Sabtu, 27 Ogos 2016

Spring Waltz



aku tengok balik cerita Spring Waltz. dah lama aku tengok balik cerita ni sebenarnya sebab haroin cerita ni berlakon cerita W korean drama.

cerita ni sangat sedih seperti lagu ni, tapi aku tak tahulah maksud lagu dan lirik lagu ini. tapi bila aku dengar lagu ni, perasaam sedih itu muncul, tak tahu lah sebab apa. ermm

bila aku dengar lagu ni, aku sedih, mungkin sebab aku rasa  bila kita bercinta kita tak semestinya sentiasa rasa gembira sebab kita akan lalui macam-macam perasaan. macam perasaan sedih, gembira, duka, cemburu, tamak dan macam-macam lagi perasaan yang akan muncul.

bila kita tengok sesebuah cerita, kita macam-macam perasaan  yang kita hadapi. daripada orang tak pernah bercinta, terus rasa macam tengah bercinta. orang tak pernah rasa kecewa sebab cinta terus rasa sakitnya bercinta. sebab  bila kita tengok sebuah cerita itu, kita letakkan diri kita di watak cerita itu. apa yang dilalui oleh watak itu, kita juga turut rasa.

ermmm

perasaan kau, hanya kau yang faham. tapi tak semestinya 100% kau faham perasaan kau tu.

kadang-kadang perasaan sukar untuk diluah. akhirnya kau simpan perasaan itu dan sampai jadi nanah dan akhirnya kau juga yang rasa sakit.


perasaan ini sebenarnya kena juga di luah, tapi kau kena tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu untuk diluah.

ermm

sebenarnya aku nak taip banyak benda tapi sampai aku tak tahu mana satu yang aku nak taip.

okay

aku nak cerita pasal cerita Spring Waltz. cerita ni dah lama. aku suka cerita ni sebab jalan cerita dan lagu ost dia best. tapi cerita dia slow sikit, aku tak maksudkan cerita dia tak best, tapi ... entah lah. tapi aku jujur aku kata aku memang suka cerita ni. lagu dia pon best.

aku suka hero dia. suka sebab dia setia. sebab dia mungkin pendamkan perasaan dia. mungkin aku rasa kesian kat hero dia. sebab dia tak boleh nak meluah apa yang dia rasa sebab tertentu. dia setia pada wanita  yang kononya sudah mati seperti orang lain beritahu. maksud aku, adalah orang ini kata heroin ni dah mati, padahal dia hidup lagi.

banyak bendalah yang aku suka,  jadi patut tengok. hahahahaha. tak lah sampai wajib pon. terpulang pada individu, sebab minta tak semua orang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...