Ahad, 29 Mei 2022

dibandingkan

Dah lama tak dibandingkan oleh mak aku...
Sekali mak aku bandingkan aku ngan budak 4/5 tahun. Tapi masalah betul lah 😅🤣

Jumaat, 20 Mei 2022

Mr. sunshine


Cerita ni dah lama aku nak tengok. Baru mood nak tengok tu baru ada. Tapi tak tahu lah akan tengok sampai habis ke tak

Rabu, 18 Mei 2022

kawan lelaki

Tadi tersempak dengan kwn satu kelas waktu sek rendah. 'uishh dah lama tak nampak dia'
Waktu sekolah rendah pernah masuk Bilik PK sebab gaduh ngan dia.Tapi yang kena rotan dia, padahal aku yg mula gaduh dulu.
Ada sekali tu jumpa budak satu kelas sek rendah yg lain lah.Sebab  nak bebaik  motor.  Mula2 nak buat tak kenal. Sebab segan nak tegur lah. Tapi dia yg tegur dulu.Rasa awkward betul nak cakap.Terus bahasakan diri 'saya'.  Kitorang satu kelas waktu zaman sek rendah.  sek menengah kelas asing dah. Diorg pulak laki, mmg  segan nak tegur lah.Tapi dari dulu sampai skrg mmg susah nak sembang ngan org laki. Waktu uum. Pon dok sembang dengan budak laki yg ada dalam kelab ja atau yg group tertentu

Tapi ada orang tertentu aku rasa tak segan nak tegur.

Sem 1 aku ada minta tolong Farhan ni. Benda yang minta tolong tu mudah ja. Tapi sebab aku jenis mudah gelabah memang aku minta tolong lah. Sebab aku rasa dia macam hebat. Hahahha aku minta dia  burn dvd kalau tak silap aku. 'benda ni pon takut nak buat'. Hahahaha. Pastu aku ada add dia fb. Tapi dia  approve pon. So waktu nak last sem macam tu,  aku pon x pasti sangat. Aku  tegur dia pasal dia approve  fb aku. 'sampai hati tak approve fb aku' pastu dia kata tak ada pon... Pastu dok sembang pasal tu lah.  Pastu tak lama tu dia pon approve fb aku..  Waktu praktikal aku tegur dia kat fb. Tanya pasal praktikal. Pastu lepas praktikal ada sekali juga kot chat ngan dia. Pastu memang tak  chat lah. Segan.

Waktu kat Uum aku tak banyak sangat sembang ngan budak laki. Selalu sembang ngan Hadi, Imran  sebab kami satu EEP..  Pastu kalau satu kelas mmg dok tegur juga sembang pasal study...  Iskandar, Amin, Wan, amirul Kelantan sebab kami satu kelab multimedia.. Jadi memang kena tegur lah.


Budak laki  yg  lain sama kos  memang aku tak sembang. Silap2 diorg tak kenal atau tahu nama aku. 

Aku ngan budak perempuan waktu uum yg sama kos.. Memang aku sembang sakan lah. Tambah kebanyakan dok satu penginapan yg sama. So memang rapat. Tambah2 ada assignment yg tak tahu. Memang bincang lah kat lounge atau kat surau. 

Selasa, 10 Mei 2022

hanya aku yang suka

Aku suka... Bila aku sorang ja ada perasaan tu.. Tak terlibat orang lain... Dia tak tahu tak pa. Sebab tu hanya jadi masalah aku ja. Dan benda ni jadi mudah sbb berlalu begitu saja. Best kot suka seseorang tu diam-diam... Bila benda ni hanya melibatkan diri sendiri sahaja... Dia ada cara dia sendiri 😅

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...