Khamis, 28 Jun 2012

jika aku dan sahabat cinta dia

aku cukup takut kalau dua sahabat baik cintakan orang yang sama. takut hubungan itu akan renggang jika salah seorang atau dua-dua tidak terima secara terbuka. hidup pasti dalam serba salah, sama ada nak pertahankan persahabatan atau percintaan. jika aku, aku akan biarkan lelaki itu akan pilih antara kami berdua. dan jika dia memilih aku, sahabat aku perlulah terima dengan reda bahawa cinta itu tidak boleh dipaksa. perasaan itu bukan kita boleh dikawal. jika lelaki itu memilih sahabat kita, jangan terlalu bersedih, pasti ada lelaki yang lebih baik daripada lelaki itu untuk diri kita. jangan sebab lelaki, kita mengambil sesuatu tindakan yang bodoh. jangan menyebabkan cinta itu merenggangkan hubungan. cinta itu bukan melemahkan tetapi menjadi lebih kuat. tetapi jika aku boleh elak, aku akan elak. aku akan buang perasaan aku pada terhadap lelaki itu sebelum dia membuat keputusan. bagiku, aku akan lepaskan dia untuk sahabat, tapi jika lelaki itu tetap inginkan kita, terima je lah sebab perasaan itu tidak boleh dipaksa.

bagiku, jika dia memilih kita dan kita menyuruh dia bersama sahabat, aku takut tiga hati akan terluka aku, sahabat dan dia. bagiku tidak adil menerima seseorang itu disebabkan kesian dan orang lain. aku takut sahabat itu akan semakin terluka atas perbuatan kita dan dia. dia juga turut derita di sebabkan tidak memiliki orang yang dia cinta dan begitu juga kita. mungkin kita akan gembira jika melihat sahabat bahagia tapi dalam mesti ada juga perasaan sedih.





Rabu, 20 Jun 2012

Devaju Di Kinabalu

aku suka cerita nie. rasa best. waktu aku baca sinopsis aku tahu cerita ini berasal dari drama korea. tapi cerita nie memang sesuai dan aku rasa pelakon dia pon sesuai. kalau nak tahu sinopsis  cerita ini dan cerita korea boleh pergi link INI. aku suka hero kedua. watak dia sangat romantik.

Jumaat, 8 Jun 2012

aku ada, kau ada???


 cerite nie bagi aku memang best lah. lawak. rasa macam tak rugi tengok. tapi aku rasa macam sekejap je cite dia. aku suka cara nordin dan tina :D


^_^_^_^_^_^_^_^_^_^


macam mana kita benci dia pon, tapi kalau dah sayang, sayang juga. orang kata jangan terlalu membenci, nanti jatuh cinta. disebabkan kebencian, kita selalu bergaduh dengannya. tanpa kita sedar kita semakin dekat dengannya. pantang jumpa, pasti akan bergaduh. tapi bila tidak jumpa, perasaan rindu muncul.rindu akan dia, rindu akan kerenahnya dan rindu akan segala-galanya tentang dia.

kadang kala apabila seseorang itu membuat seseorang itu marah ada sebab sendiri. sama ada dia sedar atau tidak. sama ada jelas atau tidak. kadang kala sesor

Sabtu, 2 Jun 2012

Pasta-korean drama




sebelum ini drama nie pernah tayang di tv2. tapi tak tengok sangat. tapi sekarang dok tengok pula. cite dia memang best. aku suka. hero dia  meluahkan dengan cara yang menarik. tak tunjuk romantik-romantiknya. caranya sangat kasar. suka. :D

heroin dia.... sangat comel. bila dia rasa takut dan malu, rasa macam owh...comel. dia seorang yang kuat usaha.  tak mudah putus asa. kadang- kadang macam blur sikit

watak yang paling aku suka buat masasekarang  ialah hero kedua. bagi aku dia sangat-sangat comel. hahaha. cara dia untuk memikat heroin, sangat tertarik. bahagianya kalau dapat laki macam nie. erm.. dia selalu buat baik dan jaga heroin tanpa heroin sedar. tapi sayang. dia hanyalah hero kedua. dia bukan untuk heroin. dia selalu memerhati heroin. kadang kala aku rasa kesian.  kesian sebab dia jaga heroin. tapi last-last tak dapat. erm...

cerita sememangnya boleh menpengaruhi perasaan manusia.

tak ku sangka

cinta itu memang membuatkan manusia berubah. buktinya daripada kawan aku sendiri. aku sangka dia tak macam kawan-kawan aku yang. tapi... lebih kurang sama sahaja. dia seorang yang agak alim juga... tapi..arh...erm...manusia...boleh berubah disebabkan cinta.

aku tak kisah jika  cinta itu boleh ke arah kebaikkan. tapi... cinta sahabat aku nie, memang buat aku... arh.... sungguh aku tak sangka. memang perkara itu biasa kalau aku tengok orang lain buat. tapi dia... dia buat aku tak percaya.


manusia...manusia dan manusia.. macam-macam kerenah

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...