Ahad, 23 Ogos 2020

gelabah dan gelisah

jujur aku kata, aku banyak kekurangan. sangat banyak. antara masalah aku, overthingking dari dulu sampai sekarang. aku sangat mudah gelabah kalau kena hadap. aku cemburu pada orang yang tak overthingking. dia hadap perkara dengan hati yang tenang ja. aku tahu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. tapi aku selalu fikir tak mudah untuk selesaikan masalah walupun benda tu kecil bagi orang lain.aku sangat mudah gelabah dan aku akan sentiasa gelisah. aku penat ada perasaan ini. aku tak mudah terima sesuatu benda jadi aku akan gelabah dan gelisah. sentiasa risau. aku tak yakin pada diri aku. 

aku tahu masalah orang lain lagi besar. aku tak tahu macam mana mereka hadap. aku memang mudah risau. aku kalau boleh tak nak risau. tapi tu lah aku salalu fikir. aku sangat takut  nak hadapi pada perkara yang akan menyakitkan hati aku. aku takut terluka. kadang akan cuba elak untuk dilukai. tapi kadang kita tak boleh nak elak dan dah terlambat untuk menghalang. kadang salah diri sendiri sebab biarkan perkara tu berlaku.

bila aku mudah risau, dan aku sentiasa risau, aku akan overthingking. hati aku tak akan tenang. pastu aku mesti menangis. sampai satu masa air mata pon tak mahu keluar, tapi hati sangat sakit menahan beban yang berat yang aku pendam. 

aku selalu fikir seronokkan kalau tak ada perasaan. tak payah fikir perasaan. tapi tu memang masalah. 

sampai satu saat aku tak tahu apa yang aku fikir. sebab aku fikir macam-macam, kemudian aku yang takut dengan apa yang aku fikirkan.

aku rasa, kalau hati aku boleh bercakap mesti dia kata ' sudah lah. aku penatlah jadi hati kau. sentiasa rasa terbeban' 

doakan aku sentiasa okay. 

Sabtu, 22 Ogos 2020

kebun dan jiran

aku tak kerja.  tapi aku tolong mak aku di bendang. kadang-kadang kalau perlu kena pergi kebun getah. dan ada lah lagi beberapa perkara yang aku kena buat.

sekarang ni aku ada hobi baru, berkebun. kiranya dari A-Z aku yang buat. aku punya kebun kecil ja. tepi rumah. mak aku punya bahagian belakang sikit. kebun aku, aku yang jaga sendiri.  aku tanam tomato, bayam brazil, pegaga, ubi kentang, bawang kecil yang aku rasa tak lama lagi akan arwah. pokok tomato aku baru berbunga, tak berbuah lagi. aku tak sabar nak tunggu dia berbuah.  ayah aku suka beli tomato, aku jarang masak tomato, pastu dok buruk dalm peti ais, tu yang aku try tanam biji dia. kiranya suka-suka ja aku mula nak tanam tomato. pastu dia naik anak benih. teruja aku. sekarang ni tinggi pokok tomato aku dah atas bahu aku dah. aku tak tahu pula pokok tomato ni tinggi juga. aku teruja dan tak sabar nak tunggu tomato aku berbuah. 

aku ada tanam dua jenis tomato, yang jenis biasa kita dok makan.. yang besar tu. pastu tomato ceri. aku tak pastilah tomato ceri aku nak berbuah ke tak. tunggu dan lihat je lah

aku cerita kat abang aku pasal aku tanam tomato, dia minta tengok. aku tak bagi lagi gambar kat dia. aku rasa aku nak tunggu tomato aku berbuah baru nak bagi. 

bayam brazil ni senang ja nak jaga, janji atas tanah. kalau pasu kena lebih sikit perjagaan dia. pegaga pon sama. sekarang ni aku banyak makan ulam. aku pun tak pasti sebab apa. 

mak aku punya kebun macam-macam dia tanam. sampai aku pon tak pasti apa yang mak aku tanam. 

selain aku tanam sayur, ada juga pokok bunga yang tak berbunga aku tanam. kiranya pokok berdaun yang berhiasan tu. aku pon tak tahu pokok apa. kiranya pokok tu  memang dah ada kat rumah. cuma aku agih ke beberapa bahagian lagi. 

kebun aku tu tepi pagar. memang betul-betul tepi pagar. pastu kalau petang-petang tu ada makcik depan rumah datang tengok kebun dia, pastu dia pon mai lah sembang dengan aku. 'tanam apa tu?' 'hang bubuh apa kat pokok tu, subur' , 'dah berbuah ka?' macam-macam lagi lah sembang. aku jawab  ja apa yang perlu. aku memang kurang peramah sikit dengan orang lebih tua. aku tak tahu nak sembang apa. kalau aku tak tau nak jawab apa, memang aku senyum je lah. 

sejak-sejak covid19 ni memang aku banyak perbualan dengan mak cik tu. aku dah lama tak berbual dengan mak cik tu, memang jarang sekali nak berbual. sebab aku jarang keluar rumah. lagipun  sekarang ni memang aku duduk  kat rumah., so dah bertambah berbualan kami. 

ayah aku rapat juga dengan suami mak cik ni. aku selalu fikir kalau apa-apa jadi, aku rasa orang yang pertama aku akan  minta tolong selain keluarga aku ada keluarga mak cik ni.  sebab kat rumah aku ni ada mak ayah dan aku. yang lain ada kat peneng dan johor.  aku dan mak aku dah lupa cara nak bawa kereta.  ayah aku pun dah tua. jadi aku pernah bagitau kat mak aku, kalau apa-apa jadi aku akan minta tolong kat suami mak cik (pakcik )ni lah. pastu dalam dua tiga bulan lepas tiba-tiba pakcik ni sakit. mak cik ni mai rumah minta tolong ayah aku bawakan pakcik ke hospital. sebab dalam rumah tu ada pakcik dan makcik ja. anak-anak yang lain dok jauh. paling dekat kat Baling. 

lepas pak cik ni sakit, aku fikir, aku tak boleh bergantung ngan pakcik ni. aku kena pandai kereta. so, nanti aku belajar balik bawa kereta. aku dengan mak aku dok bersembang, apa-apa, minta rumah sebelah lah. sebab mak aku rapt juga dengan anak jiran sebelah ni. cuma aku lah segan. tapi nak minta tolong, kita kena suarakan juga. tak boleh malu sangat. sebab aku tak boleh diharap sangat. huh

apa-apa pon aku kena berdikari dan tak boleh bergantung dengan orang sangat. bukan semua nak tolong kita. kita kena usaha juga


Rabu, 12 Ogos 2020

perasaan yang...

dalam 2 - 3 minggu ni,  perasaan aku macam tak menentu. huh. mula-mula sebab aku dengar lagu dari satu group ni. bila dengar banyak kenangan muncul. kenangan yang indah dan kenangan pahit. tapi still kenangan yang membuatkan aku yang aku kena sedar diri. aku tak boleh duduk di tempat yang selesa.

dalam masa yang sama kau tengok Gilmore Girls. cerita ni 2000. aku pun tak pasti kenapa dan macam mana ku boleh tengok cerita ini. tapi aku suka. aku suka tengok. aku tak skip episode. aku tak skip season. aku suka. sangat suka. aku suka perhubungan keluarga, masyarakat dan persahabatan yang terjalin. 

aku suka lihat hubungan 
-Lorelai + Rory. 
-Lorelai + Luke.
-Rory+ Jess.

tapi paling aku suka lorelai dengan luke. dan bila lihat hubungan mereka, aku rasa down. hahahah. aduhai.. kesian pada diri sendiri. hampeh. tapi hidup kena move on.  aku percaya yang akan jumpa someone yang macam Luke. aku sangat harap. 

Luke ni, dia ada sama ada Lorelai ni gembira  dan sedih. sentiasa ada. sentiasa ada satu sama lain. mereka kongsi cerita satu sama lain. mereka tahu yang mereka ada perasaan satu sama lain. tapi, aku rasa mereka takut hubungan tu terjejas, mereka pendam. sampai satu masa. Luke ambil tindakan untuk melangkah. yes. mereka next hubungan. setiap hubungan pasti ada masalah. tipu kalau tak ada. dan mereka ada. sampai satu masa Lorelai putus asa. hubungan mereka tiba-tiba tiada. masing-masing kehilangan. mereka move on dengan cara tersendiri.  tapi hubunga mereka ada happy ending. 

bila aku tengok cerita, aku suka tengok reaksi watak dan mata mereka bila lihat satu sama lain. sangat suka. mulut memang boleh menipu. tapi bagi aku, mata susah nak tipu. bila nak elak jumpa, mata masih mencari sebenarnya.

aku suka bila tengok watak tu mula nak kenal, mula nak jatuh cinta. sangat suka. tapi aku tak suka bila dah ada konflik. sebab aku turut rasa sakit. 

tapi sebenarnya bila ada masalah tu lah kita baru nak tahu sama ada dia akan turut kekal bersama kita atau pergi tinggalkan kita. kadang-kadang  perhubungan ni terpaksa melepaskan sebab tak mahu dia sakiti. ada cara yang salah ada cara yang betul. kadang kita rasa kita buat tindakan yang betul, tapi kita tak sedar kesan pada dia. 



semoga aku jumpa manusia yang baru. dengan perasaan yang baru. 

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...