Khamis, 28 Jun 2012

jika aku dan sahabat cinta dia

aku cukup takut kalau dua sahabat baik cintakan orang yang sama. takut hubungan itu akan renggang jika salah seorang atau dua-dua tidak terima secara terbuka. hidup pasti dalam serba salah, sama ada nak pertahankan persahabatan atau percintaan. jika aku, aku akan biarkan lelaki itu akan pilih antara kami berdua. dan jika dia memilih aku, sahabat aku perlulah terima dengan reda bahawa cinta itu tidak boleh dipaksa. perasaan itu bukan kita boleh dikawal. jika lelaki itu memilih sahabat kita, jangan terlalu bersedih, pasti ada lelaki yang lebih baik daripada lelaki itu untuk diri kita. jangan sebab lelaki, kita mengambil sesuatu tindakan yang bodoh. jangan menyebabkan cinta itu merenggangkan hubungan. cinta itu bukan melemahkan tetapi menjadi lebih kuat. tetapi jika aku boleh elak, aku akan elak. aku akan buang perasaan aku pada terhadap lelaki itu sebelum dia membuat keputusan. bagiku, aku akan lepaskan dia untuk sahabat, tapi jika lelaki itu tetap inginkan kita, terima je lah sebab perasaan itu tidak boleh dipaksa.

bagiku, jika dia memilih kita dan kita menyuruh dia bersama sahabat, aku takut tiga hati akan terluka aku, sahabat dan dia. bagiku tidak adil menerima seseorang itu disebabkan kesian dan orang lain. aku takut sahabat itu akan semakin terluka atas perbuatan kita dan dia. dia juga turut derita di sebabkan tidak memiliki orang yang dia cinta dan begitu juga kita. mungkin kita akan gembira jika melihat sahabat bahagia tapi dalam mesti ada juga perasaan sedih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...