Khamis, 27 Mac 2014

hati-memahami-maaf

nak jaga hati, nak memahami memang susah, sebab tulah kehidupan. manusia bukan sempurna. dan jujur aku minta maaf kalau aku ada buat salah pada sesiapa.

Selasa, 18 Mac 2014

tak kenal maka tak suka

sejujurnya kita tak boleh menilai seseorang itu kalau kita tak kenal dia.  aku ada kenal seorang manusia ni, aku macam tak ngam dengan dia. makin lama, aku semakin ngam dengan dia. aku sangat terima kasih kat dia. sebab dialah yang selalu melayan merapu aku waktu perangai entah pape datang sekali dengan dia merapu dengan aku. macam-macam kami merapu. sebenarnya kami tension perkara yang sama. erm. dia banyak tolong aku. aku sangat berterima kasih dengan dia. aku harap sangat masalah cepat berlalu. :D

Ahad, 9 Mac 2014

kenangan waktu kecil

dalam seminggu ni aku dok ingat kenangan waktu kecil-kecil. sejujur-jujurnya dari dulu sampai sekarang aku memang bukan baik mana. dulu aku sangat nakal. hahaha. aku selalu balik lewat disebabkan bermain dengan kawan. ada beberapa kali hampir pukul 8 malam baru balik disebabkan ingin menonton cerita kartun bersama kawan aku. sampai sahaja rumah, pintu telah dikunci. ayah aku kuncikan pintu tak kasi aku masuk. aku merayu supaya benarkan masuk. bila boleh je masuk, terus kena sakit sebab kena rotan. wah... memang terbaik. manangis tak berlagu aku. hahaha.  walaupun sakit kerana rotan, tapi still buat balik. hahaha

ada satu hari, darjah enam. balik dari sekolah terus bersiap. pergi ke kedai dua km dari rumah aku dengan basikal tanpa bagitahu emak aku. kemudian patah balik dan pergi ke pantai dalam 20-25 kilometer. aku pergi dengan kengkawan. balik pula petang, selamat tak kena marah mak aku. mak aku cari merata-rata. aku ingat kalau sampai rumah nak kena rotan dah, tapi syukur tak kena.

waktu sekolah, waktu hari last sekolah aku selalu bergaduh dengan budak laki. hahaha. serius bergaduh kena macam-macamlah. sampai kena masuk bilik PK. aduhai.... budak laki yang lawan dengan aku tu yang kena rotan, padahal aku yang mula dulu, kalau tak silap akulah. hahaha

waktu sekolah rendah juga aku pernah lari dari sekolah. wah... lari dari sekolah... sebenarnya aku lari saja-saja ja. sebab aku tengok banyak budak-budak sekolah yang lari dari sekolah. jadi aku pun nak try lah, padahal dalam hati aku berdoa 'bagilah sapa-sapa tahan aku. aku tak berani nak lari pun' hahaha. waktu tulah PK aku yang tahan. dahlah PK tu kawan ayah aku. setiap kali aku jumpa PK aku tu, mesti dia ungkit. aduhai. malu kot.

ada juga kenangan yang entah pape. tapi bila ingat balik memang lawak

macam-macamah kenangan waktu aku sekolah rendah. sejujurnya aku rindu zaman budak-budak. tak ada masalah yang nak fikir pun. sekarang ini aku macam-macam yang perlu aku fikirkan. biasalah, manusia.





Khamis, 6 Mac 2014

permulaan baru bagi sem 2

assalamualikum

senyum :)

hahaha.

aku rasa, macam dah lama je tak post. ok tak lah lama mana, sebulan dua ja. aku ada tutup seketika blog aku nie atas sebabsebab tertentu. hahaha. ok. sebab tak munasah yang aku rasa penting dan bagi orang lain tak. 

aku dah masuk sem 2. erm. sejujurnya aku rasa 'sangat rajin' untuk teruskan pelajaran aku nie. hahaha. ok. memang aku mudah putus asa, tak semangat, tak ada keyakinan diri dan sebagainya. kesian pada pelbagai pihak. antaranya roommate aku sebab kena hadapi pelbagai kerenah aku yang entah apa-apa. dan banyak lagi. bukan tak mau bagi tau sapa, nanti aku yang rasa sedih.hahaha

dari sem lepas, aku dok mengharap sesuatu. agak-agak kalau dok selalu sebut, akan tertunai tak? ok. nak merapu dah.

banyak benda yang aku menyesal. banyak. tapi aku hanya boleh membetulkan balik dan cuba tak ulangi balik. 

ok. 
memang manusia tak sempurna. 
memang manusia selalu buat kesalahan
memang manusia selalu blur-blur
memang manusia entah pape
dan manusia itu adalah aku.
aku memang bukan manusia yang sempurna
aku tahu. aku tahu yang aku selalu menyusahkan banyak pihak. sorry. jujur aku minta maaf. maafkan aku.

sampai satu tahap, aku fikir bukan-bukan dah. hahaha.

boleh ke aku tempuh pelbagai ujian ini? 
yakin boleh nurul. sebab Allah tak uji kau kalau kau tak mampu hadapinya.

aku selalu mengharap semua semudah ABC. ok. dalam mimpi kau boleh lah nurul

aku nak je cepat masa berlalu. hahaha. tapi betul. aku nak cepat masa berlalu. aku tak mahu rasa semua nie.

penatlah. dengan semua bagai.

sebenarnya aku rasa mudah je kalau nak hadapi semua nie melalu dengan usaha dan rajin.

sejujurnya aku bukanlah manusia yang sangat rajin.

rajin nurul. rajin gak. jangan mudah putus asa.







aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...