Isnin, 30 Julai 2012

minda ini mudah di pengaruhi

minda ini mudah di pengaruhi

bagi aku minda ini mudah di pengaruh. oleh cerita-cerita yang di baca, di cerita di lihat dan sebagainya. walaupun perkara-perkara itu belum kita hadapi. selepas orang cerita atau sebagainya kita dah fikir macam-macam padahal kita tak hadapi lagi.

contohnya... orang kata add mt nie susah. pastu waktu kita belajar kita mesti fikir... 'susahnya add mt nie. patut lah orang kata susah'. erm...

kalau kita pandai berfikir dan pandai mengawal minda kita serta perasaan pasti tak mudah terpengaruh.

masalahnya orang macam aku ini. mudah terpengaruh juga oleh cerita tentang sesuatu perkara. kadang kala aku rasa menyampah tentang diri  aku terhadap perkara ini. kenapa aku tak buat dono je bila hadapi masalah ini. jangan terlalu terpengaruh. erm.. kadang kala aku rasa tak adil  terhadap perkara itu walaupun perkara itu sebenarnya betul. biasalah manusia pelbagai ragam. manusia bukan sempurna seperti kita mahukan kerana kita pon bukan sempurna.

jadi kenapa kita mempunyai permintaan yang tinggi terhadap perkara itu sedangkan kita juga tidak mempunyai kesempurnaan yang kita minta.



Sabtu, 28 Julai 2012

bukan dia seorang je dalam dunia ini :D

dulu aku suka sangat tengok cerita korea, sekarang masih minat lagi, tapi sekarang dah jarang tengok. erm... selalunya dalam cerita korea pasti ada dua orang hero dan dua orang heroin. dan aku selalu kesian dekat hero kedua. erm... dalam cerita my girl drama korea lah kesian dekat dia. erm.. dia yang mula-mula suka dekat heoin pertama. tapi di sebabkan cinta nie bukan di paksa, jadi diorang tak bersamalah. kalau diberi pilihan... aku akan pilih hero pertama juga. walaupun aku suka hero kedua lagi. hahaha. erm... 

sebenarnya aku kesian kat seseorang yang tak dapat orang yang dia cinta. mungkin ada yang lain untuk dia. aku kesian kalau dia buat sesuatu dalam diam untuk orang yang dia cinta, tapi si dia tu tak tahu. kesian. erm... 

bukan semua yang kita nak, akan dapat. kalau kita usaha macam mana pun untuk dapat dia. tapi kalau dah di takdirkan dia bukan untuk kita, tak akan dapat. 

aku harap orang  yang cinta seseorang itu, tapi si dia tak cintakan dia. jangan terlalu harap. dalam dunia ini bukan si dia je tinggal. ada banyak lagi. kadang kala kita di temukan dengan seseorang yang bukan untuk kita agar kita akan jumpa si dia yang sebenar untuk kita. perjalan kehidupan bukan seperti apa yang kita rancangkan. kerana ada yang lebih berhak menentukan perjalan hidup kita.

kita jangan terlalu sedih jika dia bukan milik kita, kerana apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. 

Jumaat, 20 Julai 2012

aku, kau dan dia

sekelip mata mudah untuk jatuh cinta tetapi tidak dengan sekelip mata untuk melupakan seseorang. terutama orang yang kita sayang sehingga sangup mencipta sesuatu sebagai ilusi untuk lupakan dia. apabila dia meninggalkan kita untuk selama-lamanya, ya kita akan sedih. tetapi kita perlu bangkit untuk tinggalkan kenangan itu dan lari mencipta kenangan yang baru. bukan menunggu dan setia pada yang lama yang bukan untuk masa depan kita. ambil kenangan itu sebagai pedoman untuk hidup

erm... sebenarnya baru lepas tengok cerita aku, kau dan arahan Pierre Andre

Sinopsis: 
Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?

Rabu, 18 Julai 2012

serba salah

aku rasa serba salah tentang sesuatu kisah nie. kisah aku dan sahabat. aku terlepas cakap. aduhai. sekarang ini rasa serba salah. itulah pasal, buat tanpa berfikir. tapi aku ingat dia akan kata "tak pa... lepas nie aku tak tangkap dah lah" dengan nada buat-buat merajuk. tapi tak sangka dia akan buat macam lain. dia tak lah kata dia terasa. tai aku yang rasa dia akan terasa. erm.. pengajaran yang aku dapat dan selalu aku dok fikir ialah jangan kita duga seseorang itu. tak semestinya betul apa yang kita duga tu. pastu.... jangan buat sesuatu perkara tanpa berfikir.... dan banyak lagi lah. erm... 

sorry...

Ahad, 8 Julai 2012

Saleha

aku baru lepas tengok cerekarama Saleha di TV3. sedih betul cerita tu... tapi tak lah sampai menangis. boleh baca sinopsis kat SINI. last-last saleha nie meninggal. dia meninggal pada hari perkahwinan dia. saleha nie kan dia terencat akal. dia suka main kahwin-kahwin. dan yang paling aku rasa terharu waktu manaf nak kahwin dengan saleha tapi diorang tak jadi kahwin pon. sebab mak manaf tak kasi. last-last manaf kahwin dengan esah sepupu saleha.  macam-macamlah jadi. pastu ada makhluk Allah nie nama dia meor sanggup nak kahwin dengan Saleha nie. waktu perkahwinan meor dengan saleha lah saleha meninggal.  diorang tak sempat nikah lagi. saleha meninggal dalam bilik sambil pakai baju pengatin. waktu meor baru tahu saleha meninggal, aku rasa sedih betullah. pandangan meor tu... ish2.. menyedihkan.

kita nie sebagai manusia yang sangat biasa nie selalu buat kesilapan tanpa kita sedar. 

mudah je nak kata orang sebab kita sendiri tak rasa, bila kita rasa. baru tahu macam mana perasaan itu. 


Sabtu, 7 Julai 2012

suami aku ustaz


bila baca novel sure aku akan berangan kononya jadi heroin lah. kononnya lah. boleh dalam berangan je lah. cerita ini memang bagi aku menarik. sebab aku sangat-sangat suka kisah anak murid dengan cikgu. suka. pernah jugak berangan couple dengan cikgu dan kahwin dengan cikgu. tapi dalam angan-angan je lah. :D

kalaulah aku jumpa hero macam cerita nie, bahagianya hidup. bahagia di dunia dan akhirat. lagipon hero dia so good. :D romantik. kalau cemburu pon berpada-pada.

korang boleh baca sinopsis kat SINI nak tahu harga pon ada jugak
INI blog tuan punya novel

rahsia hati

cerita nie walaupun aku tak tengok dari mula hinga habis 100% sebab ak hanya tengok mula-mula dan last sekali. tapi cirita ini memang buat aku menangis. tengok episod last je... sedihnya. kalau memang tengok setiap episod sure aku lagi menangis lah. sedihnya. sakitnya.

dia sanggup korbankan segala-galanya kerana cinta. kadang kala apa yang kita rancang tak terjadi. sebab Allah yang tentukan. macam mana kita usaha pon, tak akan jadi kalau dia bukan milik kita. tak akan.

bila aku liha. bila aku baca. bila aku dengar tentang kisah cinta yang pelbagai kisah cinta makin aku takut. kerana cinta manusia berubah,kerana cinta  manusia korban segala yang perlu. kerana cinta sanggup bual apa saja. makin aku lihat, makin aku baca, makin dengar kisah cinta makin aku takut. walaupun aku suka akan kisah cinta.

owh ya... sinopsis drama rahsia hati
Mengisahkan percintaan di antara Syamir dan Kamelia yang menempuh pelbagai dugaan serta cabaran.

Pada waktu yang sama, Syamir terpaksa berhadapan dengan kemelut keluarganya. Ibu tirinya, Maria, bimbang kalau-kalau Syamir akan membongkar rahsia hubungan sulitnya dengan seorang lelaki, Jimmy.

Abang tirinya, Fazlan pula telah berkomplot dengan Maria untuk merampas empayar perniagaan yang diusahakan ayahnya, Datuk Azmi. Demi mengejar impian tersebut, Maria sanggup mengupah Jimmy untuk merancang kemalangan yang membabit Syamir hingga dia hilang keupayaan diri.

Tanpa disedari setiausahanya, Sarah turut menaruh hati kepadanya, manakala kawan baiknya, Ammar, pula dalam diam-diam mencintai Kamelia sedangkan dia juga menyayangi Kamelia

Pelakon: Aaron Aziz sbg Syamir & Rita Rudaini sbg Kamelia



korang boleh tengok kat youtube
episod last

erm...

kenapa cinta ini perlu ada pengorbanan???

erm

kesiannya...selalu tak hargai orang di depan mata bila dah jumpa orang yang di cintai

Jumaat, 6 Julai 2012

cinta

cinta memang pelik kan?? tak kenal usia, tak darjat dan sebagainya. kadangkala aku menjadi takut... hanya kerana cinta tetapi mempunyai pelbagai kisah cinta. ada kala manusia mengambil tindakan yang bodoh kerana cinta yang entah untuk dia atau tidak. kerana cinta, manusia sanggup membuat apa sahaja untuk memiliki sama ada betul atau salah. semua kerana cinta

erm..

tanpa dia sedar tindakan dia telah menyebabkan orang lain fikir dia memberi harapan kasih dan cinta. padahal dalam hatinya adalah kosong

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...