Jumaat, 11 Januari 2013

di sebalik sesuatu halangan

kadang kala bila kita ingin membuat sesuatu pasti ada yang halang. tapi pasti ada hikmhanya di sebalik halangan tersebut.

 ada satu kisah nie, perempuan nie dan lelaki nie selalu berhubung. pada mulanya mereka tak rapat, tapi lama-lama mereka rapat di sebabkan kemudahan teknologi yang serba canggih ini. pada mulanya perempuan nie memang suka lelaki nie, tapi lama-lama dia anggap lelaki kawan je. daripada menggunakan nama perempuan ini dengan lelaki ini bertukar menjadi aku-ang. semakin lama, semakin mereka berbual dengan mesra. kadang kala perempuan nie serba salah juga atas sebab-sebab tertentu. tapi mereka masih berbual dengan mesra. sampai satu saat tiba-tiba perempuan nie asyik ingatkan lelaki nie. mungkin perasaan itu kembali semula. sebelum ini lelaki ini selalu mengusik perempuan nie, oleh sebab itu perempuan ini ingin memberitahu perasaan dia pada lelaki tersebut, tetapi sebelum sempat dia memberitahu, lelaki ini meluahkan perasaan yang tersimpan di hati dia. lelaki ini memberitahu yang dia masih sayangkan ex dia. maka perempuan ini tidak menjadi meluahkan perasaan dia pada lelaki itu. perempuan ini langsung tidak sedih dan sangat-sangat bersyukur kerana dia dapat tahu yang lelaki itu masih sayangkan awek dia. perempuan ini menggalakkan lelaki itu berusaha dapat gadis yang dia cintai.

bagi aku, kiranya perempuan ini taklah malu sebab dia tak bagitahu lagi perasaan dia pada laki tu. katakanlah yang laki tak bagitahu, mesti perempuan tu malu dan mungkin hubungan persahabatan mereka terjejas. di sebalik halangan untuk dia luahkan perasaan dia tu, pasti ada hikmahnya. macam aku kata tadi, perempuan tu taklah malu. mungkin diorang tak ada jodoh, tapi tak tahulah nanti-nanti. mungkin jodoh dia lebih baik daripada lelaki itu. mungkin

setiap halangan yang terjadi, pasti ada hikmahnya. tapi kita kena pandai hadapinya. kadang kala kita tak akan nampak, hinggalah kita merasai hikmah tersebut.

dan banyak lagi sesuatu kejadian yang mempunyai halangan dan membawa pelbagai hikmah kepada kita tanpa kita sedari. hikmah yang umum bagi aku, nak dekatkan diri kita pada Allah.

selain itu, aku rasa meningkatkan keyakinan diri kita dan banyak lagi hikmah-hikmanya.

yang penting, kita buat yang terbaik apa yang kita fikirkan. redha apa yang telah jadi sama ada kita hendakkan atau sebaliknya.

:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...