Jumaat, 11 September 2015

kawan aku

dalam hidup ini memang banyak ujian, sebab ujian itu akan diberi bila kita mampu hadapinya. aku nak cerita tentang kawan aku. sebab aku rasa, dia hadapi ujian yang lebih besar daripada aku hadapi. dan masih ada manusia yang lagi besar ujiannya daripada kawan ujian kawan aku ini.

kawan aku ni dia belajar di salah satu universiti awam di Malaysia. Aku pula belajar di UUM.  kawan aku ini sudah sem last. apabila dia sem 2, dia perlu mencari rumah sewa. jika dia dapat asrama, dia akan tinggal di asrama. tapi sem ini, dia tidak dapat asrama. tapi dia tak mahu mencari rumah sewa sebab-sebab tertentu dan aku faham kenapa dia tak mahu mencari rumah sewa. salah satu sebab dia sedang tunggu rayuan. keputusan rayuan itu mengambil masa selama sebulan. jadi selama sebulan ini, dia hidup pindah randah. menumpang bilik kawan dia, dan rumah sewa kawan dia.

kadang-kadang bila kita selalu duduk di satu tempat sebagai penumpang, hidup kita ini serba salah. sebab takut tuan bilik itu tak selasa kalau kita lama-lama, ye lah... takut menggangu privacy diorang. waktu ini kita kenal siapa kawan kita. bila kita ada masalah, dia akan tolong atau tidak.  kadang-kadang kawan kita tidak dapat tolong, bukan sebab dia tak nak tolong. mungkin sebab bilik itu atau rumah sewa itu bukan hak milik dia seorang. ye lah, kena berkongsi. kalau kawan kita selesa, tapi kawan-kawan dia tak selesa, nanti akan mendatangkan masalah pada kawan kita pulak.

aku kesian dekat kawan aku tu, aku harap dia dapat asrama. dia pernah bagi tahu aku kalau susah-susah sangat dia tidur je kat surau, erm... aku hanya mampu suruh dia bersabar je.

kawan aku ni, dia banyak bagi nasihat dalam hidup  aku. sebab dia memang positifkan diri dalam aku jua masalah yang dia hadapi. dia hadapi semua masalah tu. sebab dia harapan keluarga, dia anak sulung dari tiga beradik. aku kawan dengan dia dari sekolah rendah lagi.

salah satu nasihat atau kata-kata dia yang aku ingat adalah pengalaman belajar dekat U bukan jauhnya U dari rumah kita, tapi pengalaman kita berada dalam U itu. sebab waktu di U kita akan jumpa dan hadap perkara-perkara yang akan memainkan emosi kita,

sebelum aku masuk U, aku selalu kata dekat dia yang aku nak belajar U jauh dari rumah, sebab nak cari pengalaman. tapi aku dapat U yang dekat dengan rumah. betul apa yang dia kata, pengalaman yang aku mahukan adalah waktu kita berada dalam U, bukan berapa jauhnya U dari rumah. mungkin aku tak dapat merasai semua pengalaman yang aku harapkan seperti balik ke U dengan bas, melihat tempat orang dan sebagainya. tapi ada lagi pengalaman yang lagi penting yang perlu kita hadapi sebenarnya.

selain masalah itu, dai hadapi banyak ujian dalam hidup dia. tapi dia kuat semangat, terus tabah hadapi semua itu.

sabarlah wahai sahabat, aku tahu kau mampu hadapinya.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...