Ahad, 9 Mac 2014

kenangan waktu kecil

dalam seminggu ni aku dok ingat kenangan waktu kecil-kecil. sejujur-jujurnya dari dulu sampai sekarang aku memang bukan baik mana. dulu aku sangat nakal. hahaha. aku selalu balik lewat disebabkan bermain dengan kawan. ada beberapa kali hampir pukul 8 malam baru balik disebabkan ingin menonton cerita kartun bersama kawan aku. sampai sahaja rumah, pintu telah dikunci. ayah aku kuncikan pintu tak kasi aku masuk. aku merayu supaya benarkan masuk. bila boleh je masuk, terus kena sakit sebab kena rotan. wah... memang terbaik. manangis tak berlagu aku. hahaha.  walaupun sakit kerana rotan, tapi still buat balik. hahaha

ada satu hari, darjah enam. balik dari sekolah terus bersiap. pergi ke kedai dua km dari rumah aku dengan basikal tanpa bagitahu emak aku. kemudian patah balik dan pergi ke pantai dalam 20-25 kilometer. aku pergi dengan kengkawan. balik pula petang, selamat tak kena marah mak aku. mak aku cari merata-rata. aku ingat kalau sampai rumah nak kena rotan dah, tapi syukur tak kena.

waktu sekolah, waktu hari last sekolah aku selalu bergaduh dengan budak laki. hahaha. serius bergaduh kena macam-macamlah. sampai kena masuk bilik PK. aduhai.... budak laki yang lawan dengan aku tu yang kena rotan, padahal aku yang mula dulu, kalau tak silap akulah. hahaha

waktu sekolah rendah juga aku pernah lari dari sekolah. wah... lari dari sekolah... sebenarnya aku lari saja-saja ja. sebab aku tengok banyak budak-budak sekolah yang lari dari sekolah. jadi aku pun nak try lah, padahal dalam hati aku berdoa 'bagilah sapa-sapa tahan aku. aku tak berani nak lari pun' hahaha. waktu tulah PK aku yang tahan. dahlah PK tu kawan ayah aku. setiap kali aku jumpa PK aku tu, mesti dia ungkit. aduhai. malu kot.

ada juga kenangan yang entah pape. tapi bila ingat balik memang lawak

macam-macamah kenangan waktu aku sekolah rendah. sejujurnya aku rindu zaman budak-budak. tak ada masalah yang nak fikir pun. sekarang ini aku macam-macam yang perlu aku fikirkan. biasalah, manusia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...