Jumaat, 28 Julai 2023

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mampu nak hadap orang ramai puny pendapat, aku tak mampu hadap diri aku sendiri. Aku Overthinking.

Khamis, 27 Julai 2023

27/7/2023

Sedih? Sedih lah. Benda dah jadi. Jadi je lah. Aku Jadi jgn sendiri yang cari pasal. Dari dulu kot aku tau.. Dok menidakkan. Aku tau penyebab tu .. dok ingatkan aku penyebab tu. Bagi semangat sikit. Benda tu dah menyakitkan hati. Jangan dok sebut. Bagi aku masa untuk terima keadaan tu. Ni dok sebut sebut sebut. Jangan buat aku jadi overthinking sbb benda ni, aku penat. Esok.. Erm.. Akan dengar lagi benda yang sama. Entah lah sampai bila. Biar aku sendiri cerita dan bertanya. Jangan nak 'tu lah ang... aku tau.. Aku tau... Aku dah sediakan mental aku dah untuk benda ni. Penat tau jadi overthinking ni. Jangan sampai aku memang dah tak peduli ja.

Sekali dia sebut tak pa lagi. Dua kali. Okay lagi. Ni kalau org yang sama, Berkali-kali dok sebut. Benda tu menyakitkan hati. Aku masih memproses untuk menerima hakikat yang dah lama aku tau.

Abang aku pujuk.. Lembut ja.. 'tak pa arh.. Ang kena buat nie nie... ' sopan ja kata-kata. Hahahha. Selamat on call ja... Kalau depan-depan. Lagi teruk keadaan aku.

Walaupun hati aku jenis hati keras juga tapi still hati tisu. Mulalah menangis tak berlagu.

Waktu cakap ngan abang aku. Air mata dah keluar dah. Hahahha cuma tak laju tapi tak berhenti lah dia turun. 

27/7/2023

Sedih. Jarang aku sedih sampai aku menangis depan orang. Kali ni aku punya menangis mungkin bukan depan orang tapi waktu aku call ngan abang aku. Tengah taip pon aku tengah menangis ni. Sebab aku tahu sesuatu yang aku tak suka. Tapi masalahnya memang salah diri. 

Kenapa aku cepak sangat overthinking? Orang lain bila ada masalah.. Tenang ja. Tapi dalam hati diorang aku tak tahu lah.. 


Aku ni dah fikir macam-macam. 

Hati dah keras. Pastu hati tisu juga. Mudah betul aku menangis kalau aku dah fikir macam-macam. 

Aku tak mau pun fikir. Hati mudah gelabah. Aku benci bila keadaan aku macam ni. 

Semoga aku baik-baik saja. 


Sabtu, 15 Julai 2023

perasaan yang sementara

Bila baca novel atau tengok cerita.. Rasa teruja nak ada partner. 😅. Tapi bila dah habis cerita tu, perasaan nak ada partner tu jadi normal balik, tak nak. Cemburu? Ya cemburu. Tapi diri sendiri yang tak sedia. Aku pernah rasai rasa kecewa. Jadi aku tak nak alami dah. Jujur aku kata aku tak pandai nak bersosial.. Jadi salah satu sebab aku tak nak. Lagipun aku banyak kekurangan. Aku tak nak bilangan orang yang tak suka aku tu bertambah. Cukup yang mana ada sekarang. Ada masa nak kenal orang, tapi aku tahu perasaan aku tu sementara ja. Lagipun aku tak nak buang masa dengan perkara yang tak pasti. Cukup apa yang aku alami sekarang ni. Aku nak follow the flow ja. 

Selasa, 4 Julai 2023

rumah kebun

Aku boleh faham kenapa ayah aku kata tenang kat sini. Bila duduk sini. Aku tak duduk dalam bilik. Aku duduk kat luar. Tenang. Ya. Tapi aku still suka rumah sanglang. Sini.. Kalau aku bosan, aku tak tahu nak ke mana. Line internet slow. Kalau bernasib baik, dalam bilik dapat. Kalau tak, memang duduk kat luar rumah atau pilihan lah mana-mana tempat yang dapat Internet. Tenang sebab kawasan hutan, berbukit. Tapi rasa macam duduk tepi highway. Padahal jalan kampung ja. Mungkin jalan utama dari kodiang ke changlun, jadi banyak kenderaan lalu. 

Sabtu, 1 Julai 2023

pencerita dan pendengar

Aku jumpa ramai orang yang suka bercerita. Aku boleh dengar apa yang dia cerita.. Tapi makin lama, bila dia hanya pencerita dan bukan pendengar pulak aku dah jadi tawar hati untuk jadi pendengar dia. Pendengar juga ada cerita dia untuk di cerita dan dia perlu penceritaan tu jadi pendengar juga. 

aku bukan manusia yang baik

Aku bukan manusia yang baik. Kadang bila nak jaga hati sendiri kita terpaksa jadi jahat dalam cerita orang lain. Penat. Penat nak fikir pandangan orang terhadap diri kita. Makin hari aku rasa aku akan makin hilang untuk jadi baik. Baik pada orang. Sebab aku fikir nak jaga hati aku. Nak sayang diri aku ja. Sebab bila fikirkan orang lain aku yang jadi penat dan tak selesa. Aku memang bukan manusia yang baik

Khamis, 13 April 2023

mandi Air terjun di Johor


Air terjun yang paling Best aku p baut masa sekarang. Aku tak ambik banyak video dan gambar kat sini. Sebab aku memang mandi ja. Aku p waktu cuti sekolah, dan hujung minggu.  Walaupun ramai orang, still boleh mandi dengan selesa. Sebab sebab panjang dang lebar. Air dia memang deras. Tapi still boleh mandi lagi, xada kejadian kena hanyut waktu sedim. Tak puas mandi lagi. Kalau boleh p lagi, memang nak bermalam kat sana.  Tiga tempat aku mandi kat situ. Satu kawasan yang banyak batu dan air dia memang deras.  Dua  lagi.. Memang air dia terjun betul. Salah satu tempat tu dalam takat leher aku, kawasan dia luas, boleh tiga empat lima group mandi lah... Sapa nak berenang memang boleh kat situ. Waktu nak p kat batu tempat air terjun tu turun,  air memang deras, jala. Memang macam ketam berjalan ja... Sebab asyik kena tolak dengan air. Best betul bila air tu kena dengan bahu dan kepala.. Satu lagi tempat kat situ yang memang aku tak puas betul.. Boleh gelongsor.. Sebab batu situ memang Best. Aku memang takut, sebab air memang deras aku tak tahu keadaan dia sebenar dia macam mana. So abang aku cuba dulu.. Baru aku yakin sikit. Aku gelongsor dua kali ja.. Sebab abang aku ajak turun bawah balik.

Kalau dekat memang aku p lagi. Tapi tu lah kat Johor 

harith sesi pagi

Tahun ni harith darjah 4. Sebelum ni dia sek sesi ptg. Bila dah darjah 4 sesi pagi. Pukul 6.30 dah kena siap sebab van nanti mai ambik dia hantar p sekolah.  Aku macam bertabah lah harith. Waktu aku sek rendah aku x ingat p pukul berapa. Tapi waktu sek menengah 7  paling awal. Tu pon awal tahun ja.. Sebab nak cari tempat duduk yg aku suka. Lepas  tu memang p sekolah lewat. 5 minit sebelum perhimpunan mcm tu baru bertolak dari rumah. Sek belakang rumah ja. Hanya sekali ja kena panggil p depan siap bawa basikal sbb mai lewat 😂. 

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...