Sabtu, 14 Mac 2015

submit dan perasaan

minggu ni ada benda yang nak kena submit. boleh kata setiap malam aku akan pergi lounge. sebab dekat bilik aku tak dapat wifi. Diorang tengah pasang.  harap-harap bila diorang dah pasang, wifi tu laju lah. dan sentiasa ada. satu lagi masalah yang aku hadapi, kipas bilik aku rosak. erm. mula rosak hari rabu. mula buat report dekat pejabat khamis petang, oleh sebab pejabat tutup awal, jadi, kipas tu pon masih tidak dapat berfungsi. erm. jadi, dah dua tiga malam aku tidur dekat bilik Shuhada. Terima kasih sebab tumpangkan aku. 

aku harap, aku dapat hadapi semua cabaran dengan senyumana :) semoga aku kuat. mungkin bagi orang lain, itu bukan cabaran, tapi bagi aku, itu cabaran. perasaan aku dengan perasaan mereka tak sama. apa yang aku fikirkan tak sama apa yang mereka fikirkan. 

aku tak tahu sama ada mereka itu betul-betul kenal aku atau tak. ya, suara aku memang kuat, dan bila dengar mungkin kasar. tapi aku tak maksudkan begitu. kadang-kadang, bila aku bagitahu sesuatu itu, pasti diorang ingat aku tengah marah atau sebagainya, tapi sebenarnya tidak. kadang-kadang aku penat benda ni, kadang-kadang aku rasa, baik aku diam saja. biar aku bisu. 

memang susah nak jaga perasaan. perasaan orang lain dan perasaan kita. 

aku memang minta maaf kalau aku buat salah dengan sengaja atau tanpa aku sedar. 

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...