Isnin, 31 Disember 2012

2012

bagi aku tahun 2012 macam-macam perkara sudah jadi. pahit, manis, masin, semua ada. yang aku pasti semuanya pasti ada hikmahnya. itu yang aku harapkan

kita jangan terlalu mengharap

bagi aku, kita tak boleh mengharap sangat walaupun dia itu kawan kita bertahun pun. aku cukup-cukup rasa sangat-sangat sedih bila kisah dia, kita ingat. tapi bila kisah kita dia dia dengar tak dengar dan tak ingat. sekurang-kurang ingatlah jugak. tapi manusia, memang tak sempurna mana. aku kena tahu itulahlah kehidupan. kita tak boleh mengharap orang lain memahami diri kita sangat. kalau kita terlebih mengharap, hati kita rasa pedih sangat. macam kita nie tak penting saja.

memang apa yang kita harapkan tak semua kita akan dapatkan. yang pasti, mesti ada hikmahnya. aku dok harap macam tu ja lah.

ego, sombong, pemalu dan tak da perasaan

bagi aku, aku suka lelaki ego, sombong,pemalu dan tak da perasaan. aku memang suka tengok lelaki yang macam nie. sebab menarik bagi aku. mungkin sebab susah nak dekati. mungkin. hahaha. bagi aku lelaki macam nie merupakan cabaran bagi aku. ya lah, macam susah nak dekati je.

aku suka laki macam nie sebab tak dalah sangat perempuan akan suka. hahaha. aku memang kuat cemburu. hahaha. itu pasal aku tak suka lelaki yang peramah sangat. nanti banyak peminat pastu mesti aku cemburu punya. :D

lagi bestkan, kalau dapat laki macam nie pasti diorang buat romantik je mesti rasa wahhh sangat-sangat. ye lah, sebab susah lelaki yang ada ciri-ciri macam aku suka tu nak buat benda-benda romantik. :D

itu apa yang aku sukalah. kalau jumpa lelaki yang ada ciri-ciri nie mesti aku asyik skodeng ja. hahaha. :D

ada ka lelaki yang ada ada cir-ciri
~ego
~sombong
~pemalu
~tak da perasaan
dalam diri seorang individu. aku rasa macam tak ada ja. kalau ada pon lelaki tu hanya ada dua ciri ja. tu apa yang aku fikirkanlah. tapi tak tahulah kalau betul-betul ada empat-empat ciri dalam seorang individu tu

bagi akulah, wanita yang mana dapat lelaki yang punya ego yang tinggi dan sombong pasti wanita tu seorang yang bertuah. bagi akulah. yalah, susah nak dapat laki macam nie. yang perasan diri dia bagus sangat. bila dia betul-betul jatuh cinta dengan seorang wanita  pasti dia kena buang sifat ego dia dan sombong dia tu bagi mendapatkan wanita yang di cintai. tu pasal aku fikir untung kalau perempuan dapat lelaki macam nie.


Khamis, 27 Disember 2012

erm :)

aku selalu tengok cerita kalau macam A nie bercinta dengan B nie sabab nak balas dendam atau sebab sesuatu yang bukan sebab cinta.erm. aku suka jugak tengok cerita macam tu sebab last-last sekali si A akan betul-betul cintakan B.

tapi, kalau last-last A cintakan B tak pa jugak. nie kalau last-last tak cinta langsung. memang aku tak suka. ngok

Selasa, 25 Disember 2012

senyum waktu sedih dan marah

pelik ka kalau kita kena marah dan sedih kita masih tersenyum. taklah, aku pernahlah tengah tersenyum, waktu tu situasi tengah sedih dan kecewalah (aku bukan nak bagi tahu aku sedih atau kecewa ya). pastu ada sorang manusia nie, dia kata  'kamu boleh senyum lagi' tapi tahu tak??? sebenarnya kita tersenyum sebab nak elakkan daripada menitis air mata. tak lah, ingat semua benda yang dok senyum tu perkara yang happy lah. tapi sebenarnya senyum dan ketawa itu adalah penawar rasa sedih dan marah. okey... bagi akulah

tapi bagi aku betullah. aku tak suka nak tunjuk sedih-sedih sangat. sebab memang aku tak suka. tapi kalau dah dok terasa nak keluar tu, nak buat amacam mana. sebenarnya aku rasa bila aku buatkan macam tu, maksud aku senyum dan ketawa, dapat memberi aku kekuatan untuk hadapi perkara yang amat-amat aku tak mahu.

tapi betullah, bagi aku senyum dan ketawa adalah penawar rasa sedih dan marah

senyum itu dapat memberi kita kekuatan


perasaan boleh di kawal :)

sungguh aku suka watak amir dalam 'aku, dia dan tong sampah' sebab aku boleh motivasikan diri aku dengan kata-kata dia.

dulu aku selalu fikir perasaan ini tidak boleh dikawal. pastu bila dengar kata-kat dia, aku fikir perasaan ini boleh je kalau kita nak kawal.kecuali perasaan terjatuh cinta macam tiba-tiba kita terjatuh cinta, konon cinta pandang pertamalah.. konon. tapi betullah perasaan ini tak boleh di kawal. tapi kadang kala aku rasa boleh ja kalau kita nak benarkan hati kita cintakan seseorang sama ada kita nak atau tak ja.

selain perasaan cinta, perasaan seperti biasa benci, gembira, sedih, geram, gemuruh dan banyak lagi perasaan dalam dunia ini. bagi aku perasaan sebegini boleh ja nak kawal. termasuk cinta(bagi akulah)

ya lah, kita boleh apa kawal diri kita dari terus mencintai seseorang. kalau dah tang tang si dia tu suami atau isteri orang, takkan nak simpan kot. cari je lah yang lain. tapi kalau dah Allah tetapkan hati tu untuk diorang nak buat macam mana lagikan.

banyak perasaan yang aku ingin kawalkan. hahaha. ya lah, perasaan marah terutamanya dan banyak lagilah

semoga aku berjaya ^_^ dan yang lain jugak :)

takut

takut. satu perasaan bukan??? siapa tak pernah takut??? aku memang takut macam-macam perkara. yang paling utama aku takut Allah.

kadang kala aku takut nak hadapi sesuatu situasi. tapi kena perlu juga.

aku ingat lagi, aku ingat aku nie tak takut tinggi, tapi memang aku takut tinggi. tapi macam mana aku takut pon, aku suka nak cabarkan diri. konon nak tunjuk kuatlah. :) tapi dalam hati hanya Allah ja tahu.

takut nie kadang kala memang aku boleh hadapi dengan cara aku nak cabarkan diri dan mencari keseronokan. tapi kalang kala perasaan takut aku ini tak dapat di atasi. kadang kala juga aku malas atasi perasaan takut ini, jadi aku biarkan perasaan takut ini mengatasi diri aku. erm


aku pun pelik dengan diri aku. :)

takut, macam-macam perkara boleh membuatkan kita rasa takut

berangan

hobi aku sejak dulu sampai sekarang tak pernah berubah iaitu suka berangan.

waktu kecil-kecil aku suka berangan nak jadi itu dan ini. nak jadi bunga, nak jadi kucing, nak macam-macamlah. waktu tu memang tak tahu nak fikir lah. hahaha

konon nak jadi bunga sebab bunga nie cantik dan wangi, manusia suka hidu. pastu aku akan berfikir, 'kalau aku jadi bunga nanti aku layu' pastu cepat-cepat tukar nak jadi kucing. manusiakan suka manjakan kucing.  boleh manja-manja pastu aku fikir 'nanti jadi kucing mati macam tu ja, kena langgar' pastu tukar jadi yang lain pulak. hahaha

bila ingat, lawak pulak. tapi sampai sekarang aku ingin jadi apa yang aku fikirkan. dan sekarang aku impikan aku ingin jadi langit. sungguh aku lihat langit. cantik. tambah-tambah bila aku lihat langit waktu matahari terbenam. sangat-sangat cantik. aku suka lihat langit biru tambah-tambah ada awan. aku suka awan. 

kadang kala aku teringin nak pegang awan. bolehkah??? hahaha. dalam angan-angan ja

sungguh aku suka berangan. aku rasa gembira bila berangan. semamangnya kebanyakkan apa aku berangan sememangnya sangat-sangat sukar tercapai. itu sebab aku suka berangan.

kau nak tahu???

kau nak tahu??? satu hari aku harap kau datang, tapi kau tak datang-datang. sungguh aku kecewa. kemudian aku terfikir mungkin aku ini bukan siapa-siapa untuk kau. tapi aku terus menunggu dan terus menunggu. betul tekaanku. aku bukan sesiapa untuk kau. tapi kau jangan risau, bukan kau sorang ja laki dalam dunia nie. ada banyak lagi laki kat dunia ini ^_^

jadi, sapa-sapa dok menunggu tu takyahlah dok tunggu sangat, banyak lagi laki kat dunia nie, walaupun sememang laki kat dunia kurang dari perempuan. erm. tapi, kalau korang rasa tindakan korang itu betul, suka hati korang. sebab jodoh itu rahsia Allah. mungkin bila korang tunggu dan terus tunggu, dan sampai satu saat dia kembali dan datang kepada korang itu tandanya dia jodoh korang.

tapi jangan terlalu mengharap hingga merugikan diri sendiri. ingat yang lain jugak ^_^

tapi sebelum nak terus menunggu apa salahnya buat solat istikharah mana tahu ada wajah dia atau orang lain :)

tomok - AKU DATANG ost ISTANBUL AKU DATANG

Isnin, 24 Disember 2012

konon..ceh

aku cukup kesian kalau A nie  dok bercinta dengan B. pastu tiba-tiba A kata ' maaf, sebenarnya saya tak cintakan awak sebenarnya dan saya sebenarnya masih sayangkan dan ingatkan ex saya'

 memang ngok betul A nielah. punyalah B nie betul-betul sayangkan A. ya ya aku tahu kalau perasaan nie kita tak boleh paksa. tapi kenapa nak couple dan memberi harapan dekat B???

aku memang tak suka jenis macam A. suka hati dia ja. apa dia ingat perasaan orang lain nie boleh di mainkan begitu saja. ingat B tu boneka?? manusia yang tak ada perasaan. kalau aku jumpa macam A nie memang nak kena tumbuk dengan aku.

erm

ngok

aku tak kisah kalau nak cinta bagai nak rak pon tapi biarlah ikhlas. okey kalau kata tak mahu nak tipu, tapi kalau dah tahu kata dok ingat n sayang lama awat nak bercinta?? konon cinta dengan orang boleh lupakan??? hellooo kalau yakin boleh lupa tak pa... nie.... arhhhh

aku yang geramnya sebab ending sedihlah. erm... kalau A dan B bersama okey lah juga.

kalau aku jadi B, memang dah lama aku menangis tak berlagulah. ya lah, kita punyalah ingat dia sayang kita rupa-rupanya hanya paslu semata-mata kasih sayang tu.

ceh


Ahad, 23 Disember 2012

menunggu dan menunggu

aku tak tahu kenapa seseorang itu sanggup tunggu seorang lelaki itu walaupun sudah bertahun tanpa apa-apa ikatan yang sah.  adakah itu dikatakan cinta??? sungguh sampai sekarang aku kurang tahu maksud cinta yang sebenarnya. kadang kala aku fikir cinta itu sememangnya sukar nak di ungkapkan. erm

aku ada dua orang kawan yang setia menanti lelaki idaman mereka. yang beza dua orang kawan nie sorang, I nie pernah bercinta dengan laki nie T dan kemudian berpisah. tapi I nie still ingatkan T. yang kawan aku nie H tak pernah bercinta dengan A nie, tapi still punya perasaan itu. dia simpan bertahun sudah.

I dan H still tak dapat lupakan jejaka idaman mereka. mungkin agak susah. kadang kala perasaan itu boleh di kawal dan kadang kala perasaan itu sukar di kawal. tapi bagi aku setelah tengok cerita 'aku, dia dan tong sampah' perasaan itu boleh di kawal. mungkin pada mulanya tidak, tapi lama-lama boleh je kalau kita nak kawal perasaan itu. jangan biarkan perasaan itu menguasai diri kita. 

aku tak harap kawan-kawan aku lupakan jejaka idaman mereka 100%, tapi jangan terlalu mengharap. kalau betul dah sayangkan jejaka idaman mereka apa salahnya mulakan langkah. bukan maksud aku perigi mencari timba, tapi tak salah perempuan mula dulu tapi dengan cara yang sopan. seperti Siti Khadijah dengan Nabi Muhammd S.A.W. pandai betul aku berkata-kata tapi diri sendiri tak buat. :)
sememangnya memberi nasihat dan cadangan mudah, tapi nak laksanakan agak sukar.

kadang kala kita akan menjadi lemah bila kita hanya menunggu dan terus menunggu. lagi-lagi bila si dia sudah ada orang tersayang dalam hatinya. tapi bagi aku, tak guna nak menjadi lemah kerana si dia yang belum tentu menjadi hak kita. itu apa yang aku fikirkan buat masa sekarang. 

mungkin susah nak lupakan orang kita sayang. tapi tak salah mencuba. tapi mencuba kena ada usaha bukan hanya pasrah. maksud aku mencuba dengan usaha seperti elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh kita ingatkan si dia. mencuba dengan pasrah pula hanya mengharap kita lupakan dengan sendirinya.

kadang kala kita terlalu menunggu dan terus menunggu si dia itu sehingga tidak lihat orang yang sekeliling

kenapa tak lihat yang berada di sekaliling kita???
aku juga tahu kadang kala kita akan jumpa seseorang yang bukan untuk kita kemudian akan jumpa orang yang sebenar-benarnya untuk kita.

kadang kala aku terfikir 'kenapa aku perlu tunggu dia?'

itu apa yang aku fikirkan bila aku rasa tertunggu seseorang yang mengharap dia juga punyai perasaan

padahal sudah Allah tetapkan jodoh untuk setiap umatNya.

aku juga ingin katakan memang jodoh itu Allah sudah tetapkan. tapi kadang kala kita perlu mencari bukan hanya menunggu.

kalau sesiapa yang menunggu dan masih menunggu banyak-banyak berdoa agar si dia itu jodoh kamu. tapi kalau dia bukan jodoh kamu, minta jauhkan daripada kamu agar tidak terlalu mengharap.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...