Isnin, 1 Disember 2014

Hati. perasaan.

Hati. Perasaan.
Aku rasa... susah untuk aku terangkan.  Erm... apa-apa pun hidup kena diteruskan. Teruskan perjuanganmu nurul.jangan putus asa

Sabtu, 22 November 2014

aku serba kekurangan

aku bukan manusia yang sempurna. ya. aku sangat banyak kekurangan. itu adalah kelemahan aku. maaf.

salah faham. terlalu banyak. aku salah faham, dan mungkin juga mereka salah faham.

aku.

aku tak tahu nak luah macam mana, sampai satu tahap, perlukah aku diam terus.

apa yang terkeluar dari mulut aku, selalu orang salah faham.


aku, dah penat  dengan perangai aku dengan perangai dia dia dia dan dia


aku memang ada kekurangan


kadang-kadang aku perlukan seseorang yang perlu duduk sebelah aku bila aku rasa sedih. berada di samping aku bila aku menangis.

tak perlu lah dia dengar masalah aku, sebab aku tahu, setiap orang ada masalah mereka sendiri. aku tak nak mereka terbeban

tapi ada ka orang yang sudi berada di samping aku bila aku menangis?

Tuhan. mengadu pada Dia :)

Khamis, 20 November 2014

sem 3 yang memenatkan

rasa dah lama tak tulis blog :) sekarang nie sibuk. banyak benda nak kena buat. tak sabarnya nak cuti. :) tapi cuti sebulan ja. macam tak cukup ja. nak cuti lama-lama. malas nak hadap kerja. huhuhu

sem nie ada kejadian yang paling memalukan. aku sendiri yang buat. ish2 nurul nurul.

sem ni susah aku nak kata macam mana. yang pasti penat.

ok, belajar kan. memang susah lah. mana ada benda yang senang.

senyum je lah nurul

Selasa, 21 Oktober 2014

Selasa, 2 September 2014

kenangan waktu tingkatan satu sek Sanglang

malam ni tiba-tiba teringat kenangan waktu sekolah sanglang. ni kes tengok FB senior sekolah Sanglang. banyak kenangan yang menyebabkan aku malu waktu sekolah Sanglang, 

Surat-A-waktu tingkatan satu.

aku dari dulu sampai sekarang, susah sikit nak ingat muka orang. tambah-tambah kalau aku jumpa dua manusia yang muka nak sama. aku akan kata diorang adalah orang yang sama. oleh sebab aku susah nak beza, aku kata A dengan B ni adalah orang yang sama. sepupu B kata bukan orang yang sama. aku kata sama. berbulan-bulan. setiap kali aku lalu di sisi A, aku akan bagitahu kawan aku itu B. hingga A perasan yang kami selalu tengok dia. dan sampai masa, aku tahu yang A ni bukan B dan kawan aku (H) jatuh suka kat A. 

oleh sebab aku nie bodos sikit (memang aku eja bodos, sebab aku tak sanggup nak  eja perkataan sebenar) aku benarkan H nie gunakan nama aku untuk dia hantar surat pada A. pastukan, kami suruh kawan sekelas aku hantar surat tu pada A. yang kawan sekelas aku pon satu hal,  p hantar surat tu depan kawan-kawan A. hanya Tuhan ja tahu saat tu perasaan aku.  sejak tu, aku memang malu nak p kantin sekolah. takut terjumpa kawan-kawan A dan A.

pastu A pindah sekolah, A ni anak cikgu kat sekolah aku.  satu hari ada hari ko-k kat sekolah, A p lah sebab terbuka kat orang luar jugak. pastu H nak tangkap gambar A. kawan aku S yang bagitau kat A kata kami nak tangkap gambar dia.  aku tolong H untuk tangkap gambar tu,  aku nie jenis blur dan tak tahu tentang laki, dan tak tahu gaya orang lelaki bila tangkap gambar. pastu waktu nak tangkap gambar A, dia berdiri lebih kurang macam nie


gambar hiasan

pastu aku kata dia, 'berdiri lah elok-elok sikit' lebih kurang macam tu lah aku kata dia. lepas aku kata, aku baru perasan terlepas kata. aku ingat aku kata dalam hati. lepas aku kata macam tu, dia terus berdiri macam polis

gambar hiasan (nie kawan aku, nama dia anuar dan dia bukan A)

malu betul aku waktu tu, pastu ada lah lagi kenangan yang menyebabkan aku malu yang berkaitan dengan A

Sabtu, 30 Ogos 2014

bercinta sebelum selepas kahwin :)

aku memang mudah jatuh suka. sangat mudah. hahaha. kadang-kadang, aku geram juga dengan diri aku. sebab apa aku mudah jatuh suka sangat. kalau boleh, biarlah aku susah untuh jatuh suka, biar aku jatuh suka pada suami aku saja.  

aku suka lelaki yang pemalu, pendiam, ego, buat dono, bukan peramah sangat, tak kelakar sangat-sangat, tak romantik sangat dan macam-macam lagi. bagi aku, lelaki yang pendiam dan pemalu nie, lagi romantik. dan aku rasa, aku suka lelaki yang agak serius, kiranya tak pandai bersosial sangat. tapi kena bersosial bila perlu. bagi aku, aku dah jumpa lelaki macam tu. dii mana?? di dalam novel. hahaha. erm... 

jujur aku kata, aku tak tahu dan takut bila fikir pasal kisah cinta aku. aku bukan nak bercinta sebelum kahwin. aku lebih suka kalau bercinta selepas kahwin. dapat pahala tau kalau bercinta selepas kahwin. pahala dia lagi banyak. erm. baru kita rasa berdebar-debar, rasa semangat nak kenal dengan lebih rapat dengan suami kita. kalau bercinta sebelum kahwin, aku takut aku bosan. sampai satu tahap, aku takut tak ada topik antara aku dan suami aku. 


ok. memang aku suka berangan. best apa berangan. agak-agak akan tercapai tak? harap-harap ya. kehidupan kita tak seindah yang kita fikirkan. akan ada ujian yang perlu kita lalui. s

Sabtu, 2 Ogos 2014

KFC kangar 2/8/2014 jumpa kengkawan

waktu cuti raya nie lah aku boleh nak jumpa kawan-kawna. hahaha.... lama dah tak jumpa kawan-kawan sekolah sanglang.  ok... nie antara gambar-gambar yang kat KFC Kangar.









syamimi dan husna



hidayah, syamimi, husna

shahirah, nurul, hidayah, syamimi, husna

dari kiri
fendi, jefry, shahirah, nurul, hidayah, husna, syamimi, naim, adha

Raya 2014

SELAMAT HARI RAYA  :D

minta maaf kalau ada salah dan silap sama ada sengaja atau tak. tiada manusia yang sempurna di dunia ini.










Ahad, 20 Julai 2014

orang itu, DAISY

kadang-kadang kita selalu mengharap yang dia akan jatuh cinta pada kita. sampai kita tak melihat orang lain yang mencintai kita. bagi kita dia amat penting, sampai orang lain tak penting bagi kita. mungkin kita tak rasa bertuah kerana dia tak mencintai kita, tapi orang itu mencintai kita dan kita tak pedulikan orang itu. erm

orang itu dalam diam memerhati kita dan dia rasa perit di hati sebab melihat kita mencintai orang lain dan mengharap sesorang dan yang pasti bukan orang itu.


tanpa kita sedar orang tu selalu tolong, menemani kita.

aku kesian kat orang itu. sangat kesian. erm... ok... aku baru lepas tengok cerita korea. tajuk DAISY.

kalaulah dia ada keberanian untuk luah apa yang dia rasa kan bagus.

Khamis, 3 Julai 2014

kadang-kadang susah nak luah apa yang ada dalam hati kita, kita cuma mengharap yang dia dan mereka faham. tapi, kita manusia yang lemah, tak mudah memahami apa yang ada dalam hati orang lain. sebab ini adalah kehidupan

Sabtu, 14 Jun 2014

dalam diam

kadang-kadang kita tak nampak yang dia juga memerhatikan kita. :D

bagi aku, dalam diam dia juga turut juga merasai apa yang aku rasa pada dia, akan memberi aku bahagia. andai kata dia menyatakan lafaz cinta dengan perbuatan yang indah, bahagianya.

bagi aku, seseorang gadis itu perlukan satu keberanian yang tinggi untuk lafazkan kata-kata cinta pada sang puteranya.

dan aku, tiada keberanian itu.

aku bukan ingin menjadi yang pertama untuk kau, tapi yang terakhir.

untuk lafaz kata cinta, bagi aku, tak perlu dengan kata-kata. biarlah dengan perbuatan. lafazkan kata-kata cinta dengan 'aku terima nikahnya'


Sabtu, 31 Mei 2014

ISSI

aku nak cerita pasal ISSI. dia seorang yang aku kenal. hahaha. ok... memang lah aku akan cerita tentang orang yang aku kenalkan. erm...  apa yang istimewanya dia  yang menyebabkan aku mahu cerita pasal dia. dia adalah orang  yang kedua yang menyebabkan aku rasa kagum dengan lelaki. maksud aku selain ayah dan abang aku lah.  sebab dia gentleman kot. orang kedua selepas shazrul. shazrul aku kagum dengan dia sebab sikap dia kat adik dia. yang ISSI ni sbb dia pada wanita. bagi aku dia hormati wanita. ye lah, kawan aku bawa barang yang agak berat. tanpa dia tanya, dia terus tolong angkat barang tu. kiranya dia memang gentleman kot. dan ada lah lagi yang lain. bagus kot dia. so. aku rasa sangat untung sapa yang dapat dia. rupa pon ada. dan aku rasa, dia pon pandai masak. erm.  dan dia still orang yang awal datang. kata meeting tu pukul 8.30 malam. tepat pukul 8.30 malam dia tanya aku bilik  meeting no berapa. so. aku malulah gak kat situ, orang yang patut datang awal, yang datang lewat. erm. jujur aku kata, susah nak jumpa laki macam nie. dan aku rasa dia seorang jenis penyabar gak lah. hahaha

Jumaat, 16 Mei 2014

rindu zaman sekolah Sanglang

rindu zaman sekolah sanglang. bawa basikal. makan buah sambil bawa basikal. sembang dengan pakcik guard. teringat kenangan buah nangka. teringat kes bunga raya. teringat kes ponteng kelas. teringat cikgu matematik sebab dia kasi duit raya. hahaha. teringat kes-kes aku dengan kawan aku kat surau. dan yang paling aku rindu saat main hujan waktu tingkatan tiga 

Rabu, 14 Mei 2014

ambil tahu walaupun tak memahami

kadang-kadang kita susah nak luahkan apa yang ada dalam hati. susah. bila kita cuba luah pada seseorang, kita harap dia akan faham. tapi… kehidupankan… dia tetap tak faham. hahaha. sangat sakit. jadi, jangan terlalu mengharap agar dia akan faham apa yang ada dalam hati kita. tapi aku masih mengharap walaupun dia tak faham, tapi tolong tanya. bila seseorang itu mula cerita, bukan dia saja-saja nak cerita. dia mahu ada seseorang bersamanya melalui apa yang diarasa. cukuplah ambil berat walaupun tak memahami. ambil berat. sampai satu saat, kita letih untuk luah pada orang yang sama. kehidupan nurul. kehidupan. dan kau juga bukan manusia yang memahami kawan-kawan kau, nurul,
jadi luah pada sepatutnya, iaitu Allah. 
ingat Dia selalu. Dia takkan kecewakan kau, nurul 

Ahad, 27 April 2014

putus asa

dalam kehidupan pasti ada cabaran hidup, sebab itulah kehidupan. setiap saat berlalu, semakin bertambah umur kita dan makin bertambah cabaran hidup kita. 

aku dah berkali-kali putus asa. berkali-kali. tapi aku tak boleh nak putus asa, sebab aku bukan berani nak putus asa sangat. dok kata kat dalam hati, kat dalam mulut sahaja. tapi ada juga perkara yang aku putus asa. 

aku tahu, kita memang tak boleh putus asa dalam kehidupan kita. tapi aku dah penat itu dan ini. aku memang manusia yang mudah putus asa, 

apa-apa pon aku kena jadi kuat mengharungi cabaran hidup ini, walaupun dah berkali-kali aku putus asa

cabaran hidup

aku nak jadi lebih kuat mengharungi segala cabaran hidup, walaupun berkali-kali aku putus asa.

Jumaat, 11 April 2014

UUM-cabaran-ujian-kehidupan

hari ni dah jumaat. esok sabtu. lusa ahad. ahad aku dah nak balik uum. erm. sejujur-jujurnya aku tak mau balik UUM. tension betul kalau balik sana. erm... banyak benda yang aku nak kena buat. sangat banyak. 

seronok duduk kat rumah sendiri. erm. hidup ini memang banyak cabaran sebab itulah kehidupan. aku tahu aku banyak menyusahkan orang. aku banyak menyakitkan hati orang. aku minta maaf. aku bukan manusia yang sempurna. aku manusia yang kekurangan. aku memang tak pandai nak jaga hati orang. aku minta maaf. 

aku nak sem ni cepat berlalu. aku tak mahu melalu sem ni. sebab banyak benda yang aku kena buat. erm.. macamlah sem akan datang tak banyak benda yang nak kena buat. sem depan cabaran lain pulak. hidup ini penuh dengan cabaran dan ujian yang perlu lalui.

Khamis, 27 Mac 2014

hati-memahami-maaf

nak jaga hati, nak memahami memang susah, sebab tulah kehidupan. manusia bukan sempurna. dan jujur aku minta maaf kalau aku ada buat salah pada sesiapa.

Selasa, 18 Mac 2014

tak kenal maka tak suka

sejujurnya kita tak boleh menilai seseorang itu kalau kita tak kenal dia.  aku ada kenal seorang manusia ni, aku macam tak ngam dengan dia. makin lama, aku semakin ngam dengan dia. aku sangat terima kasih kat dia. sebab dialah yang selalu melayan merapu aku waktu perangai entah pape datang sekali dengan dia merapu dengan aku. macam-macam kami merapu. sebenarnya kami tension perkara yang sama. erm. dia banyak tolong aku. aku sangat berterima kasih dengan dia. aku harap sangat masalah cepat berlalu. :D

Ahad, 9 Mac 2014

kenangan waktu kecil

dalam seminggu ni aku dok ingat kenangan waktu kecil-kecil. sejujur-jujurnya dari dulu sampai sekarang aku memang bukan baik mana. dulu aku sangat nakal. hahaha. aku selalu balik lewat disebabkan bermain dengan kawan. ada beberapa kali hampir pukul 8 malam baru balik disebabkan ingin menonton cerita kartun bersama kawan aku. sampai sahaja rumah, pintu telah dikunci. ayah aku kuncikan pintu tak kasi aku masuk. aku merayu supaya benarkan masuk. bila boleh je masuk, terus kena sakit sebab kena rotan. wah... memang terbaik. manangis tak berlagu aku. hahaha.  walaupun sakit kerana rotan, tapi still buat balik. hahaha

ada satu hari, darjah enam. balik dari sekolah terus bersiap. pergi ke kedai dua km dari rumah aku dengan basikal tanpa bagitahu emak aku. kemudian patah balik dan pergi ke pantai dalam 20-25 kilometer. aku pergi dengan kengkawan. balik pula petang, selamat tak kena marah mak aku. mak aku cari merata-rata. aku ingat kalau sampai rumah nak kena rotan dah, tapi syukur tak kena.

waktu sekolah, waktu hari last sekolah aku selalu bergaduh dengan budak laki. hahaha. serius bergaduh kena macam-macamlah. sampai kena masuk bilik PK. aduhai.... budak laki yang lawan dengan aku tu yang kena rotan, padahal aku yang mula dulu, kalau tak silap akulah. hahaha

waktu sekolah rendah juga aku pernah lari dari sekolah. wah... lari dari sekolah... sebenarnya aku lari saja-saja ja. sebab aku tengok banyak budak-budak sekolah yang lari dari sekolah. jadi aku pun nak try lah, padahal dalam hati aku berdoa 'bagilah sapa-sapa tahan aku. aku tak berani nak lari pun' hahaha. waktu tulah PK aku yang tahan. dahlah PK tu kawan ayah aku. setiap kali aku jumpa PK aku tu, mesti dia ungkit. aduhai. malu kot.

ada juga kenangan yang entah pape. tapi bila ingat balik memang lawak

macam-macamah kenangan waktu aku sekolah rendah. sejujurnya aku rindu zaman budak-budak. tak ada masalah yang nak fikir pun. sekarang ini aku macam-macam yang perlu aku fikirkan. biasalah, manusia.





Khamis, 6 Mac 2014

permulaan baru bagi sem 2

assalamualikum

senyum :)

hahaha.

aku rasa, macam dah lama je tak post. ok tak lah lama mana, sebulan dua ja. aku ada tutup seketika blog aku nie atas sebabsebab tertentu. hahaha. ok. sebab tak munasah yang aku rasa penting dan bagi orang lain tak. 

aku dah masuk sem 2. erm. sejujurnya aku rasa 'sangat rajin' untuk teruskan pelajaran aku nie. hahaha. ok. memang aku mudah putus asa, tak semangat, tak ada keyakinan diri dan sebagainya. kesian pada pelbagai pihak. antaranya roommate aku sebab kena hadapi pelbagai kerenah aku yang entah apa-apa. dan banyak lagi. bukan tak mau bagi tau sapa, nanti aku yang rasa sedih.hahaha

dari sem lepas, aku dok mengharap sesuatu. agak-agak kalau dok selalu sebut, akan tertunai tak? ok. nak merapu dah.

banyak benda yang aku menyesal. banyak. tapi aku hanya boleh membetulkan balik dan cuba tak ulangi balik. 

ok. 
memang manusia tak sempurna. 
memang manusia selalu buat kesalahan
memang manusia selalu blur-blur
memang manusia entah pape
dan manusia itu adalah aku.
aku memang bukan manusia yang sempurna
aku tahu. aku tahu yang aku selalu menyusahkan banyak pihak. sorry. jujur aku minta maaf. maafkan aku.

sampai satu tahap, aku fikir bukan-bukan dah. hahaha.

boleh ke aku tempuh pelbagai ujian ini? 
yakin boleh nurul. sebab Allah tak uji kau kalau kau tak mampu hadapinya.

aku selalu mengharap semua semudah ABC. ok. dalam mimpi kau boleh lah nurul

aku nak je cepat masa berlalu. hahaha. tapi betul. aku nak cepat masa berlalu. aku tak mahu rasa semua nie.

penatlah. dengan semua bagai.

sebenarnya aku rasa mudah je kalau nak hadapi semua nie melalu dengan usaha dan rajin.

sejujurnya aku bukanlah manusia yang sangat rajin.

rajin nurul. rajin gak. jangan mudah putus asa.







aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...