Ahad, 7 Ogos 2022

kahwin... kawan

 Bila 3 orang tak kahwin lagi.. Dia boleh mengata pasal isu yang sama tanpa ada perasaan terasa...

Aku selalu usik kak aku pasal dia kekurangan kasih sayang tu yg dia garang lain macam.

Tadi dia kata sambil konon2 nak bisik 'tahun depan 30 dah' kat aku

Aku: 'pada tarikh ni tahun depan.. Tak 30 lagi. Baru 29'

 Aku boleh rasa kami tiga orang memang lambat lagi nak kahwin. Mak ayah bukan lah tak bising benda ni. Cuma jarang sebut je lah... Tapi tu lah.. Bila mak ayah aku sebut.. Memang gelak lah jelah kami.. Tak pon.. Erhmm.... Tapi aku harap lah kak-kak aku ni kahwin juga lah... Ye lah.. Anak nakan baru 3 org. Tak puas lah main dengan baby.. Cucu mak ayah aku  buat masa la ni 3 org ni je lah.. Semoga bertambah cucu mak ayah aku ni.

Fikiran aku pasal kahwin ni... Sentiasa sama... Tapi haritu... Sembang dengan suhada.. Fikiran aku berubah pasal kahwin ni.. 'lelaki baik perempuan baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat' kita akan dapat pasangan yang lebih kurang macam diri kita. Kalau dapat lebih baik dari diri kita.. Rezeki lah. Jadi, kita kena jadi lebih baik untuk diri kita. Pastu ada satu lagi isu yang buat aku termenung panjang lah... Mungkin selama ni aku hanya memerhati saja.. So berdasarkan perasaan aku benda tu. Tapi bila sembang kahwin dengan org dah kahwin.. Dia fikiran aku berubah lah tentang hidup rumah tangga tu.

Aku pernah tanya dekat kawan aku sorang ni. Dia bahagia ka  kehidupan dia ni. Aku cuma memerhati dan mendengar sebahagian cerita dia. Bagi aku, dia kuat semangat. Dia kata ' bahagia macam ni lah'. Setiap org kehidupan dia tak sama. Aku memang suka semangat dia.. Dan keluarga dia sangat bagus dalam hubungan keluarga.  Sokongan dari sekeliling sangat penting.  Kadang aku rasa.. Dia lebih fikirkan orang lain dari diri dia... Dan dia jenis tak kisah orang lain fikir apa pasal dia. Dia pentingkan keluarga dia..

Aku tak lah ramai kawan. Tapi alhamdulillah... Aku dapat kawan-kawan yang baik. Kawan-kawan yang bagi kata2 semangat.. Buat aku fikir.. Kalau bukan kwn aku, family dia bagi semangat. Setiap kali aku p rumah kwn aku yg ni.. Kalau jumpa ayah dia..  Ayah dia selalu bagi kata semangat kat aku. Diorang kan  lebih banyak pengalaman. Terima kasih jadi kawan aku.. Maaf lah kalau aku kawan yang tak berguna. Sesungguhnya aku manusia yang banyak sangat kekurangan. Aku bukanlah manusia yang baik.

Salah satu yang aku rasa aku jenis tak berguna... Aku tak ambik tahu pasal sesuatu tu.  Dia macam.. Dia lalu aku ambik tau.. Kalau tak lalu.. Memang aku tak ambik tau. Kadang aku tak perasan kawan aku ada masalah atau tengah hadap sesuatu tu. Aku sedar bila dah lama atau dah terlambat. Aku macam.. Ang nak cerita, aku dengar ja. Kalau ang cari aku, aku akan ada.  Dulu aku bersungguh-sungguh  dalam 'persahabatan' tu. Tapi aku bukanlah  sahabat dia seperti mana aku fikirkan. Jadi.. Aku lebih hati2 bila berkawan. Walaupun benda ni dah lama, bertahun. Tapi still terasa kesan dia. Tu pasal dah malas nak ambik tahu. Bila aku bersungguh dengar ang cerita, tapi ang tak pernah dengar aku cerita. Sakit

Tu pasal la ni aku akan cerita dengan orang yang sudi dengar aku cerita. Dan bagi reaksi dengan cerita aku. Walaupun cerita aku membosankan dan annoying. Penat lah cerita dengan orang yang tak sudi dengar. Pastu ang cerita kat dia.. Tapi ang tak tanya pasal dia juga.
Pendengar ni, perlu pendengar juga. Pendengar ni ada cerita untuk dia cerita.

Tapi aku pon tau.. Aku pon bukan pendengar yang  baik. Maafkan aku kalau aku bukan pendengar yang baik atau tidak memberi reaksi yang baik ketika  anda  bercerita.

Kawan aku ni.. Dia jadi pendengar untuk orang cerita. Tapi dia tak mampu nak cerita masalah dia pada org tu. Sebab dia rasa.. Org tu ada banyak masalah dah. Dia tak nak orang tu bertambah masalah fikir masalah dia. So, Lama-lama dia simpan ja cerita dia tu... Makin penat lah sebab tak mampu nak luah. 

Pendengar ni memerlukan pendengar juga.

Kita ni tak boleh hidup sorang-sorang. Kita perlukan orang yang boleh kita percaya. Tak semestinya sentiasa ada di sisi , tapi kena ada walaupun jauh.

Terima kasih sudi berkawan kepada manusia bernama Nurul afifah ni. Maaf kalau nurul afifah ni bukan kawan yang baik.

Covid

 27.7.2022 aku demam. sejuk panas sejuk panas. aku buat test.. aku positif. 

 2.8.2022 last aku kuarantin. 


bagi aku sampai sekarang rasa kesan dia. deria rasa aku dah kurang. 


alhamdulillah, aku tak teruk. demam, batuk, hilang deria rasa juga. tapi malam-malam sakit kepala dengan selesema.. hidung tersumbat.. memang stress lah.


tapi makin hati makin okay.  satu hari je demam.. 


tapi yang lagi penat bila tiba-tiba air tak ada. aku dah lah selesema.. memang rasa sangat tak selesa. 


aku tak tahu nak taip apa lagi, huh. bye

Jumaat, 5 Ogos 2022

sentuh


Dari dulu... Aku tak suka Dipeluk dan di sentuh di  terutamanya bahagian belakang. Aku boleh rasa aura kalau ada tangan lalu di belakang aku.. Kak aku pon kata dari aku kecil aku tak suka orang sentuh aku...  Tapi aku sangat yakin andai kata satu masa nanti kita perlukan pelukan dari sesesorang utk tenangkan kita terutamanya waktu tengah sedih...  Kita akan sentiasa perlukan seseorang di sisi kita sebenarnya.. Memang kita kata kita tak boleh harapkan orang, kita boleh ja sorang-sorang.. Sebenarnya tak... Kita kena juga cari seseorang yang kita boleh percaya dalam hidup kita..  Mungkin dia tak semestinya sentiasa ada di sisi kita, tapi cukup ada... 

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...