Jumaat, 14 Jun 2013

nama aku

aku suka kalau orang panggil aku guna nama aku. nurul a'fifah atau nurul atau afifah. sebab nama aku ada maksud. secara tak langsung diorang akan doakan aku. waktu aku kecil-kecil kiranya zaman aku tak tahu apa-apa, kawan-kawan aku panggil aku pipah. ada banyak sebab aku dah tak suka orang panggil aku pipah. salah satunya sebab pipah tak ada maksud. lagipun sejak aku zaman sekolah rendah hingga tingkatan 6, aku sentiasa di samping manusia yang ada nama afifah dan di panggil pipah. sungguh aku rasa sangat malas untuk perasan diri aku yang diorang panggil aku, padahal panggil pipah satu lagi. erm..

kalau orang tanya nak panggil apa waktu zaman sekolah lah, aku akan suruh panggil aku nurul. tapi tak ada pon yang panggil aku nurul, cuma sejak tingkaan 6 ada lah.  waktu plkn pon aku suruh diorang panggil aku nurul. memang aku agak kekok juga sebenarnya. so, buat dono je lah. sebab aku memang nak semua orang panggil aku nurul.

kawan-kawan aku yang dah biasa panggil aku pipah tu, aku relakan juga hati aku nie. :D

dan aku rasa akan jadi manusia unik, kononnya kalau ada orang panggil nama penuh aku iaitu nurul a'fifah. sebab jarang nak jumpa manusia yang panggil seseorang tu dengan nama full kecuali nama dia satu perkatan ja contoh macam kawan aku nama dia syamimi binti wahab. kebanyakkan panggil dia syamimi.


bahagia

aku cuma mampu berdoa semoga kawan-kawan aku bahagia dengan pilihan mereka. ya lah, tak kan aku nak tengok diorang rasa sedih pulakan. aku harap diorang pon doakan macam tu pada aku :D


Sabtu, 8 Jun 2013

apa yang kita sentiasa minta tak semesti apa yang kita mahukan

aku selalu sebut kata aku nak sesuatu. tapi dalam hati aku, aku tak mahu sesuatu itu. aku hanya mahu mereka lebih memahami apa yang aku rasakan.

apa yang aku mahu rasa

pelikkan kisah manusia. pelik ke? entah. erm.

aku masih keliru. ya keliru. dengan apa yang mereka mahukan dan dengan apa yang aku mahukan.

tanya sama hati, apa yang aku rasa. sungguh aku keliru dengan apa yang aku rasa.

kata kawan aku, ada sesuatu yang menghalang untuk merasa sesesuatu walaupun aku mahu

memang.

sebab aku mahu betul-betul mahu dihargai.

aku tak mahu mudah mendapatkan rasa itu.