still tolong orang kalau memerlukan pertolongan.

Jumaat, 11 Januari 2013

kosong

KOSONG

benda alah

aku tahu benda alah itu sangat-sangat penting dalam hidup aku. tapi masalahnya aku cukup-cukup tak suka benda alah tu. tak boleh ke kalau aku tak buat. biarlah aku buat dengan ikhlas, kalau dipaksa aku rasa macam arhhhh.

aku rasa tak mustahil kalau aku adi gila sebab benda alah tu. aku bukan nak minta lah. erm

aku tak mau buat

tapi tetap kena buat.

bla bla dan bla

tension betul aku

di sebalik sesuatu halangan

kadang kala bila kita ingin membuat sesuatu pasti ada yang halang. tapi pasti ada hikmhanya di sebalik halangan tersebut.

 ada satu kisah nie, perempuan nie dan lelaki nie selalu berhubung. pada mulanya mereka tak rapat, tapi lama-lama mereka rapat di sebabkan kemudahan teknologi yang serba canggih ini. pada mulanya perempuan nie memang suka lelaki nie, tapi lama-lama dia anggap lelaki kawan je. daripada menggunakan nama perempuan ini dengan lelaki ini bertukar menjadi aku-ang. semakin lama, semakin mereka berbual dengan mesra. kadang kala perempuan nie serba salah juga atas sebab-sebab tertentu. tapi mereka masih berbual dengan mesra. sampai satu saat tiba-tiba perempuan nie asyik ingatkan lelaki nie. mungkin perasaan itu kembali semula. sebelum ini lelaki ini selalu mengusik perempuan nie, oleh sebab itu perempuan ini ingin memberitahu perasaan dia pada lelaki tersebut, tetapi sebelum sempat dia memberitahu, lelaki ini meluahkan perasaan yang tersimpan di hati dia. lelaki ini memberitahu yang dia masih sayangkan ex dia. maka perempuan ini tidak menjadi meluahkan perasaan dia pada lelaki itu. perempuan ini langsung tidak sedih dan sangat-sangat bersyukur kerana dia dapat tahu yang lelaki itu masih sayangkan awek dia. perempuan ini menggalakkan lelaki itu berusaha dapat gadis yang dia cintai.

bagi aku, kiranya perempuan ini taklah malu sebab dia tak bagitahu lagi perasaan dia pada laki tu. katakanlah yang laki tak bagitahu, mesti perempuan tu malu dan mungkin hubungan persahabatan mereka terjejas. di sebalik halangan untuk dia luahkan perasaan dia tu, pasti ada hikmahnya. macam aku kata tadi, perempuan tu taklah malu. mungkin diorang tak ada jodoh, tapi tak tahulah nanti-nanti. mungkin jodoh dia lebih baik daripada lelaki itu. mungkin

setiap halangan yang terjadi, pasti ada hikmahnya. tapi kita kena pandai hadapinya. kadang kala kita tak akan nampak, hinggalah kita merasai hikmah tersebut.

dan banyak lagi sesuatu kejadian yang mempunyai halangan dan membawa pelbagai hikmah kepada kita tanpa kita sedari. hikmah yang umum bagi aku, nak dekatkan diri kita pada Allah.

selain itu, aku rasa meningkatkan keyakinan diri kita dan banyak lagi hikmah-hikmanya.

yang penting, kita buat yang terbaik apa yang kita fikirkan. redha apa yang telah jadi sama ada kita hendakkan atau sebaliknya.

:)


Rabu, 9 Januari 2013

kisah

bila kita cerita tentang sesorang yang kita cinta, pasti kita akan asyik cerita tentang dia pada kawan-kawan kita. macam kawan aku nie, selalu cerita dan tak jemu nak cerita. siap mengadu kat aku lagi. erm.. itulah adat bercinta. mungkin.

bila kita bercinta dengan dengan orang agak alim, mesti dia akan nasihat diri kita. untung sesiapa yang dapat kekasih hati macam tu. kawan aku, punya pakwe mesti dok nasihat kawan aku kot. erm... untung. :D

kawan aku nie, akan cerita tentang diri dia dan pakwe dia. aku hanya dengar  dan baca je cerita dia. lagipun aku memang suka cerita cinta orang. tapi, ada sesetengah orang aku tak beberapa suka juga, tapi aku dengar je lah.

aku tak kisah kalau kawan aku nak cerita. sungguh aku tak kisah. tapi, aku cukup-cukup sedih bila aku cerita tentang diri aku. tapi dia tak beberapa ingat. nak kata aku banyak cerita tentang aku, aku rasa taklah sangat. sikit ja. tapi, bila aku ingatkan dia tentang cerita aku tu, dia boleh tanya balik. aku waktu memang sangat-sangat sedih. aku bukan nak harap dia ingat semua cerita aku pun, tapi cerita tu baru je kot. tak sampai sebulan aku cerita kat dia, tapi dia lupa. erm... kadang-kadang memang aku rasa sakit juga hati ini. tapi aku kena ingat, susah orang nak memahami diri kita. itulah hakikat sebuah kehidupan.

kadang-kadang aku rasa sangat-sangat malas nak cerita apa yang aku rasa, yang aku dok pendamkan. rasa sangat malas, sebab aku takut orang anggap cerita yang aku tu tak penting. dan aku rasa memang betul. kisah aku tak penting macam kisah mereka.

aku tak marah, cuma rasa sedih ja. terutama orang kita kenal sudah bertahun. bertahun. bukan setahun dua. tapi bertahun. itu pasal aku lebih luah kat blog je. dulu dok tulis dalam buku, hahaha...erm... kadang-kadang aku merapu kat facebook, twitter  :D

memang susah nak memahami seseorang kan??

aku sampai ambil masa juga untuk hilangkan rasa sedih tu kat dia. tapi aku masih je dengar kisah-kisah dia. :D selamat aku memang suka dengar cerita-cerita dia :D

aku... kena pujuk diri aku sendiri.

mungkin salah aku juga

erm...




Isnin, 7 Januari 2013

kecewa kecewa

aku rasa macam tak jadi je nak p...erm... semua ada hal.... masa pulak tak tentu. erm... kecewa betul. ermm. kalau nak p dengan group nie ada masalah sikit, ada yang tak sudi atau yang tak ikhlas. kalau nak p dengan group satu lagi ada yg tak boleh p. bila sorang tak boleh p, yang lain mesti macam tak mahu p. kecewa betul aku. sudah berbulan-bulan aku tunggu. tapi macam tak boleh. erm... betullah apa yang dikatakan kawan aku, kita jangan rancang awal-awal, nanti tak menjadi. kalau nak p, rancang hari nie, esok p. erm

ikutkan hati aku nie, nak je ajak azizah je p. tapi takkan kami dua je. bahaya juga. erm.....

ada kemajuan jugak :D

sudah habis dua cerita, tapi masih banyak yang belum aku selesaikan. erm... aku rasa memang aku akan habiskan sepanjang tempoh nie. erm... tak tahu nak buat apa dah. lagipun okey juga dihabiskan selagi boleh habiskan. aku suka memulakan tapi  tak ada tamatnya. erm... selalu macam tu. lama sudah aku biarkan macam tu sahaja.


Ahad, 6 Januari 2013

AdaMu - Najwa Latif (Encik Mimpi Cover)

cinta dari zaman kanak-kanak

aku ada baca komik... pastu aku terfikir susah jugak nak cari cinta yang bermula sejak kecil lagi. maksud aku macam A nie sudah cintakan B nie sejak kecil. memang ada. tapi bagi aku tak banyak pun. kebanyakkan cinta waktu diorang remaja atau dewasa. tapi sejak zaman budak-budak jarang ada... erm...

bagi aku macam wah je bila dia cintakan seseorang itu sejak kecik. ya lah... kira lamalah cinta itu sudah ada. hahaha.


Sabtu, 5 Januari 2013

terima kasih :D

bila aku baca balik, macam nak tergelak. tapi itu memang kenangan yang terindah walaupun kadang kala tak indah mana pun. hahaha... tapi aku sangat-sangat bersyukur ada kenangan macam tu. sebab aku terhibur dikala hati sedang duka... cewah ayat... hahaha. tapi betul aku sangat bersyukur ada kenangan macam tu.

감사합니다
merci
ありがとう
grazie
شكرا
thanks
terima kasih

:D

benci

aku rasa aku betul benci... tapi perasaan tu kena buang dengan segera kerana perasaan itu tak baik. jadi kita kena mengatasinya agar perasaan itu tidak terus ada


:D

aku selalunya apa yang aku ingin pasti tak akan dapat. tapi aku tak kisah sangat sebab aku tahu Allah akan memberi yang terbaik :D. jadi aku nak tengok apa yang aku harapkan esok akan terjadi atau tidak. hahaha... aku dapat rasakan tak akan terjadi apa yang aku harapkan. :D semoga aku akan buat yang terbaik dan boleh buat bukan sahaja esok dan hari seterusnya bersama dengan kawan aku. :D

Jumaat, 4 Januari 2013

poligami

aku betul-betul tak suka cerita yang kisah poligami. aku rasa kebanyakkan perempuan pasti tidak suka poligami. lainlah kalau perempuan tu betul-betul tak kisah dia dimadukan. tapi aku... memang aku tak bolehlah. baca cerpen atau novel pon aku tak suka. inikan kalau di takdirkan aku betul-betul dimadukan. aku tahu poligami itu tak salah. tapi, susah nak ikhlaskan hati aku untuk dimadukan. sungguh aku tak sanggup.

ada satu cerita poligami nie... cerpen... klik

banyak lagi cerita yang poligami

tapi aku memang pandang mulialah sapa yang memang ikhlas hidup dalam poligami nie. bagi aku memang susah nak ikhlaskan hati untuk dimadukan.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...