Ahad, 23 Disember 2012

menunggu dan menunggu

aku tak tahu kenapa seseorang itu sanggup tunggu seorang lelaki itu walaupun sudah bertahun tanpa apa-apa ikatan yang sah.  adakah itu dikatakan cinta??? sungguh sampai sekarang aku kurang tahu maksud cinta yang sebenarnya. kadang kala aku fikir cinta itu sememangnya sukar nak di ungkapkan. erm

aku ada dua orang kawan yang setia menanti lelaki idaman mereka. yang beza dua orang kawan nie sorang, I nie pernah bercinta dengan laki nie T dan kemudian berpisah. tapi I nie still ingatkan T. yang kawan aku nie H tak pernah bercinta dengan A nie, tapi still punya perasaan itu. dia simpan bertahun sudah.

I dan H still tak dapat lupakan jejaka idaman mereka. mungkin agak susah. kadang kala perasaan itu boleh di kawal dan kadang kala perasaan itu sukar di kawal. tapi bagi aku setelah tengok cerita 'aku, dia dan tong sampah' perasaan itu boleh di kawal. mungkin pada mulanya tidak, tapi lama-lama boleh je kalau kita nak kawal perasaan itu. jangan biarkan perasaan itu menguasai diri kita. 

aku tak harap kawan-kawan aku lupakan jejaka idaman mereka 100%, tapi jangan terlalu mengharap. kalau betul dah sayangkan jejaka idaman mereka apa salahnya mulakan langkah. bukan maksud aku perigi mencari timba, tapi tak salah perempuan mula dulu tapi dengan cara yang sopan. seperti Siti Khadijah dengan Nabi Muhammd S.A.W. pandai betul aku berkata-kata tapi diri sendiri tak buat. :)
sememangnya memberi nasihat dan cadangan mudah, tapi nak laksanakan agak sukar.

kadang kala kita akan menjadi lemah bila kita hanya menunggu dan terus menunggu. lagi-lagi bila si dia sudah ada orang tersayang dalam hatinya. tapi bagi aku, tak guna nak menjadi lemah kerana si dia yang belum tentu menjadi hak kita. itu apa yang aku fikirkan buat masa sekarang. 

mungkin susah nak lupakan orang kita sayang. tapi tak salah mencuba. tapi mencuba kena ada usaha bukan hanya pasrah. maksud aku mencuba dengan usaha seperti elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh kita ingatkan si dia. mencuba dengan pasrah pula hanya mengharap kita lupakan dengan sendirinya.

kadang kala kita terlalu menunggu dan terus menunggu si dia itu sehingga tidak lihat orang yang sekeliling

kenapa tak lihat yang berada di sekaliling kita???
aku juga tahu kadang kala kita akan jumpa seseorang yang bukan untuk kita kemudian akan jumpa orang yang sebenar-benarnya untuk kita.

kadang kala aku terfikir 'kenapa aku perlu tunggu dia?'

itu apa yang aku fikirkan bila aku rasa tertunggu seseorang yang mengharap dia juga punyai perasaan

padahal sudah Allah tetapkan jodoh untuk setiap umatNya.

aku juga ingin katakan memang jodoh itu Allah sudah tetapkan. tapi kadang kala kita perlu mencari bukan hanya menunggu.

kalau sesiapa yang menunggu dan masih menunggu banyak-banyak berdoa agar si dia itu jodoh kamu. tapi kalau dia bukan jodoh kamu, minta jauhkan daripada kamu agar tidak terlalu mengharap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...