Khamis, 28 Februari 2013

kerana persahabatan

mesti tersiksa bila kita tolong luahkan perasaan sahabat baik kita pada orag yang kita cinta. kadang kala kita terlalu nak jaga hubungan persahabatan hingga sanggup korban perasaan kita sendiri. kita akan lagi tersiksa bila kita tengok mereka bahagia atas usaha kita, tapi kita tak boleh buat apa.

kadang kala kita akan rasa macam nak luahkan perasaan kita itu, tapi terpaksa atas nama orang lain. kita  ingn kata ' ada seseorang cintakan kau' dan apabila dia tanya 'siapa' kita rasa macam nak jawab 'aku' tapi bila terkenangkan persahabatan dan perasaan kawan kita kita akan jawab nama kawan kita yang mencintai dia.

sebenar cinta dia kita boleh miliki, tapi kena usaha. tapi bila mengenangkan persahabata kita, kita akan tepikan perasaan kita itu. kita hanya boleh mencintai dia dari jauh sahaja. walaupun dia dekat di mata, tapi jauh di hati. 


Bichhoo

aku beru lepas tengook cerita Bichhoo. hindi punya cerita. aku semangat nak tengok pon sebab aku dah jatuh hati waktu tengok iklan cerita nie.  waktu aku tengok iklan dia, aku rasa wah wah wah kat hero dia. waktu aku tengok iklan cerita nie, aku ingat cerita lain selamat best  jalan cerita dia. aku memag jatuh cinta terus kat hero dia. aku rasa wahhhhhh sangat-sangat. macho kot hero dia. maksud aku bukan dari segi wajah, tapi dari segi watak dia. sungguh aku suka watak laki tu kot. tu pasal waktu aku tengok iklan dia memang aku nak sangat tengok cerita nie.


aku sangat-sangat sukalah cerita nie. cerita nie walaupun tak buat aku menangis, tapi cerita dia sad ending. last sekali hero dia mati. aku harap sangat konon hero dia tak mati. tapi mati gak. mati sebab heroin dia. berkorban demi heroin dia. aku rasa untungnya ada hero macam tu walaupun hero dia tu ialah pembunuh. tapi ada sebab dia jadi macam tu. dulu hero tu lain perangai dia, tapi sebab-sebab tertentu dia jadi macam tu.


apa-apa pon aku memang dah jatuh cinta dengan hero tu lah. kenapa last sekali dia matyi...erm

:)

Selasa, 26 Februari 2013

A Crazy Little Thing Called Love Full Movie (Eng Subs)


cerita nie... memang best... susah aku nak terangkan perasaan aku.cerita nie memang ada pelbagai emosi. 
hati memang akan rasa pedih apabila kita tolong luahkan perasaan cinta sahabat baik kita kepada orang yang kita cinta
jangan kerana cinta pada manusia, kita lupakan kawan-kawan

kesian kat B...erm

aku rasa sangat tidak adil bagi dia.

katakan kita cintakan seseorang itu A. kita hanya pandang A dari jauh je, kita tak berani  nak tegur A. satu hari. kawan baik A iaitu B bagitahu kita yang dia cintakan kita. memang kita terima cinta B tu, tapi B berusaha dekat dengan kita. bila B ajak keluar kita akan terima sebab A ada sekali. kita sudi keluar dengan B sebab A. bagi aku tidak adil kat B. kesian B

Sabtu, 23 Februari 2013

kerana cinta

bila mencintai seseorang, pasti kita sanggup korban apa sahaja. termasuklah perasaan kita.

cinta itu anugerah. cinta itu memang indah. tapi bergantung dengan diri kita pegangan kita.

kadang kala manusia memang sanggup buat apa sahaja demi cinta. hingga sanggup menyiksa diri dengan memaksa si dia berada di sisi kita walaupun dia tank sanggup. tapi itu akan menyebabkan dia tersiksa.

memang unik betul cinta itu.

pura-pura jadi benar

kisah cinta memang pelik bukan??? macam-macam perkara yang kita tidak sangka akan terjadi dalm kisah cinta

bila kita berpura-pura mencintai seseorang di sebabkan sesuatu hal kita memang akan nampak jahat. mungkin juga pada mulanya dia juga tidak mencintai kita. tapi disebabkan kepura-puraan kita, lama-kelamaan dia mula mencintai kita. memang dia tersiksa apabila dia mengetahui perkara yang sebenarnya iaitu kita hanya berpura-pura mencintai dia.

mungkin kita juga tak sedar dalam kita melakonkan watak agar dia juga mencintai kita, kita akan terjatuh mencintai dia. kepura-puraan menjadi benar. tapi bila dia ingat kita mencintai dia sebab pura-pura kita yang tersiksa. mungkin dia sukar untuk maafkan kita.

cinta ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk. memang tersiksa hati kalau tahu seseorang itu mencintai kita sebab berpura-pura sahaja. cinta itu memanng datang dalam pelbagai cara.


Khamis, 21 Februari 2013

Kids ----- adik matlutfi90

aku, kau, dia, dia, dan mereka

bila kau muncul aku selalu berharap kau tiada. kehadiran kau membuatkan aku selalu fikirkan tentang kau. mata aku selalu tidak dapat lari dari kau. aku sentiasa ingin melihat kau. aku tidak berhenti berdoa agar kau tiada dari pandangan mata aku. sampai satu saat, aku rasa macam nak 'bunuh' saja kau. tapi aku takut kau dan mereka semua tertanya-tanya dan rasa pelik. maka aku tidak jadi untuk 'bunuh'kau. aku hanya harap kau cepat berlalu.

tiba-tiba kau menghilang. aku pelik. aku masih memandang tempat yang sama. aku terfikir 'mana kau pergi?'. tiba-tiba aku tersedar, aku harus bersyukur kau tiada. tapi hati aku rasa pedih. pelik. sunggu aku pelik.

bila kau ada dan dia dan dia ada. aku tak mahu terus memandang, tapi mata aku terus memandang. sering kali aku berfikir apabila kau, dia dan dia ada, mesti kau dengan dia atau kau dengan dia sedang bermesra. maka aku usaha sibukkan fikiran aku agar aku tidak terus fikirkan tentang kau, dia dan dia.

kadang kala aku sengaja buatkan diri aku tiada di antara kau, dia, dia dan mereka. kerana aku sudah bosan dengan semua ini, aku sudah untuk meneruskan perkara ini. aku hanya berharap agar perkara ini segera berlalu tinggalkan aku.

dia, selalu menyebut nama kau. aku usaha buat muka cool, hati cool, berbual dengan cool. tapi hati aku tak cool seperti yang aku harapkan. pernah satu saat aku terus tiadakan diri aku antara kau, dia, dia dan mereka.  semakin lama aku tiada antara kau, dia, dia dan mereka aku rasa tenang walaupun kadang kala aku tertanya-tanya. tapi ketiadaan aku antara kau, dia, dia dan mereka sementara sahaja. aku kembali di tempat aku.  pada mulanya sebab terpaksa tapi lama-lama dengan rela hati. tapi itu hanya alasan sahaja.

aku mula terfikir 'kenapa aku perlu tiadakan diri aku antara kau, dia, dia dan mereka?" jadi aku teruskan adakan diriku antara kau, dia, dia dan mereka.

ada satu saat aku buat perjanjian bodoh dengan diri aku yang aku akan berbual dengan kau. konon 10.30, terus kepada 11.30 terus kepada 12.30, kemudian kepada 1.00 dan yang terakhir 1.30 aku tetap menjadi diri aku yang pengecut. maka aku biarkan kau pergi.


Isnin, 18 Februari 2013

berdebar-debar

makin hari aku makin berdebar-debar. macam-macam perkara yang aku fikirkan, tentang STPM, masa depan, dan kematian. erm... 

aku takutlah kalau result aku teruk. harap-harap result STPM aku dapat 3 keataslah. doakan aku dengan kawan-kawan aku ya :D


Ahad, 3 Februari 2013

erm

tiba-tiba aku rasa pelik tentang dia. entah. biarlah... itu adalah hidup dia

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...