Langkau ke kandungan utama

kawan aku

dalam hidup ini memang banyak ujian, sebab ujian itu akan diberi bila kita mampu hadapinya. aku nak cerita tentang kawan aku. sebab aku rasa, dia hadapi ujian yang lebih besar daripada aku hadapi. dan masih ada manusia yang lagi besar ujiannya daripada kawan ujian kawan aku ini.

kawan aku ni dia belajar di salah satu universiti awam di Malaysia. Aku pula belajar di UUM.  kawan aku ini sudah sem last. apabila dia sem 2, dia perlu mencari rumah sewa. jika dia dapat asrama, dia akan tinggal di asrama. tapi sem ini, dia tidak dapat asrama. tapi dia tak mahu mencari rumah sewa sebab-sebab tertentu dan aku faham kenapa dia tak mahu mencari rumah sewa. salah satu sebab dia sedang tunggu rayuan. keputusan rayuan itu mengambil masa selama sebulan. jadi selama sebulan ini, dia hidup pindah randah. menumpang bilik kawan dia, dan rumah sewa kawan dia.

kadang-kadang bila kita selalu duduk di satu tempat sebagai penumpang, hidup kita ini serba salah. sebab takut tuan bilik itu tak selasa kalau kita lama-lama, ye lah... takut menggangu privacy diorang. waktu ini kita kenal siapa kawan kita. bila kita ada masalah, dia akan tolong atau tidak.  kadang-kadang kawan kita tidak dapat tolong, bukan sebab dia tak nak tolong. mungkin sebab bilik itu atau rumah sewa itu bukan hak milik dia seorang. ye lah, kena berkongsi. kalau kawan kita selesa, tapi kawan-kawan dia tak selesa, nanti akan mendatangkan masalah pada kawan kita pulak.

aku kesian dekat kawan aku tu, aku harap dia dapat asrama. dia pernah bagi tahu aku kalau susah-susah sangat dia tidur je kat surau, erm... aku hanya mampu suruh dia bersabar je.

kawan aku ni, dia banyak bagi nasihat dalam hidup  aku. sebab dia memang positifkan diri dalam aku jua masalah yang dia hadapi. dia hadapi semua masalah tu. sebab dia harapan keluarga, dia anak sulung dari tiga beradik. aku kawan dengan dia dari sekolah rendah lagi.

salah satu nasihat atau kata-kata dia yang aku ingat adalah pengalaman belajar dekat U bukan jauhnya U dari rumah kita, tapi pengalaman kita berada dalam U itu. sebab waktu di U kita akan jumpa dan hadap perkara-perkara yang akan memainkan emosi kita,

sebelum aku masuk U, aku selalu kata dekat dia yang aku nak belajar U jauh dari rumah, sebab nak cari pengalaman. tapi aku dapat U yang dekat dengan rumah. betul apa yang dia kata, pengalaman yang aku mahukan adalah waktu kita berada dalam U, bukan berapa jauhnya U dari rumah. mungkin aku tak dapat merasai semua pengalaman yang aku harapkan seperti balik ke U dengan bas, melihat tempat orang dan sebagainya. tapi ada lagi pengalaman yang lagi penting yang perlu kita hadapi sebenarnya.

selain masalah itu, dai hadapi banyak ujian dalam hidup dia. tapi dia kuat semangat, terus tabah hadapi semua itu.

sabarlah wahai sahabat, aku tahu kau mampu hadapinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

baru habis baca e-novel 'cinta biar saja ada'

aku baru ja habis baca e-novel, karya Rehan Makhtar. cerita-cerita memang best. tajuk yang baru aku habis baca 'cinta biar saja ada'. walaupun cerita nie tak berjaya buat tapak tangan aku rasa pedih, tapi sangat best cerita dia. sedih cerita dia, memang aku menangis lah. walaupun cerita dia tak da konfik sangat, tapi memang best. kesian heroin.

boleh baca kat SINI.

perempuan yang berani dan malu untuk meluahkan perasaan cintanya

aku baru lepas baca cerpen Cinta Yang Terlewat. korang boleh klik kat link INI. cerita dia kisah perempuan yang mencintai seorang lelaki. dia cinta lelaki itu sudah lama. dia masih menanti sehinggalah lelaki itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan kawan perempuan tersebut. sebenanyar sebelum ini lelaki itu juga pernah mempunyai perasaan sayang terhadap perempuan itu tapi mungkin di sebabkan ego dan malu, diorang hanya pendamkan perasaan. kalau nak tahu cerita sebenar, trylah baca :D

perempuan ini mungkin ada yang berani dan malu untuk meluahkan perasaan terhadap seseorang itu. perempuan yang malu itu hanya pendamkan perasaan dia. mungkin bagi dia, biar lelaki yang luahkan perasaan dan dia mungkin tidak mahu dikatakan 'perigi mencari timba'. mungkin dia juga rasa dia tidak layak untuk lelaki itu. mungkin dia yakin bahawa lelaki itu tidak mencintai dia. mungkin perempuan itu tidak mahu tali persahabatan terputus di sebabkan dia meluahkan perasaan dia.

perempuan yang berani …

bosan-STPM-SPM-tingkatan 6- kenangan

tiba-tiba aku rasa bosan juga tak belajar. hahaha. tak tahu nak buat apa. ye lah aku nie dok tunggu result STPM, aku tak kerja, kiranya duduk kat rumah ja lah. asyik online ja, sampai kadang-kadang aku dah muak nak online. erm. bosan betul hidup aku nie. aku memang nak kerja, tunggu lah lepas dapat result kot. kalau ada kerja la, takut tak dapat cuti. kawan-kawan aku pakat kerja, tak pun mereka pasti ada rancangan. aku nie dok rumah ja. bosan bosan bosan.

ada cerpen online baru hari nie, tapi malas nak baca. rasa macam sakit mata ja. erm. bosan-bosan. aku rasa macam nak study ja macam nie. hahaha. punya tak tau nak buat apa dah.  bila aku fikir pulak, study nie best gak lah. bila kita minat dengan sesuatu subjek nie. itu apa yang aku rasalah.  yang tak minat tu... kita kena bagi minat juga.

Isnin nie a.k.a 18/3/2013 result STPM keluar. sungguh aku takut. erm... berdebar-debar ja. sebelum aku tidur aku harap sangat janganlah aku mimpi result aku berapa. takut kecewa.

dulu lepas SPM mas…