Sabtu, 27 Ogos 2016

Spring Waltz



aku tengok balik cerita Spring Waltz. dah lama aku tengok balik cerita ni sebenarnya sebab haroin cerita ni berlakon cerita W korean drama.

cerita ni sangat sedih seperti lagu ni, tapi aku tak tahulah maksud lagu dan lirik lagu ini. tapi bila aku dengar lagu ni, perasaam sedih itu muncul, tak tahu lah sebab apa. ermm

bila aku dengar lagu ni, aku sedih, mungkin sebab aku rasa  bila kita bercinta kita tak semestinya sentiasa rasa gembira sebab kita akan lalui macam-macam perasaan. macam perasaan sedih, gembira, duka, cemburu, tamak dan macam-macam lagi perasaan yang akan muncul.

bila kita tengok sesebuah cerita, kita macam-macam perasaan  yang kita hadapi. daripada orang tak pernah bercinta, terus rasa macam tengah bercinta. orang tak pernah rasa kecewa sebab cinta terus rasa sakitnya bercinta. sebab  bila kita tengok sebuah cerita itu, kita letakkan diri kita di watak cerita itu. apa yang dilalui oleh watak itu, kita juga turut rasa.

ermmm

perasaan kau, hanya kau yang faham. tapi tak semestinya 100% kau faham perasaan kau tu.

kadang-kadang perasaan sukar untuk diluah. akhirnya kau simpan perasaan itu dan sampai jadi nanah dan akhirnya kau juga yang rasa sakit.


perasaan ini sebenarnya kena juga di luah, tapi kau kena tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk diluah.

ermm

sebenarnya aku nak taip banyak benda tapi sampai aku tak tahu mana satu yang aku nak taip.

okay

aku nak cerita pasal cerita Spring Waltz. cerita ni dah lama. aku suka cerita ni sebab jalan cerita dan lagu ost dia best. tapi cerita dia slow sikit, aku tak maksudkan cerita dia tak best, tapi ... entah lah. tapi aku jujur aku kata aku memang suka cerita ni. lagu dia pon best.

aku suka hero dia. suka sebab dia setia. sebab dia mungkin pendamkan perasaan dia. mungkin aku rasa kesian kat hero dia. sebab dia tak boleh nak meluah apa yang dia rasa sebab tertentu. dia setia pada wanita  yang kononya sudah mati seperti orang lain beritahu. maksud aku, adalah orang ini kata heroin ni dah mati, padahal dia hidup lagi.

banyak bendalah yang aku suka,  jadi patut tengok. hahahahaha. tak lah sampai wajib pon. terpulang pada individu, sebab minta tak semua orang sama.

Isnin, 1 Ogos 2016

Sayangku Kapten Mukhriz

Dala lama aku post. sangat lama. alasan, salah satu sebab sangat sibuk dengan study, tak tahu nak tulis apa, kadang-kadang rasa macam syok sendiri tulis.  aku cerita pasal cerita Sayangku Kapten Mukhriz.

sejujurnya aku suka gila watak Kapten Mukhriz. memang dari dulu sebelum wujudnya cerita ni lagi aku memang suka lelaki macam tu.  suka jenis lelaki yang susah nak layan perempuan, kiranya layan perempuan bila perlu. pastu aku suka senyumanan jeni sinis sikit tetapi sinis yang manis. suka lelaki yang jenis tak tunjuk romantik, tetapi bila dah halal,, dia punya romantik tu pon kita rasa sampai malu,  kiranya memang watak lelaki macam Kapten Mukhriz lah.

kesimpulanya aku tengok cerita Sayangku Kapten Mukhriz memang buat aku cair. jujur aku kata, kebanyakkan pelakon dalam cerita ni memang aku tak kenal, tapi diorang bawa lakonan diorang terbaik, terutamanya Dr Ariana Dahlia dan Kapten Mukhriz, tak lupa juga lakonan abang long dan Kak Lin. aku suka sweet antara Abang Long dan Kak Lin,

tetapi kau kena sedar Nurul, macam mana kau impikan seorang lelali, belum tentu kau akan dapat. sebab kau hanya boleh angan-angan, sebab Dia akan tentukan. lagipun sukar nak jumpa lelaki yang kau nak dan macamlah laki tu nak dekat kau.

Sedarlah wahai manusia bernama Nurul.

 tetapi aku ada jumpa lah laki yang lebih kurang Kapten Mukhriz, tetapi dia dah pindah.  nampak sangat kau dengan dia tak ada jodoh.

bagi aku, lelaki yang susah nak nak dapat ni amat menarik. bila kau dapat dia, wah... memang hebatlah kau.

#SayangkuKaptenMukhriz

Jumaat, 19 Februari 2016

memahami

bila kita lihat dia lakukan kesalahan. kita selalu hukum dia terus. bila tak dengar kenapa dia lakukan perkara itu

bila lakukan sesuatu pasti ada sebab. cuma kita yang tak tahu.

setiap orang ada kisah sendiri.  kita yang mahu ambil tahu atau tidak.

kisah sedih. kisah gembira. kisah itu dan kisah ini.

nak memahami sesorang sangat susah walaupun kita kenal dia bertahun walaupyn kita tahu cerita dia. walaupun kita tempat dia luah.

hati, fikiran tak sama. hati kata itu, fikiran kata ini. susah nak faham

jujur aku kata, susah nak memahami seseorang


aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...