Jumaat, 5 Jun 2020

post

aku tak tahu nak letak apa sebagai tajuk post aku ini. tapi ada ka orang kisah? tu pun kalau ada orang baca. bulan 2 dan bulan 3 ada aku ada benda aku nak post. tapi post tu masih tak ada tamat lagi sebab aku rasa macam berat ja nak sambung menaip post tu. 

sejujurnya aku masih sayang blog ini. tapi tu lah, aku dah jarang post. aku sekarang kalau nak post kebanyakkan aku post kat tumble. senang nak post. kadang aku tak post pon, aku terus tulis dalam buku. ya... memang sekarang ini aku banyak tulis dalam buku. banyak benda aku nak tulis tentang hidup aku, tentang perasaan aku. 

aku tertanya-tanya juga, adakah satu hari nanti aku akan baca balik buku yang aku tulis. entah. sebab tulisan aku macam cakar ayam. memang tak lawa. jadi susah nak baca. tapi memang aku suka menulis dari menaip. sebab kalau menaip aku lagi banyak typo. aku dan typo memang tak boleh dipisahkan. kadang-kadang dalam satu ayat tu, tertinggal perkataan. 

sebenarnya ada benda boleh post kat tumblr, ada benda boleh post kat sini, ada benda hanya boleh menulis dalam buku. sebab aku tak tahu sapa yang melihat apa yang luahkan. kat sini, tak ramai yang melihat. boleh kata tiada langsung. tapi tu lah. app blog tak best. app tumblr best. tu lagi banyak post kat tumblr. 

lagipun aku rasa dah ramai tak guna blog. kiranya dah ketinggalan zaman. huh.. tapi aku masih sayang dengan blog aku ini. banyak blog yang aku dah buat. sebab setiap blog tu ada function sendiri. ada yang aku post pasal karya aku. ada review pasal komik, movie, drama. tapi blog ni yang dan satu lagi yang banyak.

tapi tu lah, banyak blog pon tak guna  juga. erm.

aku tak tahu bila aku nak post lagi. sebab mood aku sentiasa berubah. ok.  dan tamat dah post ini

terima kasih dan maaf.  

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...