Rabu, 23 September 2020

aku dan anak jiran

waktu aku budak, aku tak main dengan kak aku, sebab diorang dah besar, tak nak amin dengan aku. jadi selalu juga aku main sorang-. kalau aku tak main sorang-sorang, aku akan main dengan budak-budak yang dekat dengan rumah aku. shahirah, epon, apit, amirul, nafizual, wahida.


kami main basikal, masak-masak, cikgu dan pelajar,jual beli, buat kolam, masuk hutan(kebun mempelam ja pon), dan macam lagilah.


sebelum aku mula rapat dengan diorang, aku main dengan alif  dan sepupu diorang. aku panjat pokok ceri dekat rumah tok ku. 


dan aku ingat juga anak saudara cikgu yang duduk depan rumah aku, nama dia pipah juga. dia mai sebab bercuti. jadi aku memang main dengan dia. depan rumah aku ada parit. so ada satu titi kayu, jadi aku dan pipah dok main lah dan lalu kat titi tu. entah macam mana, kasut aku jatuh dalam tu. aku rasa aku menangis kot. pastu tok aku tolong ambilkan. waktu ni tok aku dok rumah aku. aku rasa waktu tu mak ayah aku buat haji. tu pasal tok aku duduk sekali dengan aku dan adik beradik aku yang lain. lepas pipah tu balik rumah dia, memang kami dah tak berhubung, lagipun mak saudara dia pon dah pindah.

selain nama-nama yang aku sebut, ada lagi yang lebih kurang usia dengan aku. fahim, dan nana. diaorang tua dua tahun dari aku. 


mak aku selalu kata yang aku selalu main dengan fahim, tapi dalam ingatan aku, aku tak ingat langsung yang dok main dengan fahim. mak aku kata fahim dok panggil aku ajak main, sampailah mak dia, kata dok apa apa aku... macam tak soapanlah anak dara main dengan anak teruna orang. padahal aku kanak-kanak lagi kot waktu tu.  setiap kali mak aku ungkit pasal ini, mesti aku kata-tak pernah ingat pon main dengan fahim' tapi aku ingatlah beberapa kenangan aku dengan fahim. 


waktu tu dia dah pandai menunggang motosikal, jadi dok tayang dekat aku dengan nana. pastu ajak aku naik sekali, pastu aku menolak ajakan dia, sebab aku tak berani dan aku rasa segan. pastu aku suruh lah ajak nana. aku tak ingat dia ajak nana naik atau tak, dan aku tak ingat nana naik atau tak. selain tu, setiap hari raya haji buat korban. pastu dulu-dulu, diorang ada sembelih lembu tu depan rumah aku. pastu aku semangat lah nak tengok, aku pon berani juga lah nak tengok. aku dok semangat nak tengok lembu tu, pastu fahim tegur aku suruh kebelakang supaya jangan dekat. aku pon kebelakang lah. aku dengan fahim memang aku tak ingat aku pernah main dengan dia. sebab dia budak pandai, selalu duduk dalam rumah. sebenarnya sampai sekarang aku tak tegur dia pon. dengan mak dan kak dia ja aku sembang macam tu ja. tapi dia adalah orang yang lama aku dok usha, sampai kak aku dok usik lah. aku mula usha dia bila dia tanya pasal result upsr aku.  aku usha dia pergi balik sekolah SMKAH, pastu dia cuti waktu MRSM, dan cuti matrik, universiti sampailah dia kerja. sekarang dia dah kahwin dan ada anak seorang. dia kahwin bulan 2, 2019.. aku tak suka dia, aku cuma usha dia. hobi. 

orang yang aku suka semua huruf A. 4 orang yang aku suka, 4 orang tu nama dia A. sangat kebetulan.  kecuali yang first kot, sebab nama dia Ku Arif. tapi still A lah juga. yang lain-lain tu cuma crush ja., contoh hakimi dan lain-lain. huhuhu. 4 orang ini aku suka, dan dia ambil masa untuk aku lupakan. aku tak benci, aku still suka sebab aku suka diorang. lagipon aku ja yang suka diorang, diorang tak pernah pon suka aku. 


post aku yang dulu

baru-baru ini aku usha balik facebook aku yang dah lama aku tak post apa-apa kecuali share. sampai aku tengok balik facebook aku ini adakah facebook aku atau facebook kak munirah aku. sebab dia share post dia dan dia tag facebook aku.

hari ini aku tengok balik apa yang aku post. sungguh-sungguh aku rasa... wah... aduhai. hahaha. banyak yang aku post sebelum 2013. sebab aku banyak facebook sebenarnya. tapi facebook yang aku cerita ni memang aku jarang buka. gambar daun betik.

jujur aku katakan aku suka baca balik apa yang aku post. sebab aku fikir, 'owh, aku alami benda macam ini, oeh perasaan aku macam ni; dan macam-macam lagi perasaan aku bila aku baca balik. cuma dari segi ayat, memang tak matang, dan sekarang pon aku masih tak matang. cuma kalau dulu aku guna singkatan perkataan bila aku post, sekarang ini lebih guna ejaan yang penuh, cuma kadang-kadang terbabas juga guna singkatan.

perasaan aku sekarang ini, aku menyesal dulu aku tak tulis diari. cuma sekrang ini aku ada buku untuk tulis apa yang aku rasa. takkan aku nak post kat sini, padahal ada ja cuma aku jadikan draf.

bila aku balik apa yang post, aku tak sangka yang aku dah alami benda-benda yang macam tu, dan  aku hadap benda tu walaupun aku alami pelbagai perasaan. dan sekarang aku fikir, kalau dulu aku pernah alami perkara-perkara itu, tak semestinya sekarang aku tak akan alami. yang bezanya, macam mana aku hadap untuk hadapi perkara-perkara itu. ada perubahan atau masih sama membuat keputusan.

Ahad, 20 September 2020

move on

 tiba-tiba emosi aku tak stabil malam ini bila aku lihat post ini.

post ini biasa ja. tapi disebabkan aku ingat balik cerita Grey Anatomy. sebab bulan lepas, bulan 8 aku tengok cerita ni. dari season 1 sampai 15. tapi ada  yang aku skip juga.  berdasarkan gambar tu, Meredith kata kat Derek  waktu season 2 atau 3. tapi kalau tak silap aku season 3. di sebabkan dari season 1 sampai season 5  aku memang tak skip jadi aku sangat faham kenapa Meredith kata macam tu pada Derek. 

emosi aku turun dan naik bila tengok Grey Anatomy. sebenarnya emosi aku dah mula deep waktu aku tengok Gilmore Girls. Lorelai dengan Luke. pastu sambung pula tengok Grey Anatomy memang perasaan aku kacau juga lah. 

perasaan tu dah mula hilang, tapi disebabkan aku tengok gambar tu, aku terus teringat balik perasaan aku tengok cerita tu.

Derek dah kecewakan Meredith, untuk sembuhkan rasa kecewa tu dia terpaksa buat benda tu. memang tak sepatutnya dan kurang baik. tapi untuk budaya aku memang tak baiklah. cuma, kadang-kadang kita terpaksa buat sesuatu benda untuk selamatkan hati kita. walaupun kadang-kadang benda tu tak sepatutnya.

hidup kena move on. tapi ambil masa untuk move on. kita kena bijak  cari cara untuk move on. 



Ahad, 13 September 2020

insomniacks

aku suka  lagu ini dari insomniack;

Pulang (ada dua version)






Reminisensi


 

kita yang makin jauh

 

aku ada beberapa kawan yang aku rapat. ada yang dari zaman sekolah, ada yang semasa universiti, ada yang kenal dia di sekolah tapi mula rapat selepas dia keluar dari sekolah. 

bila dah rapat dengan seseorang itu, kita rasa takut nak kehilangan dia. sebab kita dah biasa dan selesa dengan dia. tapi, atas beberapa faktor makin lama, aku dan dia tanpa sedar menjadi 'silent'

aku tak nafikan, masing-masing ada kehidupan sendiri. ada yang berkerja, ada yang berkahwin, ada yang mempunyai tanggungjawab dia sendiri. dan aku tahu bahawa tak semua orang mampu ada setiap masa yang kau inginkan. aku cuba untuk tidak selalu mengganggu mereka. cuma bila ada masa, bila terjumpa, rasa kaku sangat. sampai satu masa rasa lebih baik tak jumpa daripada kita makin jauh. sebenarnya aku sedih bila ada dalam situasi macam ini. 

kami jarang jumpa, whatsapp pun jarang. bila jumpa aku tak tahu nak berbual apa dengan dia. sebab rasa seolah-olah kami bukan berada di tempat yang sama. aku rasa aku dah berusaha untuk berbual, mencari topik. tapi entah lah. bukan semua pertemuan kami begini, cuma.. entah lah. 

mungkin salah aku tak usaha betul-betul mungkin. cuma kadang aku terfikir, bila aku cuba berusaha untuk rapat dengan dia, berhubung dengan dia...adakah aku mengganggu dia, aku tak nak rasa terhageh-hageh kat dia. sebab aku rasa kecewa kalaun dilayan. hahaha

kawan aku yang aku cerita ini, perempuan bukan lelaki. 






Sabtu, 12 September 2020

post yang masih draft

 aku nak post tentang sesuatu. dah lama aku plan nak post. dan aku masih tak post pon. dan hari ini pun aku tak rasa aku akan post pon. padahal aku dah mula munulis, tapi post tu masih lagi draft. apa yang aku nak cerita memang kaitan dengan aku dan  seorang lagi manusia. aku pun tak pasti sebab apa aku masih tak post lagi. mungkin aku takut. huh. 



Khamis, 10 September 2020

Klinik

4-5 minggu lepas, telinga aku macam permasalah sikit. aku tak selesa mendengar. bunyi lebih kuat. berdesing.  mula-mula aku pergi klinik yang dekat dengan rumah aku, klinik swasta tapi bukan yang pakar telinga lah. so aku dapat ubat titis air yang kena bubuh dalam telinga tu. dan beberapa lagi ubat biji. tapi doktor tu ada bagitau kalau telinga aku masih macam tu lagi, kiranya tak lega, aku kena pergi ENT.  selepas 3-4 hari macam tu telinga aku masih tak okay. jadi aku terlalu risau. sangat risau... maka aku pergi ke Klinik Ali. aku pergi dengan ayah dan mak aku. aku daftar pagi. sebelum aku ada 7 orang pesakit. staff suruh aku  datang pukul 11. mak ayah aku ada urusan lain, jadi terpaksalah aku kena tinggal. so aku tunggu kat area klinik tu.  UTC pon tak buka lagi.

dalam pukul 12 baru aku dapat jumpa doktor. aku suka gila klinik tu. aku rasa bila masuk bilik yang disediakan tu, umpama macam masuk muzium.  banyak peralatan yang tak pernah aku tengok. aku suka klinik tu. doktor dia pon best. malam tu aku memang tak boleh nak lena sebab aku risau. dan bila aku nak jumpa doktor aku gabra juga lah. dan yang paling aku tak suka adalah nak check tekanan darah. sebab selalunya kalau aku jumpa doktor, tekanan darah aku memang tak okay. tapi bila check kat rumah okay ja tekanan darah aku.  bila  jumpa doktor tu dia check lah telinga aku. pastu dia tengok tekanan darah aku tinggi, dia risau. dia siap buat surat rujukan supaya aku pergi ke klinik kesihatan. doktor ni pon bagi macam-macam nasihat kat aku, pasal pemakan, pasal telinga dan lain-lain lagi lah. doktor ni peramah. aku rasa selesa cakap dengan doktor ni. macam cakap anak dengan ayah.

jadi keesokkan harinya aku pun pergi klinik kesihatan, seperti biasa kalau aku check tekanan darah aku di klinik atau hospital, memang tekanan darah aku tak okay.  dah aku masuk bilik yang disediakan. jumpa doktor lelaki dan muda, aku rasa dia muda dari aku. pastu doktor ni pon tengok surat rujukan tu, pastu aku punya rekod yang lepas-lepas. pastu dia tanyalah macam-macam. apa yang aku suka pasal doktor ni, dia terang dengan jelas. aku pun selesa tanya soalan pada dia. dia jawab ja persoalan aku. dia terang apa yang patut aku lakukana , apa yang tak patut aku lakukan. kesan daripada tekanan darah tinggi. aku bagitau dia, yang aku mudah.. sangat mudah untuk stress. so dia tanyalah aku stress pasal apa. aku macam susah nak jawab, aku ambil masa juga lah nak jawab soalan dia tu. pastu aku kena buat ujian stress tu lah.  so, doktor tu suruh datang lagi 2 minggu dan aku kena check tekanan darah aku kat rumah. dua hari sekali aku kena check. 

dalam masa 2 minggu tu, aku jaga makan.. dari segi aku kurangkan garam dalam kehidupan aku dan lain-lain lagi lah. sebab aku suka kicap. so aku tak ambil kicap dah lama dah. huh. budu pon aku suka.  so, setelah aku jaga sikit pemakanan aku tu, bila aku check tekanan darah kat rumah aku normal ja.

selain aku jaga makan, aku cuba tidur dengan cukup dan beberapa cara lagi lah. aku check tekanan darah  pagi setelah aku bangun tidur. aku check sebelum aku sarapan. jadi sebelum aku keluar bilik setelah aku bangun tidur tu, aku check tekanan darah. banyak kali juga aku check. bukan sekali dua lah aku check. banyak kali. sebab kena tenangkan otak aku, badan pon kena dalam keadaan aku selesa. batu dapat keputusan yang okay bagi aku.

jadi, hari ini aku kena pergi klinik lagi untuk jumpa doktor pasal tekanan darah aku, keputusan dari darah dan urine test aku. so kesimpulan aku, semua ok dan normal.  aku dapat doktor yang sama juga yang sebelum ni. doktor tu bagitau, erm.. 'tengok dari apa yang check ka rumah ni tekanan darah okay. tapi tu lah bila datang klinik tinggi'. pastu dia bagitau memang ada orang yang macam aku datang klinik tekanan darah tu tinggi. so doktor tu kata okay ja aku. cuma kalau aku ak pitam ka, pening ka.. kena pergi jumpa doktor.

owh ya pasal telinga aku. alhamdulillah, semakin okay. aku dapat ubat dari klinik ali semua ubat biji. tak ada ubat titis. farmasi tu kata, bila bubuh ubat titis dalam telinga, tu yang telinga aku lagi berdesing tu. aku makan ubat memang aku  jaga time makan ubat. siap buat jadual bagai lagi.

bila aku balik dari klinik, aku semangat lah cerita kat mak aku apa yang doktor bagitau. tidur yang cukup salah satu perkara yang penting untuk kawal tekanan darah. sebelum ni aku memang tidur lewat, pastu mak aku kata 'jaga tidur' supaya tekanan darah aku okay. pastu aku pon kata diri sendir. 'jaga hati lagi penting'. huh. 

aku kena jaga hati daripada terluka. hahahaha. bengong betul aku. 

Selasa, 1 September 2020

gembira

ya. hati aku berbunga-bunga. sangat mudah berbunga-bunga. tapi dah cepat kembang bunga tu, cepat juga hati aku layu. bengong. hahaha. bila aku sangat suka, aku akan sentiasa senyum. senyum sampai aku bodohkan diri. bengong. aku kata kat diri aku sendiri. 

tapi perasaan tu tak akan kekal. sebab hidup kita ni umpama roda, ada masa kita akan rasa sedih, kecewa.  tapi kita akan rasa balik gembira tu. cuma masa ja yang tentukan.

aku harap semua orang dapat kebahagian yang mereka harapkan. seperti aku, yang sentiasa mencari. huhhhh. 

nak cari kegembiraan tu bukan senang.kena usaha. kau dapat bahagia tu macam mana. macam mana kau nak hargai kegembiraan tu.

tak semua orang rasa yang perkara tu gembira. kadang bagi aku perkara tu boleh bagi aku kegembiraan, padahal bagi orang lain biasa-biasa saja.


aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...