Ahad, 7 Ogos 2022

kahwin... kawan

 Bila 3 orang tak kahwin lagi.. Dia boleh mengata pasal isu yang sama tanpa ada perasaan terasa...

Aku selalu usik kak aku pasal dia kekurangan kasih sayang tu yg dia garang lain macam.

Tadi dia kata sambil konon2 nak bisik 'tahun depan 30 dah' kat aku

Aku: 'pada tarikh ni tahun depan.. Tak 30 lagi. Baru 29'

 Aku boleh rasa kami tiga orang memang lambat lagi nak kahwin. Mak ayah bukan lah tak bising benda ni. Cuma jarang sebut je lah... Tapi tu lah.. Bila mak ayah aku sebut.. Memang gelak lah jelah kami.. Tak pon.. Erhmm.... Tapi aku harap lah kak-kak aku ni kahwin juga lah... Ye lah.. Anak nakan baru 3 org. Tak puas lah main dengan baby.. Cucu mak ayah aku  buat masa la ni 3 org ni je lah.. Semoga bertambah cucu mak ayah aku ni.

Fikiran aku pasal kahwin ni... Sentiasa sama... Tapi haritu... Sembang dengan suhada.. Fikiran aku berubah pasal kahwin ni.. 'lelaki baik perempuan baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat' kita akan dapat pasangan yang lebih kurang macam diri kita. Kalau dapat lebih baik dari diri kita.. Rezeki lah. Jadi, kita kena jadi lebih baik untuk diri kita. Pastu ada satu lagi isu yang buat aku termenung panjang lah... Mungkin selama ni aku hanya memerhati saja.. So berdasarkan perasaan aku benda tu. Tapi bila sembang kahwin dengan org dah kahwin.. Dia fikiran aku berubah lah tentang hidup rumah tangga tu.

Aku pernah tanya dekat kawan aku sorang ni. Dia bahagia ka  kehidupan dia ni. Aku cuma memerhati dan mendengar sebahagian cerita dia. Bagi aku, dia kuat semangat. Dia kata ' bahagia macam ni lah'. Setiap org kehidupan dia tak sama. Aku memang suka semangat dia.. Dan keluarga dia sangat bagus dalam hubungan keluarga.  Sokongan dari sekeliling sangat penting.  Kadang aku rasa.. Dia lebih fikirkan orang lain dari diri dia... Dan dia jenis tak kisah orang lain fikir apa pasal dia. Dia pentingkan keluarga dia..

Aku tak lah ramai kawan. Tapi alhamdulillah... Aku dapat kawan-kawan yang baik. Kawan-kawan yang bagi kata2 semangat.. Buat aku fikir.. Kalau bukan kwn aku, family dia bagi semangat. Setiap kali aku p rumah kwn aku yg ni.. Kalau jumpa ayah dia..  Ayah dia selalu bagi kata semangat kat aku. Diorang kan  lebih banyak pengalaman. Terima kasih jadi kawan aku.. Maaf lah kalau aku kawan yang tak berguna. Sesungguhnya aku manusia yang banyak sangat kekurangan. Aku bukanlah manusia yang baik.

Salah satu yang aku rasa aku jenis tak berguna... Aku tak ambik tahu pasal sesuatu tu.  Dia macam.. Dia lalu aku ambik tau.. Kalau tak lalu.. Memang aku tak ambik tau. Kadang aku tak perasan kawan aku ada masalah atau tengah hadap sesuatu tu. Aku sedar bila dah lama atau dah terlambat. Aku macam.. Ang nak cerita, aku dengar ja. Kalau ang cari aku, aku akan ada.  Dulu aku bersungguh-sungguh  dalam 'persahabatan' tu. Tapi aku bukanlah  sahabat dia seperti mana aku fikirkan. Jadi.. Aku lebih hati2 bila berkawan. Walaupun benda ni dah lama, bertahun. Tapi still terasa kesan dia. Tu pasal dah malas nak ambik tahu. Bila aku bersungguh dengar ang cerita, tapi ang tak pernah dengar aku cerita. Sakit

Tu pasal la ni aku akan cerita dengan orang yang sudi dengar aku cerita. Dan bagi reaksi dengan cerita aku. Walaupun cerita aku membosankan dan annoying. Penat lah cerita dengan orang yang tak sudi dengar. Pastu ang cerita kat dia.. Tapi ang tak tanya pasal dia juga.
Pendengar ni, perlu pendengar juga. Pendengar ni ada cerita untuk dia cerita.

Tapi aku pon tau.. Aku pon bukan pendengar yang  baik. Maafkan aku kalau aku bukan pendengar yang baik atau tidak memberi reaksi yang baik ketika  anda  bercerita.

Kawan aku ni.. Dia jadi pendengar untuk orang cerita. Tapi dia tak mampu nak cerita masalah dia pada org tu. Sebab dia rasa.. Org tu ada banyak masalah dah. Dia tak nak orang tu bertambah masalah fikir masalah dia. So, Lama-lama dia simpan ja cerita dia tu... Makin penat lah sebab tak mampu nak luah. 

Pendengar ni memerlukan pendengar juga.

Kita ni tak boleh hidup sorang-sorang. Kita perlukan orang yang boleh kita percaya. Tak semestinya sentiasa ada di sisi , tapi kena ada walaupun jauh.

Terima kasih sudi berkawan kepada manusia bernama Nurul afifah ni. Maaf kalau nurul afifah ni bukan kawan yang baik.

Covid

 27.7.2022 aku demam. sejuk panas sejuk panas. aku buat test.. aku positif. 

 2.8.2022 last aku kuarantin. 


bagi aku sampai sekarang rasa kesan dia. deria rasa aku dah kurang. 


alhamdulillah, aku tak teruk. demam, batuk, hilang deria rasa juga. tapi malam-malam sakit kepala dengan selesema.. hidung tersumbat.. memang stress lah.


tapi makin hati makin okay.  satu hari je demam.. 


tapi yang lagi penat bila tiba-tiba air tak ada. aku dah lah selesema.. memang rasa sangat tak selesa. 


aku tak tahu nak taip apa lagi, huh. bye

Jumaat, 5 Ogos 2022

sentuh


Dari dulu... Aku tak suka Dipeluk dan di sentuh di  terutamanya bahagian belakang. Aku boleh rasa aura kalau ada tangan lalu di belakang aku.. Kak aku pon kata dari aku kecil aku tak suka orang sentuh aku...  Tapi aku sangat yakin andai kata satu masa nanti kita perlukan pelukan dari sesesorang utk tenangkan kita terutamanya waktu tengah sedih...  Kita akan sentiasa perlukan seseorang di sisi kita sebenarnya.. Memang kita kata kita tak boleh harapkan orang, kita boleh ja sorang-sorang.. Sebenarnya tak... Kita kena juga cari seseorang yang kita boleh percaya dalam hidup kita..  Mungkin dia tak semestinya sentiasa ada di sisi kita, tapi cukup ada... 

Sabtu, 23 Julai 2022

yumi Cell 3?

Yumi Cell ni.. Aku harap dia memang ada 2 season  ja.. Sebab aku memang nak tengok. Kalau ada season 3 juga.. Memang tak akan tengok juga lagi...aku nak tengok. Tapi aku nak tengok sampai ending lah.. Tak nak lah tengah tengok diorg bahagia.. Last bukan org tu. Memang kehidupan pon macam tu.. Tapi tunggu punya lama. Bertahun.. Semata-mata nak tengok satu drama. Menunggu satu menyeksakan. 😅. Aku tau cerita ni best.. Tapi tu lah... Jalan cerita dia... Erhmm... Aku harap Ba Bi (Nama orang) dengan dia.. Tapi klu Ba Bi tu bukan utk dia.. Memang tak lah.

Khamis, 21 Julai 2022

Senior F1

Terjumpa senior waktu F1. Waktu F1 banyak perkara yang buatkan sampai la ingat.. Rasanya memang tak akan lupa... Setiap kali lalu tepi  senior tu akan kata senior tu org yang sama dengan sepupu kawan aku. Setiap kali nampak senior tu. Padahal kawan aku kata tak.  Sampai satu saat aku memang yakin yang diorang adalah dua orang yang berbeza.  Dari kejadian tu lah macam2 benda yang terjadi sampai satu masa tak nak pergi kantin. Naik F2 senior tu pindah sekolah. So rasa selamat lah sikit. Dulu selalu buat benda tanpa fikir panjang padahal sekarang pon sama. 

Sabtu, 9 Julai 2022

kesedihan

Selain berpura-pura gembira untuk menutup kesedihan....  Ada juga orang berpura-pura jadi jahat untuk tutup kesedihan dia supaya orang lain tak tahu sakitnya dia.. Orang fikir dia pentingkan diri... Orang fikir dia tak perasaan.. Semua manusia sama..tak sempurna.. 

Selasa, 21 Jun 2022

suka tanpa sebab

Hari tu  sembang pasal kacang sebab beli rojak tapi tak nak letak kacang. Aku tak suka kacang tanah kecuali dia rebus. Balik tu kak aku tanya kak:kenapa tak suka kacang
Aku: sebab tak suka
Kak: mesti ada sebab tak suka.. Sebab rasa dia ka..
Aku: entah.. Dah tak suka.

Pastu dalam fikiran.. Dah tak suka.. Kena ada sebab ka. Suka seseorang pon belum tentu ada sebab.Benda ni dah lama.. 

 Dulu ada chat ngan sorang ni.Lama dah lah.. Tapi ayat dia sampai sekarang ingat 'kena ada sebab ka untuk suka seseorang'Tapi orang tu dah hilang dah lah. Sebab chat kat ym kot waktu aku pon x pasti. Tapi mmg lama dah lah. Nama dia pon aku tak ingat. Awal2 tau pasal Internet abg aku yg ajarkan sekali ngan chat online.

Isnin, 6 Jun 2022

Jumpa Dila di Johor 6/6/2022



Jumpa Dila di Johor. Last jumpa waktu konvo 2017. Akhirnya dapat juga jumpa. Entah bila nak jumpa lagi. Ada rezeki dapat jumpa lagi. Tadi jumpa kejap ja. Tak puas sembang

Aku memang nak sangat jumpa dia bila aku datang Johor kali ni. Ni pon sembang tak puas sebab saya kejap sangat jumpa. Banyak lagi aku nak sembang dengan dia. 

Banyak benda yg waktu sem 1 terjadi antara kami dua yg aku ingat  sampai sekarang. Pertama kali kami jumpa dalam kelas, ingat org tu lecture tapi sebenarnya student. Kelas Tuan Zam, kena tegur dengan lecture sebab sembang pastu buat2 tanya soalan bila dia datang. Tu yg kena tegur dengan lecture tu. Usha org dalam kelas, pastu kami sambung usha org yg sama waktu kami p makan.  Tapi kami sama2 lupa dah org tu muka macam mana. Sem 1 ja kami jumpa. Tapi aku rasa ada terjumpa sekali selepas sem 1 tu. Tapi tak pasti.  Boleh kata setiap kami selalu pergi DMAS tangkap gambar tgh hari sebab ada gap masa kelas. Waktu sem 1 memang kami banyak berjalan berdua. So gambar dia memang banyak kat aku. Aku suka tangkap gambar dia.  Dia pon melayan juga. Dia pon Pandai tangkap gambar. Dia  banyak sangat tolong aku waktu uum. Sgt2 berterima kasih tolong aku, maaf banyak menyusahkan kan ang. 


Ahad, 29 Mei 2022

dibandingkan

Dah lama tak dibandingkan oleh mak aku...
Sekali mak aku bandingkan aku ngan budak 4/5 tahun. Tapi masalah betul lah 😅🤣

Jumaat, 20 Mei 2022

Mr. sunshine


Cerita ni dah lama aku nak tengok. Baru mood nak tengok tu baru ada. Tapi tak tahu lah akan tengok sampai habis ke tak

Rabu, 18 Mei 2022

kawan lelaki

Tadi tersempak dengan kwn satu kelas waktu sek rendah. 'uishh dah lama tak nampak dia'
Waktu sekolah rendah pernah masuk Bilik PK sebab gaduh ngan dia.Tapi yang kena rotan dia, padahal aku yg mula gaduh dulu.
Ada sekali tu jumpa budak satu kelas sek rendah yg lain lah.Sebab  nak bebaik  motor.  Mula2 nak buat tak kenal. Sebab segan nak tegur lah. Tapi dia yg tegur dulu.Rasa awkward betul nak cakap.Terus bahasakan diri 'saya'.  Kitorang satu kelas waktu zaman sek rendah.  sek menengah kelas asing dah. Diorg pulak laki, mmg  segan nak tegur lah.Tapi dari dulu sampai skrg mmg susah nak sembang ngan org laki. Waktu uum. Pon dok sembang dengan budak laki yg ada dalam kelab ja atau yg group tertentu

Tapi ada orang tertentu aku rasa tak segan nak tegur.

Sem 1 aku ada minta tolong Farhan ni. Benda yang minta tolong tu mudah ja. Tapi sebab aku jenis mudah gelabah memang aku minta tolong lah. Sebab aku rasa dia macam hebat. Hahahha aku minta dia  burn dvd kalau tak silap aku. 'benda ni pon takut nak buat'. Hahahaha. Pastu aku ada add dia fb. Tapi dia  approve pon. So waktu nak last sem macam tu,  aku pon x pasti sangat. Aku  tegur dia pasal dia approve  fb aku. 'sampai hati tak approve fb aku' pastu dia kata tak ada pon... Pastu dok sembang pasal tu lah.  Pastu tak lama tu dia pon approve fb aku..  Waktu praktikal aku tegur dia kat fb. Tanya pasal praktikal. Pastu lepas praktikal ada sekali juga kot chat ngan dia. Pastu memang tak  chat lah. Segan.

Waktu kat Uum aku tak banyak sangat sembang ngan budak laki. Selalu sembang ngan Hadi, Imran  sebab kami satu EEP..  Pastu kalau satu kelas mmg dok tegur juga sembang pasal study...  Iskandar, Amin, Wan, amirul Kelantan sebab kami satu kelab multimedia.. Jadi memang kena tegur lah.


Budak laki  yg  lain sama kos  memang aku tak sembang. Silap2 diorg tak kenal atau tahu nama aku. 

Aku ngan budak perempuan waktu uum yg sama kos.. Memang aku sembang sakan lah. Tambah kebanyakan dok satu penginapan yg sama. So memang rapat. Tambah2 ada assignment yg tak tahu. Memang bincang lah kat lounge atau kat surau. 

Selasa, 10 Mei 2022

hanya aku yang suka

Aku suka... Bila aku sorang ja ada perasaan tu.. Tak terlibat orang lain... Dia tak tahu tak pa. Sebab tu hanya jadi masalah aku ja. Dan benda ni jadi mudah sbb berlalu begitu saja. Best kot suka seseorang tu diam-diam... Bila benda ni hanya melibatkan diri sendiri sahaja... Dia ada cara dia sendiri 😅

Sabtu, 23 April 2022

Switched at Birth (TV series)

aku tengah tengok cerita ni. baru S3E11. menarik juga jalan cerita dia. dua orang remaja perempuan tertukar semasa mereka masih bayi. dibesarkan oleh keluarga yang berbeza.


bila tengok cerita ni, entah kenapa rasa lain macam. bila jadi remaja, akan sentiasa buat keputusan melulu. dan selalu fikir hal diri sendiri.

 masing-masing ada masalah. cuma penyelesaian mereka membuat aku macam ... erhmmm.





budaya mereka jenis berterus terang. lantang bersuara. aku macam... bila diorang buat macam tu kadang ada hati yang tersakiti. tapi sebenarnya tak salah pun diorang buat macam tu. cuma cara. mereka luah apa yang mereka rasa.


aku selalu fikir, bila aku cakap, ada ja macam yang tak kena. kadang aku rasa penat nak bersuara. sebab aku rasa mereka still ada pendapat yang sama terhadap aku.  lama-lama aku diamkan diri. tak nak pertahankan diri. biar orang nampak salah aku ja. padahal memang salah aku pun


berbalik pada cerita ni. cerita menarik. sebab buat aku untuk belajar bahasa isyarat tangan.  cerita ini sangat-sangat pertengahkan orang pekak. so sangat bagus cerita ini, bagi aku. masih tak habis lagi. nanti nak sambung tengok. ada 5 season. sekarang aku tengah tengok season 3


aku tahu perubahan  yang baik sangat bagus. tapi kadang aku terfikir, perubahan tu juga boleh membuatkan orang sedih.

Khamis, 21 April 2022

tulis dan luah ?

aku tak lah banyak kawan. tapi still ada kawan. tapi aku tak rasa yang aku boleh meluah apa yang aku rasa pada kawan aku. entah kenapa... mungkin aku tak yakin. atau.. mungkin aku takut dengan mereka terhadap aku.


aku tak boleh nak meluah apa yang aku rasa pada manusia yang aku kenal. 


banyak perkara aku nak cakap, cuma aku tak jumpa orang yang aku sesuai untuk bercakap. aku takut menyusahkan mereka. 


kadang bila aku dah bersedia nak meluah, aku dapat reaksi yang macam... 'okay, baik kau tak payah cerita'


sampai satu tahap, aku rasa, aku tak mahu pertahankan diri aku supaya mereka faham. sebab mereka tak akan pernah faham aku. lama-lama aku mendiamkan diri. angguk. sebab rasa penat.   aku rasa tak berguna untuk bercakap kalau akhirnya mereka akan  fikir aku yang salah. penat dan rasa sangat sedih sebab aku rasa seolah-olah tiada siapa yang akan sokong, akan ada dengan aku. jadi aku fikir lebih baik kalau aku diamkan diri, aku buat dono, aku buat tak kisah padahal aku tengah kisah. 

twenty five twenty one (2521)

 



aku sebenarnya dah habis tengok cerita ni waktu hari pertama atau hari kedua puasa.. atau sebelum tu. aku pon tak ingat. huh. aku kan selalu buka tik tok, jadi video pasal cerita ni selalu naik juga. boleh kata aku tahu juga pasal cerita ni. jadi aku tahu yang cerita ni sad ending, tapi aku nak tengok juga.

aku jenis tengok cerita selepas dah smua episode dia tayang. sebab aku rasa lebih ada perasaan tu. cerita ni sangat-sangat kehidupan. aku sangat suka jalan cerita dia. masalah kawan, masalah family, masalah dengan diri sendiri.  aku sukaa cerita dia

ending dia... aku sangat harap diorang akan bersama. tapi tak. ending dia... buat orang berfikir. 


macam mana kita sayang pada orang tu, kalau dah takdir tak bersama. tak bersama.


aku sedih tau. sampai sekarang tak boleh move on lagi dengan cerita tu. 


tapi aku macam faham juga kenapa ending dia macam tu. kalau still bersama juga, tak tahu sama ada diorang akan bahagia juga atau tak. 


bukan semua drama akan happy ending.


macam tu juga hidup kita. hidup kita tak akan sentiasa bahagia. 

Rabu, 13 April 2022

perasaan yg telah lama tak ada

Tadi tengah sembang dengan kawan, pergi dekat mak cakap. Selamat aku mute. Aku harap memang mute betul lah. Kalau tak segan siot. Benda yang tak patut dia dengar. Bila aku cakap waktu terus aku gelabah. Sampai ke bilik jantung aku dup dap dup dap. Laju


Waktu buat kerja dekat dapur pon tiba-tiba penat sangat sebab jantung aku tak habis lagi dup dap dup dap tu. Sampai aku kata dekat mak sambil duduk kata aku tengah terima satu kejutan. Tu jantung lain macam. 

Aku tengok mak aku senyum waktu tu. Jangan dia salah faham  sudah lah.  

Dah lama tak ada perasaan tu. Perkara biasa ja. Cuma gelabah lebih ja. 

Selasa, 12 April 2022

Ku Arif

aku mudah suka orang. tapi bagi aku orang yang betul-betul aku suka ada empat orang. 

orang yang pertama aku suka ialah Ku Arif. waktu darjah 4, dia pindah masuk ke sekolah aku. darjah empat. terlalu muda untuk aku betul-betul aku suka.  sebab apa aku kata aku betul-betul suka dia adalah waktu dia pindah aku sangat sedih. sangat-sangat sedih. aku ingat lagi ada satu masa aku duduk seblah dia. memang sebelah meja dia. budak kan. aku selalu pinjam pencil warna dia. sampai dia tak nak bagi aku pinjam. tapi dia still bagi pinjam. jujurnya aku tak lah betul-betul ingat sangat kenangan dengan dia. kami kan duduk sebelah. entah macam mana, cikgu minta aku duduk di tempat lain. aku memang sedih betul waktu tu. terpaksalah aku pindah tempat duduk. aku ingat lagi bila dia dah pindah, dia tak bagi number telefon pon kat aku. so, memang aku sedih. sampai aku merajuk. pastu shahirah bagi number dia kat aku. waktu zaman kanak-kanak aku telefon bimbit tak banyak. jadi kalau aku nak telefon sapa-sapa kena guna telefon rumah. jadi aku pun guna telefon rumah untuk call dia. rasanya banyak kali juga aku telefon. tapi ada satu hari aku berani cakap dengan dia. tapi aku tak ingatlah betul atau tak.  aku tak  tahu pun dia pindah mana. waktu sekolah menengah, aku aktif juga pergi mana-mana sebab sekolah hantar wakil. bengekl itu dan ini lah juga. aku tak perasan, tai kawan aku perasan akan kehadiran ku arif kalau tak silap aku. aku memang tak sembang pon. lagipun aku memang dari dulu tak rapat dengan budak laki. lama-lama aku pun lupa dia. tahun lepas, aku cerita dia dekat kawan aku, Atif. dia pun teringat yang Azril pernah cerita pasal  ku Arif. dia dapat cari facebook Ku Arif.  so, aku stalk lah FB dia. dah dah kahwin tahun 2019. dia Chef. aku pon tak stalk dia sangat. 

perasaan aku pada dia lebih dari suka sebab dia adalah orang yang boleh aku katakan  cinta pandang pertama. hahahaha. walalupun tu waktu kanak-kanak. sebab waktu dia masuk kelas aku waktu pertama kali, aku terus suka dia. 

Selasa, 5 April 2022

kahwin?

 setelah suhada kahwin. aku macam ada niat nak kahwin. ada niat. belum tentu aku kahwin. sebelum ni walaupun aku memang nak kahwin, tapi tak ada niat yang sungguh-sungguh aku nak kahwin. tapi bila kawan-kawan aku dok pakat kahwin. niat tu pon ada. sejujurnya aku pon tak yakin yang aku boleh mengaharungi perkahwinan tu. aku tak percaya pada diri. dan aku tak percaya pada lelaki. bukan... aku tak jumpa lelaki yang boleh menyakinkan aku. lagipun aku bukan jenis berkawan dengan lelaki. 

kahwin ni tak mudah. aku takut aku mudah putus asa dalam perkahwinan tu. aku mudah stress bila aku dalam sesuatu yang aku tak suka. jadi aku takut menyusahkan orang.

aku sangat cemburu orang pada orang yang bahagia, tapi aku suka mereka bahagia. bagi aku, aku tak layak untuk bahagia. aku banyak menyusahkan orang. dan aku tak nak bertambah bilangan orang yang aku menyusahkan tu,

aku tahu setiap orang tak sama. tapi aku tak tahu lah kenapa, aku rasa orang aku kenal, lelaki tu bagi aku cukup tak menyakinkan aku dalam sesuatu hubungan tu


aku takut tersalah pilih lelaki  dalam hidup aku. aku takut aku terikat dengan seseorang yang aku tak selesa. perkahwinan ini bukan sekejap. lama.


mak aku kata kat kak aku ' adik ang tu ada niat nak kahwin'


memang aku ada niat nak kahwin. tapi aku takut. aku takut dengan kehidupan perkahwinan tu.

Isnin, 4 April 2022

Twenty-Five Twenty-One


Cerita ni.. Sangat kehidupan bagi aku. Masalah, kekalahan jangan terlalu anggap tragedi. Aku suka heroin dia mengubah tragedi yang dia hadap tu jadi komedi. Sebab sampai bila kita nak down dengan setiap kekalahan kita tu. Memang kita tak boleh nak selesaikan masalah dengan cara tu. Cuma jangan terlalu lama dalam kekecewaan. Sampai tak sedar ada perkara yang boleh bagi kita bahagia.

Hero dia sangat handsome walaupun dah banyak drama dia aku tengok. Aku harap sangat cerita ni happy ending. Baru tengok 4 episode. Ada lagi 12 episode.

Selasa, 29 Mac 2022

menangis

Aku selagi boleh  tahan air mata, aku tahan. Aku selagi aku boleh menangis sorang. Aku akan menangis sorang. Tapi kalau aku dah nangis depan orang maknanya aku dah tak boleh tahan dengan situasi tu. 

benci

Aku tak ada hak untuk membenci. Tapi aku dalam situasi yang  aku tak suka. Masalah yang aku hadap, aku tak boleh nak cerita, aku tak boleh meluah. Dan sangat sakit kat hati ni bila aku hadap benda alah ni. Benda ni sampai tahap aku tak boleh nak hadap. Sebab kalau hadap benda buruk yang akan jadi. Biar aku yang nampak tak baik. Biar aku yang nampak buruk. Sebab bukan diorg yg hadap. Aku yg hadap benda semua ni.

hanya diri sendiri

Isnin, 14 Mac 2022

kahwin?

Dia bukan nak terikut kawan  bila dah kawan dah kahwin. Dia ada niat nak kahwin. Tapi lepas tu dah tak ada dah. Sebab hati dan akal aku tak bersepakat dalam isu  ni. Jadi aku mengikut keputusan akal aku tu. Hahahah. Aku bahagia tengok kawan-kawan aku kahwin. Aku mmg teruja bila kawan aku kahwin. Sebab ada org teman dia  dalam mengharungi kehidupan ni. Akan sedikit cemburu, aku tak nafikan Benda tu. Tapi cemburu tu tak sampai tahap aku nak kahwin.  Mungkin sebab aku xda someone lagi. Tak boleh kata aku x nak kahwin langsung. Tapi setiap org tahu tahap mampu dia sendiri. Dan aku takut terluka. Penat lah ada perasaan kat org. Penat nak move on. 'Awak tak mahu berusaha sebab awak takut terluka' aku setuju dengan ayat. Aku takut terluka dan aku takut org terluka sebab aku.  Dan aku tak reti nak kenal dengan org  terutama kaum lelaki. 

Dia bukan nak terikut kawan  bila dah kawan dah kahwin. Dia ada niat nak kahwin. Tapi lepas tu dah tak ada dah. Sebab hati dan akal aku tak bersepakat dalam isu  ni. Jadi aku mengikut keputusan akal aku tu. Hahahah. Aku bahagia tengok kawan-kawan aku kahwin. Aku mmg teruja bila kawan aku kahwin. Sebab ada org teman dia  dalam mengharungi kehidupan ni. Akan sedikit cemburu, aku tak nafikan Benda tu. Tapi cemburu tu tak sampai tahap aku nak kahwin.  Mungkin sebab aku xda someone lagi. Tak boleh kata aku x nak kahwin langsung. Tapi setiap org tahu tahap mampu dia sendiri. Dan aku takut terluka. Penat lah ada perasaan kat org. Penat nak move on. 'Awak tak mahu berusaha sebab awak takut terluka' aku setuju dengan ayat. Aku takut terluka dan aku takut org terluka sebab aku.  Dan aku tak reti nak kenal dengan org  terutama kaum lelaki. 


aunty

Tadi p teman mak p kedai cina ni nak beli barang. Mak memang kenal owner tu pon. Owner tu kenal juga aku tu. So waktu kecil selalu p kedai dia. Sapa yg kenal aku sebelum tahun 2011 memang akan panggil aku Pipah. Aunty tu mesti panggil aku  'Pipahhhh' aku boleh agak dah dia akan panggil macam tu. So biasa lah dah tak lama  tak jumpa.. Bab-bab kahwin confirm muncul. Dalam hati aku ' saya tunggu anak Aunty lah' anak dia handsome. Umur 26.. Anak aunty tu sendiri cakap pasal umur. Pastu laki tu sembang pasal kenapa org muda tak kahwin lagi.  Mak aku pun menyampuk juga berbualan tu.. Aku dengar je lah.


Tapi adik dia.. Lagi handsome. Aku terjumpa dia dok sembahyang. Dalam fikiran aku 'mamat Korea mana ni' padahal aku tengok dari jauh pon. Nampak sipi-sipi ja. Sebab bawa motor. Dia tak boleh fokus kat adik tu sgt. Kena fokus jalan. Sat gi ada kemalangan terjadi. 

Isnin, 21 Februari 2022

serabut yang tak sepatutnya serabut

Dari pukul 10 mengantuk, ingat nak tidur awal. Tiba-tiba ada benda jadi. Benda tu tak serabut pon, cuma bila otak dah blur, otak tak boleh terima dan terpaksa terima situasi tu. Dia jadi serabut.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...