Ahad, 27 Disember 2015

MENGAKU

aku memang mengaku kelemahan aku yang itu. sebab apa aku mengaku? sebab aku tak mahu fikir apa yang korang fikir.

kadang-kadang aku fikir baik aku jangan satu kumpulan dengan kau kau dan kau. bukan sebab korang yang bermasalah, tapi aku yang bermasalah,

aku tahu sangat kelemahan aku yang itu.

maaf

Rabu, 16 Disember 2015

hati dan perasaan 2

kadang-kadang orang anggap aku buat benda itu kejam. tapi diorang tak tahu apa yang ada dalam hati aku. orang tak tahu apa yang dah berlaku

ya.. mungkin korang ingat benda itu simple. tapi tak

walaupun semua orang boleh mengalami benda yang sama, tapi kita menerima benda alah itu bukan sama. maksud aku... kita hadap benda itu tak sama. ada orang berani, ada orang gelabah.

Hati dan perasaan

susah sebenarnya nak jaga hati. jujur aku kata. kita susah nak jaga hati dia dan mereka dan juga susah nak jaga hati kita sendiri.

bila kita nak jaga hati orang lain, hati kita yang sakit,

bila kita jaga hati kita, orang anggap kita kejap.

makin lama, makin susah nak jaga hati antara satu sama lain.

Jumaat, 11 September 2015

kawan aku

dalam hidup ini memang banyak ujian, sebab ujian itu akan diberi bila kita mampu hadapinya. aku nak cerita tentang kawan aku. sebab aku rasa, dia hadapi ujian yang lebih besar daripada aku hadapi. dan masih ada manusia yang lagi besar ujiannya daripada kawan ujian kawan aku ini.

kawan aku ni dia belajar di salah satu universiti awam di Malaysia. Aku pula belajar di UUM.  kawan aku ini sudah sem last. apabila dia sem 2, dia perlu mencari rumah sewa. jika dia dapat asrama, dia akan tinggal di asrama. tapi sem ini, dia tidak dapat asrama. tapi dia tak mahu mencari rumah sewa sebab-sebab tertentu dan aku faham kenapa dia tak mahu mencari rumah sewa. salah satu sebab dia sedang tunggu rayuan. keputusan rayuan itu mengambil masa selama sebulan. jadi selama sebulan ini, dia hidup pindah randah. menumpang bilik kawan dia, dan rumah sewa kawan dia.

kadang-kadang bila kita selalu duduk di satu tempat sebagai penumpang, hidup kita ini serba salah. sebab takut tuan bilik itu tak selasa kalau kita lama-lama, ye lah... takut menggangu privacy diorang. waktu ini kita kenal siapa kawan kita. bila kita ada masalah, dia akan tolong atau tidak.  kadang-kadang kawan kita tidak dapat tolong, bukan sebab dia tak nak tolong. mungkin sebab bilik itu atau rumah sewa itu bukan hak milik dia seorang. ye lah, kena berkongsi. kalau kawan kita selesa, tapi kawan-kawan dia tak selesa, nanti akan mendatangkan masalah pada kawan kita pulak.

aku kesian dekat kawan aku tu, aku harap dia dapat asrama. dia pernah bagi tahu aku kalau susah-susah sangat dia tidur je kat surau, erm... aku hanya mampu suruh dia bersabar je.

kawan aku ni, dia banyak bagi nasihat dalam hidup  aku. sebab dia memang positifkan diri dalam aku jua masalah yang dia hadapi. dia hadapi semua masalah tu. sebab dia harapan keluarga, dia anak sulung dari tiga beradik. aku kawan dengan dia dari sekolah rendah lagi.

salah satu nasihat atau kata-kata dia yang aku ingat adalah pengalaman belajar dekat U bukan jauhnya U dari rumah kita, tapi pengalaman kita berada dalam U itu. sebab waktu di U kita akan jumpa dan hadap perkara-perkara yang akan memainkan emosi kita,

sebelum aku masuk U, aku selalu kata dekat dia yang aku nak belajar U jauh dari rumah, sebab nak cari pengalaman. tapi aku dapat U yang dekat dengan rumah. betul apa yang dia kata, pengalaman yang aku mahukan adalah waktu kita berada dalam U, bukan berapa jauhnya U dari rumah. mungkin aku tak dapat merasai semua pengalaman yang aku harapkan seperti balik ke U dengan bas, melihat tempat orang dan sebagainya. tapi ada lagi pengalaman yang lagi penting yang perlu kita hadapi sebenarnya.

selain masalah itu, dai hadapi banyak ujian dalam hidup dia. tapi dia kuat semangat, terus tabah hadapi semua itu.

sabarlah wahai sahabat, aku tahu kau mampu hadapinya.

Rabu, 12 Ogos 2015

lama dah tak post :)

dah lama tak post di blog ini. sebab... sebab tertentu. 

sepanjang aku tak post sangat sibuk (konon)

aku sibuk dengan study. 
sekarang cuti semester.
bulan 9 ni semester baru dan aku sem 5
tak lama dah nak habis belajar.
waktu sem 1, aku betul-betul putus asa.
sekarang? masih sama dan aku tetap teruskan study aku ni.
macam mana aku kata nak putus asa pun, tapi terus berjuang
demi orang yang aku sayang
aku harap aku hadapi semua cabaran ini 


Sabtu, 14 Mac 2015

submit dan perasaan

minggu ni ada benda yang nak kena submit. boleh kata setiap malam aku akan pergi lounge. sebab dekat bilik aku tak dapat wifi. Diorang tengah pasang.  harap-harap bila diorang dah pasang, wifi tu laju lah. dan sentiasa ada. satu lagi masalah yang aku hadapi, kipas bilik aku rosak. erm. mula rosak hari rabu. mula buat report dekat pejabat khamis petang, oleh sebab pejabat tutup awal, jadi, kipas tu pon masih tidak dapat berfungsi. erm. jadi, dah dua tiga malam aku tidur dekat bilik Shuhada. Terima kasih sebab tumpangkan aku. 

aku harap, aku dapat hadapi semua cabaran dengan senyumana :) semoga aku kuat. mungkin bagi orang lain, itu bukan cabaran, tapi bagi aku, itu cabaran. perasaan aku dengan perasaan mereka tak sama. apa yang aku fikirkan tak sama apa yang mereka fikirkan. 

aku tak tahu sama ada mereka itu betul-betul kenal aku atau tak. ya, suara aku memang kuat, dan bila dengar mungkin kasar. tapi aku tak maksudkan begitu. kadang-kadang, bila aku bagitahu sesuatu itu, pasti diorang ingat aku tengah marah atau sebagainya, tapi sebenarnya tidak. kadang-kadang aku penat benda ni, kadang-kadang aku rasa, baik aku diam saja. biar aku bisu. 

memang susah nak jaga perasaan. perasaan orang lain dan perasaan kita. 

aku memang minta maaf kalau aku buat salah dengan sengaja atau tanpa aku sedar. 

Khamis, 26 Februari 2015

shin se gi watak 'kill me heal mi'

Aku suka shin se gi watak dalam cerita 'heal me kill me" aku suka watak yang macam bad guy. hahaha. Aku tak tahu kenapa aku suka. mungkin aku suka watak shin se gi sebab aku rasa dia macam betul-betul suka heroin tu.  Aku suka lelaki yang ego dia tinggi. dalam masa yang sama dia bersungguh-sungguh lindungi heroin tu. Aku suka shin se gi sebab mata dia. mata dia sangat tajam dan membawa pelbagai maksud yang sukar untuk kita faham perasaan dia. dan dalam masa yang sama kita boleh tahu yang dia betul-betul bersungguh terhadap perempuan itu .

Rabu, 28 Januari 2015

umur 32 dan 16

aku  baru lepas tengok satu cerita ni. cerita hindi.  serius aku suka. aku suka kat satu watak(lelaki) ni. dalam cerita tu, dia umur 32. dan ada seorang perempuan ni umur 16 tahun.  dia suka memerhati perempuan ni. aku suka kalau diorang bersama, sangat suka. walaupun lelaki ni tua dua kali ganda dari perempuan ni aku still suka kalau diorang bersama, mungkin aku suka lelaki ni sebab dia ni penuh misteri dan aku suka tengok mata dia bila dia tengok perempuan tu. aku rasa macam lelaki ni macam betul-betul suka perempuan ini. tapi ending dia penuh dengan pengajaran. aku tak tahulah lelaki ni betul-betul suka atau tak perempuan ni. tapi aku sukalah kalau diorang bersama. aku suka tengok lelaki layan perempuan ni. dia jaga betul-betul perempuan ni. untungnya. bertuah. 

bagi aku, bila kita berkasih atau betul-betul suka seseorang ini, tak semestinya kita kena ada di sisi dia 24  jam sehar. bagi aku, cukuplah kalau dia jaga kita, maksudkan lindungi kita. bagi kita rasa selamat.  

Khamis, 8 Januari 2015

jangan ingat

jangan ingat perasaan macam kulit, yang boleh nampak terluka atau tak. jangan ingat bila seseorang itu tengah tersenyum bermakna dia tengah bahagia. kadang- kadang dia yang terlebih terluka sebab menipu diri sendiri. konon dia tengah bahagia padahal tidak.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...