Jumaat, 24 Disember 2021

akhir 2021

Pada tahun 2021, aku dah berumur 28 tahun. Tinggal beberapa hari lagi untuk masuk 2022 mak umur aku akan jadi 29 tahun. 29 tahun. Masih tak kahwin. Masih tak ada apa-apa.  Sorang-sorang tak ada pencapaian dalam hidup. Masih sama seperti sebelum ini.

Perasaan aku?
Semestinya aku sedih juga sebab aku jalani hidup macam ni. Tapi aku sendiri yang pilih untuk hidup macam ni. Tipu kalau aku tak rasa cemburu. Aku cemburu dengan kehidupan kawan-kawan aku. Sangat. Tapi aku tak rasa aku mampu untuk melangkah seperti mana mereka melangkah dalam hidup mereka. Aku takut untuk teruskan hidup hari demi hari. Aku takut aku akan terus jatuh tanpa aku mampu untuk bangun.  Aku harap aku akan baik-baik sahaja. Aku harap aku akan kuat hadap semua ni. Aku terlalu memberi harapan yang tinggi pada diri sendiri padahal aku seorang yang lemah. 

apa yang aku fikir pada malam hari

Kita kena cari kebahagiaan kita dengan cara kita.  Yang penting kena sayang dengan diri sendiri. Bila kita sayang dan happy dengan diri sendiri hati kita tak sakit. Huh. Kita kena  selesa dengan diri sendiri. Kita tak boleh nak puaskan hati orang lain. Sayang diri sendiri.

Aku agak rindu dengan diri aku yang dulu. Boleh buat benda gila-gila tanpa fikir  apa yang dia fikirkan. Aku gembira apa yang aku buat waktu tu. Bila masa dah berlalu, ada benda dah tak sama. Dan benda tu kita kena terima hakikat bahawa semua benda tak akan kekal dengan apa yg kita nak. Walaupun kita dah usaha nak kekalkan benda tu. Perkara tu boleh berubah walaupun  benda yang sama. Kita kena terima keadaan kita yang sekarang. Ambil masa. Setiap orang ada masa dia sendiri. Jangan paksa diri. Jangan ikut cakap orang kalau ang rasa terpaksa. Berubah dengan cara yang selesa. Sebab ang sendiri yang kena hadap dalam kehidupan ang tu. Tolong sayang diri sendiri.

Kalau rasa gembira. Gembira. Kalau rasa sedih. Biarkan diri rasa sedih. Jangan paksa diri untuk gembira padahal tengah sedih. Semua tu perasaan dan perasaan ambil masa. Bila kita sakit ambil masa untuk sembuh. Macam tu juga perasaan ambil masa untuk sembuh. Untuk rasa okay. Ambil masa.

Aku ambil masa untuk selesa diri aku dengan keadaan sekarang. Dan aku ambil masa juga supaya aku okay dengan keadaan tu.

Kadang aku sendiri sedar yang aku pentingkan diri sendiri sebab aku nak jaga hati aku sendiri dari rasa sakit. Penat nak jaga hati orang lain bila ang sendiri rasa tak selesa dengan keadaan tu. Kita tak boleh  sesuka hati nak ubah benda tu kecuali kita sendiri terima atau menolak dalam keadaan tu. Orang lain tengok, tapi kita sendiri yang hadap. Orang tak tahu, kita sendiri yang rasa. Orang lain cuba faham, kita dalam keadaan tu belum tentu faham masih cuba untuk menerima.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...