Ahad, 21 Jun 2026
Mr. A. f4
Af4. Sebab aku betul2 sedar tersuka dia waktu f4. Perasaan tu masih ada f5.. Dan waktu f5 tu.. Kawan aku bagitau dia suka kat A. Aku macam tak sangka kawan aku suka A. Agak kecewa aku tak ingat sama ada aku menangis atau tak. Hahahaha. Pastu hujung spm tu aku bagitau A yang kawan aku nak kawan dengan dia. Padahal kami satu kelas sebenarnya. So.. Bagi no fon A kat kawan aku... Dan selepas tu ada lagi lah cerita. Dan aku pernah buat tindakan bodoh juga sebab A. Perasaan suka A masih ada bertahun-tahun lepas tu atas sebab beberapa faktor. Nak kata menyesal suka dia.. Tak. Cuma aku kurang suka bila aku mencari-cari keberadaan dia di sekeliling aku.. Walaupun perasaan suka aku pada dia dah berkurang.
perasaan suka
Aku suka love story. Aku suka perasaan suka someone. Aku sangat suka walaupun tak pernah berjaya mendapatkan seseorang tu. Dan aku tak rasa yang aku menyesal bila suka someone tu. Sebab dari tu aku boleh faham sekian perkara. Cuma aku tak suka.. Bila mana setiap perkara aku terkaitlan perkara tu dengan someone tu ja... Bila mana aku dalam usaha move on.
Aku memang suka bila ada perasaan suka someone tu. Crush.. Lebih baik kalau orang tu tak tahu. Best dok stalk crush tu.
suka waktu zaman sek
Sepanjang hidup aku.. Aku paling suka kat orang waktu zaman sek. Walaupun tak pernah beeja untuk bercinta.. Hahahaha. Tak pernah pon bercinta pon.. Sebab waktu zaman sek tak rasa sakitnya perasaan suka. Kiranya tak faham. Sekarang ni.. Kita faham bahawa bila suka someone tu dah kena serius . Jadi memang tak boleh main-main perasaan tu. Kena fikir untuk masa depan. Dulu boleh mai 2 sebab masih ada masa lagi dan tak fikir apa sangat. Sekarang ni nak mencari seseorang kena fikir banyak aspek.
Khamis, 7 November 2024
jangan harap kat orang untuk keluar
Sebenarnya penat kalau nak tunggu ada orang boleh teman ang keluar. Kalau ada tempat tu ang boleh p sorang, p ja sorang. Sebab kita tak boleh harap akan ada orang sentiasa dengan kita. Aku dah lah jenis tak banyak kawan, dan tak ada tempat untuk aku kenal orang baru. So memang aku kena untuk sorang. Mengharapkan seseorang tu sangat penat. Aku jenis overthinking dan jenis sensitif dan ada masa aku dah malas nak fikir pasal perasaan. Cara mudah, jangan harap kat orang. Nak bagitau nak, tak mau bagitau tak mau. Mudah.
amy
Kalau aku waktu zaman sek, mesti aku tak sangka yang aku akan selalu keluar dengan dia sekarang ni. Sebab zaman sek, aku memang tak rapat dengan dia. Sebab aku rasa tak selamat dengan dia. Hahahahah. Sebab apa yang dia teka, memang betul. Ada benda aku tak meluah waktu tu, dia tau. Dia hanya memerhati ja. Tu pasal aku rasa tak selamat bila dengan dia, macam dia akan tau semua rahsia aku. Tapi sekarang ni, banyak benda dia tau pasal aku. Semua benda buruk aku, dia tau. Hahahaha. Bila aku malas duduk rumah, rumah dia memang jadi tempat untuk singgah.
Khamis, 29 Ogos 2024
kopi
Hari ni, Latte time. Dua hari dah air limau kasturi. Hari ni. kita ke pahit kopi. Nanti-nanti teh pulak. Dulu aku jarang betul nak buat air kat rumah. Selalu minum air kosong ja. Ni sebab terpengaruh dengan kak aku lah ni. Dia selalu nak cuba kopi. Dari aku tak minum kopi. Dah minum kopi dah. Walaupun latte ja pon, dulu aku selalu pesan caramel macchiato, tapi dia kan manis betul sebab ada caramel.. Jadi dah lama tak beli. Lani ni kalau ada matcha espresso atau matcha apa2, memang beli air matcha ja. Dia rasa pahit teh dengan kopi. Aku suka. Kalau tak beli matcha, beli Latte. Aku selalu cuba americano kak aku ja sebab aku tak rasa aku mampu nak habis secawan americano tanpa gula.
Jumaat, 28 Julai 2023
aku yang bermasalah
Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mampu nak hadap orang ramai puny pendapat, aku tak mampu hadap diri aku sendiri. Aku Overthinking.
Langgan:
Catatan (Atom)
Mr. A. f4
Af4. Sebab aku betul2 sedar tersuka dia waktu f4. Perasaan tu masih ada f5.. Dan waktu f5 tu.. Kawan aku bagitau dia suka kat A. Aku macam t...
-
aku baru lepas baca cerpen Cinta Yang Terlewat. korang boleh klik kat link INI . cerita dia kisah perempuan yang mencintai seorang lelaki. d...
-
aku baru ja habis baca e-novel, karya Rehan Makhtar. cerita-cerita memang best. tajuk yang baru aku habis baca 'cinta biar saja ada'...
-
cerita nie walaupun aku tak tengok dari mula hinga habis 100% sebab ak hanya tengok mula-mula dan last sekali. tapi cirita ini memang buat a...