Sabtu, 31 Mei 2014

ISSI

aku nak cerita pasal ISSI. dia seorang yang aku kenal. hahaha. ok... memang lah aku akan cerita tentang orang yang aku kenalkan. erm...  apa yang istimewanya dia  yang menyebabkan aku mahu cerita pasal dia. dia adalah orang  yang kedua yang menyebabkan aku rasa kagum dengan lelaki. maksud aku selain ayah dan abang aku lah.  sebab dia gentleman kot. orang kedua selepas shazrul. shazrul aku kagum dengan dia sebab sikap dia kat adik dia. yang ISSI ni sbb dia pada wanita. bagi aku dia hormati wanita. ye lah, kawan aku bawa barang yang agak berat. tanpa dia tanya, dia terus tolong angkat barang tu. kiranya dia memang gentleman kot. dan ada lah lagi yang lain. bagus kot dia. so. aku rasa sangat untung sapa yang dapat dia. rupa pon ada. dan aku rasa, dia pon pandai masak. erm.  dan dia still orang yang awal datang. kata meeting tu pukul 8.30 malam. tepat pukul 8.30 malam dia tanya aku bilik  meeting no berapa. so. aku malulah gak kat situ, orang yang patut datang awal, yang datang lewat. erm. jujur aku kata, susah nak jumpa laki macam nie. dan aku rasa dia seorang jenis penyabar gak lah. hahaha

Jumaat, 16 Mei 2014

rindu zaman sekolah Sanglang

rindu zaman sekolah sanglang. bawa basikal. makan buah sambil bawa basikal. sembang dengan pakcik guard. teringat kenangan buah nangka. teringat kes bunga raya. teringat kes ponteng kelas. teringat cikgu matematik sebab dia kasi duit raya. hahaha. teringat kes-kes aku dengan kawan aku kat surau. dan yang paling aku rindu saat main hujan waktu tingkatan tiga 

Rabu, 14 Mei 2014

ambil tahu walaupun tak memahami

kadang-kadang kita susah nak luahkan apa yang ada dalam hati. susah. bila kita cuba luah pada seseorang, kita harap dia akan faham. tapi… kehidupankan… dia tetap tak faham. hahaha. sangat sakit. jadi, jangan terlalu mengharap agar dia akan faham apa yang ada dalam hati kita. tapi aku masih mengharap walaupun dia tak faham, tapi tolong tanya. bila seseorang itu mula cerita, bukan dia saja-saja nak cerita. dia mahu ada seseorang bersamanya melalui apa yang diarasa. cukuplah ambil berat walaupun tak memahami. ambil berat. sampai satu saat, kita letih untuk luah pada orang yang sama. kehidupan nurul. kehidupan. dan kau juga bukan manusia yang memahami kawan-kawan kau, nurul,
jadi luah pada sepatutnya, iaitu Allah. 
ingat Dia selalu. Dia takkan kecewakan kau, nurul 

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...