Khamis, 31 Mei 2012

dehearty - permata yang dicari





lagu nie dari seorang sahabat, kepada seseorang yang berada di dalam hati dia. semoga mereka akan bersatu jika ada jodoh. jika tiada aku harap diorang akan mendapat orang yang layak untuk mereka

perasaan



bila jatuh cinta, kita akan rasa berawangan. bila dia buat kita rasa sedih, kita  akan rasa macam tidak mahu lihat dia. tapi bila jumpa, rasa itu entah kemana. kita akan akan kembali menyukainya. kecuali kalau dia buat salah yang besar dan tidak dapat dimaafkan. tapi susah untuk kita lupakan dia.

kita dapat mencintai seseorang dalam beberapa saat sahaja. untuk lupakan dia. mengambil masa yang lama. perasaan itu amat sukar untuk dikawal.

cinta itu semamangnya boleh membuat manusia berubah sama ada ke arah kebaikan atau atau sebaliknya. jadi manusia perlu bijak untuk mengawal perasaan itu. jangan  membuat orang lain terluka kerana kita. jangan terlalu mementingkan diri.

cinta itu sebenarnya indah. tetapi jika tindakan kita tidak betul. indah itu akan menjadi derita

Khamis, 17 Mei 2012

Just Divorced



dalam hidup, kita perlu berfikiran positif. bila kita ada masalah, kita kena selesaikan masalah dengan tenang. walaupun masalah itu berat. jangan terlalu terburu-buru mahu selesaikan masalah itu. apabila kita terburu-buru buat keputusan, mungkin akan menyebabkan kita tersalah pilih.

~Just Divorced~
link cerpen online yang baru aku lepas membaca.
tekan pic kalau mahu membaca



Secret Garden


baru lepas tengok cite nie tadi di 8tv. sebelum nie tak pernah tengok lagi larh. walaupun aku geram gak kat hero dia sebab dia mengorat heroin dengan penuh angkuh. tapi aku suka juga cara dia. best. kadang kadang macam best kalau ada laki macam tu. hahaha. ok kan.

macam mana seseorang perempuan itu kasar, pasti ada kelembutan dia.



Rabu, 16 Mei 2012

Tudung Expres


aku baru selesai tonton cerita ini. bagi aku, cerita ini memang best. aku suka. salah satu sebab, ada jejaka idaman lah. kononnya lah. hahaha. dalam cerita itu sahaja. watak ya, bukan dari segi kacak atau tak lah. aku betul-betul suka watak tu, Q. Q nie seorang yang macam egois. dia nie bukan peramah lah, aku tak suka laki yang peramah sangat, sebab aku kuat cemburu. hohoho. aku memang suka Q tu. cubalah tengok. owh ya, cita rasa manusia tak semua sama ya ^_^.

kalau nak tahu sinopsis cerita nie, trylah tengok video di atas. bagi aku memang cerita nie best. lawak.


kenapa aku wujudkan blog ini???



kenapa blog aku ini 'Bagiku Tentang Sebuah Kisah' sebab aku suka berkata-kata.. hohoho. lebih kurang macam tu larh. hahaha... aku akan luah apa yang aku rasa nak luah tentang sesebuah kisah. tak kiralah kisah cinta, keluarga, sahabat atau apa-apa sahaja. sebab aku suka luah apa yang aku rasa nak luah. aku selalu juga luah di facebook aku. tapi ada orang salah faham. diorang ingat aku nie ada masalah percintaan lah dan sebagainya. bila aku rasa macam aku suka sesebuah kisah atau geram, aku suka nak bertaip. sebab itu salah satu cara untuk aku luahkan.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...