Isnin, 28 Januari 2013

kesian2

aku selalu tengok cerita korea. selalunya cerita korea mesti ada hero pertama dan kedua. heroin pertama dan heroin kedua. selalunya aku akan suka lelaki yang tak akan bersama heroin pertama. aku cukup kesian tengok laki macam tu.  mungkin sebab dia tak dapat orang yang dia cinta. erm...

kesian betul...erm... tapi nak buat macam mana...d ah jalan cerita macam tu kan.


Rabu, 16 Januari 2013

...

erm... baiklah perempuan tu, sanggup dia korbankan diri untuk orang yang dia sayang. erm...

...

tulah... lain kali kalau dah ada kekasih bagi tahu mak ayah. jangan hanya bercinta sendiri. bercinta nie bukan hanya memerlukan dua jiwa manusia, memerlukan banyak jiwa.


Ahad, 13 Januari 2013

kosong

kadang kala aku rasa macam nak je tak ada perasaan.kosong, tapi still tolong orang kalau memerlukan pertolongan.

Jumaat, 11 Januari 2013

kosong

KOSONG

benda alah

aku tahu benda alah itu sangat-sangat penting dalam hidup aku. tapi masalahnya aku cukup-cukup tak suka benda alah tu. tak boleh ke kalau aku tak buat. biarlah aku buat dengan ikhlas, kalau dipaksa aku rasa macam arhhhh.

aku rasa tak mustahil kalau aku adi gila sebab benda alah tu. aku bukan nak minta lah. erm

aku tak mau buat

tapi tetap kena buat.

bla bla dan bla

tension betul aku

di sebalik sesuatu halangan

kadang kala bila kita ingin membuat sesuatu pasti ada yang halang. tapi pasti ada hikmhanya di sebalik halangan tersebut.

 ada satu kisah nie, perempuan nie dan lelaki nie selalu berhubung. pada mulanya mereka tak rapat, tapi lama-lama mereka rapat di sebabkan kemudahan teknologi yang serba canggih ini. pada mulanya perempuan nie memang suka lelaki nie, tapi lama-lama dia anggap lelaki kawan je. daripada menggunakan nama perempuan ini dengan lelaki ini bertukar menjadi aku-ang. semakin lama, semakin mereka berbual dengan mesra. kadang kala perempuan nie serba salah juga atas sebab-sebab tertentu. tapi mereka masih berbual dengan mesra. sampai satu saat tiba-tiba perempuan nie asyik ingatkan lelaki nie. mungkin perasaan itu kembali semula. sebelum ini lelaki ini selalu mengusik perempuan nie, oleh sebab itu perempuan ini ingin memberitahu perasaan dia pada lelaki tersebut, tetapi sebelum sempat dia memberitahu, lelaki ini meluahkan perasaan yang tersimpan di hati dia. lelaki ini memberitahu yang dia masih sayangkan ex dia. maka perempuan ini tidak menjadi meluahkan perasaan dia pada lelaki itu. perempuan ini langsung tidak sedih dan sangat-sangat bersyukur kerana dia dapat tahu yang lelaki itu masih sayangkan awek dia. perempuan ini menggalakkan lelaki itu berusaha dapat gadis yang dia cintai.

bagi aku, kiranya perempuan ini taklah malu sebab dia tak bagitahu lagi perasaan dia pada laki tu. katakanlah yang laki tak bagitahu, mesti perempuan tu malu dan mungkin hubungan persahabatan mereka terjejas. di sebalik halangan untuk dia luahkan perasaan dia tu, pasti ada hikmahnya. macam aku kata tadi, perempuan tu taklah malu. mungkin diorang tak ada jodoh, tapi tak tahulah nanti-nanti. mungkin jodoh dia lebih baik daripada lelaki itu. mungkin

setiap halangan yang terjadi, pasti ada hikmahnya. tapi kita kena pandai hadapinya. kadang kala kita tak akan nampak, hinggalah kita merasai hikmah tersebut.

dan banyak lagi sesuatu kejadian yang mempunyai halangan dan membawa pelbagai hikmah kepada kita tanpa kita sedari. hikmah yang umum bagi aku, nak dekatkan diri kita pada Allah.

selain itu, aku rasa meningkatkan keyakinan diri kita dan banyak lagi hikmah-hikmanya.

yang penting, kita buat yang terbaik apa yang kita fikirkan. redha apa yang telah jadi sama ada kita hendakkan atau sebaliknya.

:)


Rabu, 9 Januari 2013

kisah

bila kita cerita tentang sesorang yang kita cinta, pasti kita akan asyik cerita tentang dia pada kawan-kawan kita. macam kawan aku nie, selalu cerita dan tak jemu nak cerita. siap mengadu kat aku lagi. erm.. itulah adat bercinta. mungkin.

bila kita bercinta dengan dengan orang agak alim, mesti dia akan nasihat diri kita. untung sesiapa yang dapat kekasih hati macam tu. kawan aku, punya pakwe mesti dok nasihat kawan aku kot. erm... untung. :D

kawan aku nie, akan cerita tentang diri dia dan pakwe dia. aku hanya dengar  dan baca je cerita dia. lagipun aku memang suka cerita cinta orang. tapi, ada sesetengah orang aku tak beberapa suka juga, tapi aku dengar je lah.

aku tak kisah kalau kawan aku nak cerita. sungguh aku tak kisah. tapi, aku cukup-cukup sedih bila aku cerita tentang diri aku. tapi dia tak beberapa ingat. nak kata aku banyak cerita tentang aku, aku rasa taklah sangat. sikit ja. tapi, bila aku ingatkan dia tentang cerita aku tu, dia boleh tanya balik. aku waktu memang sangat-sangat sedih. aku bukan nak harap dia ingat semua cerita aku pun, tapi cerita tu baru je kot. tak sampai sebulan aku cerita kat dia, tapi dia lupa. erm... kadang-kadang memang aku rasa sakit juga hati ini. tapi aku kena ingat, susah orang nak memahami diri kita. itulah hakikat sebuah kehidupan.

kadang-kadang aku rasa sangat-sangat malas nak cerita apa yang aku rasa, yang aku dok pendamkan. rasa sangat malas, sebab aku takut orang anggap cerita yang aku tu tak penting. dan aku rasa memang betul. kisah aku tak penting macam kisah mereka.

aku tak marah, cuma rasa sedih ja. terutama orang kita kenal sudah bertahun. bertahun. bukan setahun dua. tapi bertahun. itu pasal aku lebih luah kat blog je. dulu dok tulis dalam buku, hahaha...erm... kadang-kadang aku merapu kat facebook, twitter  :D

memang susah nak memahami seseorang kan??

aku sampai ambil masa juga untuk hilangkan rasa sedih tu kat dia. tapi aku masih je dengar kisah-kisah dia. :D selamat aku memang suka dengar cerita-cerita dia :D

aku... kena pujuk diri aku sendiri.

mungkin salah aku juga

erm...




Isnin, 7 Januari 2013

kecewa kecewa

aku rasa macam tak jadi je nak p...erm... semua ada hal.... masa pulak tak tentu. erm... kecewa betul. ermm. kalau nak p dengan group nie ada masalah sikit, ada yang tak sudi atau yang tak ikhlas. kalau nak p dengan group satu lagi ada yg tak boleh p. bila sorang tak boleh p, yang lain mesti macam tak mahu p. kecewa betul aku. sudah berbulan-bulan aku tunggu. tapi macam tak boleh. erm... betullah apa yang dikatakan kawan aku, kita jangan rancang awal-awal, nanti tak menjadi. kalau nak p, rancang hari nie, esok p. erm

ikutkan hati aku nie, nak je ajak azizah je p. tapi takkan kami dua je. bahaya juga. erm.....

ada kemajuan jugak :D

sudah habis dua cerita, tapi masih banyak yang belum aku selesaikan. erm... aku rasa memang aku akan habiskan sepanjang tempoh nie. erm... tak tahu nak buat apa dah. lagipun okey juga dihabiskan selagi boleh habiskan. aku suka memulakan tapi  tak ada tamatnya. erm... selalu macam tu. lama sudah aku biarkan macam tu sahaja.


Ahad, 6 Januari 2013

AdaMu - Najwa Latif (Encik Mimpi Cover)

cinta dari zaman kanak-kanak

aku ada baca komik... pastu aku terfikir susah jugak nak cari cinta yang bermula sejak kecil lagi. maksud aku macam A nie sudah cintakan B nie sejak kecil. memang ada. tapi bagi aku tak banyak pun. kebanyakkan cinta waktu diorang remaja atau dewasa. tapi sejak zaman budak-budak jarang ada... erm...

bagi aku macam wah je bila dia cintakan seseorang itu sejak kecik. ya lah... kira lamalah cinta itu sudah ada. hahaha.


Sabtu, 5 Januari 2013

terima kasih :D

bila aku baca balik, macam nak tergelak. tapi itu memang kenangan yang terindah walaupun kadang kala tak indah mana pun. hahaha... tapi aku sangat-sangat bersyukur ada kenangan macam tu. sebab aku terhibur dikala hati sedang duka... cewah ayat... hahaha. tapi betul aku sangat bersyukur ada kenangan macam tu.

감사합니다
merci
ありがとう
grazie
شكرا
thanks
terima kasih

:D

benci

aku rasa aku betul benci... tapi perasaan tu kena buang dengan segera kerana perasaan itu tak baik. jadi kita kena mengatasinya agar perasaan itu tidak terus ada


:D

aku selalunya apa yang aku ingin pasti tak akan dapat. tapi aku tak kisah sangat sebab aku tahu Allah akan memberi yang terbaik :D. jadi aku nak tengok apa yang aku harapkan esok akan terjadi atau tidak. hahaha... aku dapat rasakan tak akan terjadi apa yang aku harapkan. :D semoga aku akan buat yang terbaik dan boleh buat bukan sahaja esok dan hari seterusnya bersama dengan kawan aku. :D

Jumaat, 4 Januari 2013

poligami

aku betul-betul tak suka cerita yang kisah poligami. aku rasa kebanyakkan perempuan pasti tidak suka poligami. lainlah kalau perempuan tu betul-betul tak kisah dia dimadukan. tapi aku... memang aku tak bolehlah. baca cerpen atau novel pon aku tak suka. inikan kalau di takdirkan aku betul-betul dimadukan. aku tahu poligami itu tak salah. tapi, susah nak ikhlaskan hati aku untuk dimadukan. sungguh aku tak sanggup.

ada satu cerita poligami nie... cerpen... klik

banyak lagi cerita yang poligami

tapi aku memang pandang mulialah sapa yang memang ikhlas hidup dalam poligami nie. bagi aku memang susah nak ikhlaskan hati untuk dimadukan.

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...