Jumaat, 24 Disember 2021

akhir 2021

Pada tahun 2021, aku dah berumur 28 tahun. Tinggal beberapa hari lagi untuk masuk 2022 mak umur aku akan jadi 29 tahun. 29 tahun. Masih tak kahwin. Masih tak ada apa-apa.  Sorang-sorang tak ada pencapaian dalam hidup. Masih sama seperti sebelum ini.

Perasaan aku?
Semestinya aku sedih juga sebab aku jalani hidup macam ni. Tapi aku sendiri yang pilih untuk hidup macam ni. Tipu kalau aku tak rasa cemburu. Aku cemburu dengan kehidupan kawan-kawan aku. Sangat. Tapi aku tak rasa aku mampu untuk melangkah seperti mana mereka melangkah dalam hidup mereka. Aku takut untuk teruskan hidup hari demi hari. Aku takut aku akan terus jatuh tanpa aku mampu untuk bangun.  Aku harap aku akan baik-baik sahaja. Aku harap aku akan kuat hadap semua ni. Aku terlalu memberi harapan yang tinggi pada diri sendiri padahal aku seorang yang lemah. 

apa yang aku fikir pada malam hari

Kita kena cari kebahagiaan kita dengan cara kita.  Yang penting kena sayang dengan diri sendiri. Bila kita sayang dan happy dengan diri sendiri hati kita tak sakit. Huh. Kita kena  selesa dengan diri sendiri. Kita tak boleh nak puaskan hati orang lain. Sayang diri sendiri.

Aku agak rindu dengan diri aku yang dulu. Boleh buat benda gila-gila tanpa fikir  apa yang dia fikirkan. Aku gembira apa yang aku buat waktu tu. Bila masa dah berlalu, ada benda dah tak sama. Dan benda tu kita kena terima hakikat bahawa semua benda tak akan kekal dengan apa yg kita nak. Walaupun kita dah usaha nak kekalkan benda tu. Perkara tu boleh berubah walaupun  benda yang sama. Kita kena terima keadaan kita yang sekarang. Ambil masa. Setiap orang ada masa dia sendiri. Jangan paksa diri. Jangan ikut cakap orang kalau ang rasa terpaksa. Berubah dengan cara yang selesa. Sebab ang sendiri yang kena hadap dalam kehidupan ang tu. Tolong sayang diri sendiri.

Kalau rasa gembira. Gembira. Kalau rasa sedih. Biarkan diri rasa sedih. Jangan paksa diri untuk gembira padahal tengah sedih. Semua tu perasaan dan perasaan ambil masa. Bila kita sakit ambil masa untuk sembuh. Macam tu juga perasaan ambil masa untuk sembuh. Untuk rasa okay. Ambil masa.

Aku ambil masa untuk selesa diri aku dengan keadaan sekarang. Dan aku ambil masa juga supaya aku okay dengan keadaan tu.

Kadang aku sendiri sedar yang aku pentingkan diri sendiri sebab aku nak jaga hati aku sendiri dari rasa sakit. Penat nak jaga hati orang lain bila ang sendiri rasa tak selesa dengan keadaan tu. Kita tak boleh  sesuka hati nak ubah benda tu kecuali kita sendiri terima atau menolak dalam keadaan tu. Orang lain tengok, tapi kita sendiri yang hadap. Orang tak tahu, kita sendiri yang rasa. Orang lain cuba faham, kita dalam keadaan tu belum tentu faham masih cuba untuk menerima.

Isnin, 3 Mei 2021

cincin

 aku dah lama nak beli cincin. tak mahal pon. nak beli kat shopee je pon. bawah rm 10 ja. masalah, aku tak tahu saiz jari aku. saiz macam kebanyakkan perempuan tak pa lah. masalahnya, saiz tu terlebih besar sikit. selama ini pon aku beli terus cuba. tapi kali ni nak beli online, jadi nak kena tahu saiz jari.  jadi... tak jadi juga lah nak beli.


banyak cincin yang aku berkenan, tapi tu lah... ehmmm. nanti kena tau juga saiz jari. senang kalau nak beli. 


aku ada jumpa cincin yang aku berkenan. ada sunflower. tu yang aku berkenan tu.

Sabtu, 24 April 2021

sakit

 sudah sebulan lebih renovate rumah. dan hampir sebulan  belakang pinggang aku sakit. tak boleh nak duduk lama. rasa sakit.  aku harap sangat cepat lega

aku bukan manusia yang baik

 aku bukan manusia yang baik. aku bukan kawan yang baik. oleh sebab aku mudah terasa, jadi aku lebih berhati dalam sesuatu perhubungan. aku akan mengelak untuk jumpa seseorang walaupun aku sayang dia. tapi disebabkan aku rasa aku akan rasa kecewa jika kami bertemu, aku lebih berharap tidak jumpa. itu pasal aku kata aku bukan manusia yang baik. padahal salah diri.

Ahad, 24 Januari 2021

2021

 tahun 2021, dan ini adalah post pertama aku di blog ini. aku rasa macam dah lama tak post kat sini. tapi sebenarnya ada ja aku buat entry baru tapi aku tak post kat public ja.  aku tahu bila mood aku nak sampai untuk buat entry baru. mungkin aku lebih berhati-hati untuk post. tapi kadang-kadang aku tahu juga salah satu sebab aku malas nka buat sebab aku nak kena buka laptop. tapi sebenarnya setiap minggu buka ja. cuma aku buka untuk dengar lagu dan tengok cerita ketika telefon tengah cas bateri.


kalau ikutkan banyak benda aku nak post tapi aku terfikir macam mana kalau ada orang baca. padahal tak sapa yang baca kat blog aku ini. huh.


aku banyak cara untuk bercerita. aku akan cerita dengan cara yang selmat untuk aku bercerita.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...