Jumaat, 20 Julai 2012

aku, kau dan dia

sekelip mata mudah untuk jatuh cinta tetapi tidak dengan sekelip mata untuk melupakan seseorang. terutama orang yang kita sayang sehingga sangup mencipta sesuatu sebagai ilusi untuk lupakan dia. apabila dia meninggalkan kita untuk selama-lamanya, ya kita akan sedih. tetapi kita perlu bangkit untuk tinggalkan kenangan itu dan lari mencipta kenangan yang baru. bukan menunggu dan setia pada yang lama yang bukan untuk masa depan kita. ambil kenangan itu sebagai pedoman untuk hidup

erm... sebenarnya baru lepas tengok cerita aku, kau dan arahan Pierre Andre

Sinopsis: 
Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian. Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mencipta kembali lagu untuk Ilhan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...