Jumaat, 31 Ogos 2012

LUPA

erm... sebab aku lupa, kawan aku dah marah kat aku. erm... salah aku. sorry. aku terlupa nak bagitahu dia. kalau aku bagitahu dia, mungkin dia akan ikut. erm...

Jumaat, 10 Ogos 2012

2 gadis 1 lelaki

aku selalu lihat seorang lelaki dan dua wanita rapat dan aku juga tengok video klip lagu kisah macam tu juga serta baca cerita sebegini. bagi aku, kalaulah lelaki itu cintakan kawan baik kita, mesti sakit sangat hati ini. tapi, entahlah

sedih itu pasti. sedih sangat. tambah-tambah kalau lelaki itu berbual mesra di depan kita dengan kawan baik kita itu. sedih. kawan kita juga cerita tentang lelaki itu kepada kita. cerita itu dan ini. sakit. mungkin kita sukar untuk luahkannya. sebab kita tak tahu nak luah pada siapa.

kita pasti dalam keadaan serba salah apabila berada di antara mereka berdua.

dan lagi sakit di hati apabila sahabat kita itu minta tolong untuk rapatkan dirinya dengan lelaki itu.

adakah kita akan menolong atau buat bersahaja???

cinta itu bukan kita boleh kawal. kita tidak boleh memaksa cinta itu untuk kita.


Khamis, 9 Ogos 2012

perempuan yang berani dan malu untuk meluahkan perasaan cintanya

aku baru lepas baca cerpen Cinta Yang Terlewat. korang boleh klik kat link INI. cerita dia kisah perempuan yang mencintai seorang lelaki. dia cinta lelaki itu sudah lama. dia masih menanti sehinggalah lelaki itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan kawan perempuan tersebut. sebenanyar sebelum ini lelaki itu juga pernah mempunyai perasaan sayang terhadap perempuan itu tapi mungkin di sebabkan ego dan malu, diorang hanya pendamkan perasaan. kalau nak tahu cerita sebenar, trylah baca :D

perempuan ini mungkin ada yang berani dan malu untuk meluahkan perasaan terhadap seseorang itu. perempuan yang malu itu hanya pendamkan perasaan dia. mungkin bagi dia, biar lelaki yang luahkan perasaan dan dia mungkin tidak mahu dikatakan 'perigi mencari timba'. mungkin dia juga rasa dia tidak layak untuk lelaki itu. mungkin dia yakin bahawa lelaki itu tidak mencintai dia. mungkin perempuan itu tidak mahu tali persahabatan terputus di sebabkan dia meluahkan perasaan dia.

perempuan yang berani meluahkan perasaan dia terhadap seseorang lelaki itu bagi aku bagus lah. mungkin dia ingin tahu cinta berbalas atau tidak. mungkin dia tidak mahu orang lain merampas lelaki itu sebelum dia berusaha mendapatkan. mungkin dia tidak mahu menyesal jika lelaki itu sudah menjadi milik orang lain sebelum dia luahkan perasaan dia. mungkin dia ingin luahkan perasaan dia itu agar dia dapat lupakan lelaki itu.

bagi aku, aku tak kisah seseorang perempuan itu ingin simpan atau ingin luahkan perasaan dia pada lelaki yang dia cinta. sebab itu keputusan dia. orang lain boleh bagi pandangan tentang perlu atau tidak dia luahkan perasaan itu. tapi yang mahu ambil tindakan dan keputusan adalah diri  sendiri. setiap apa yang dia inginkan dan buat keputusan adalah tanggungjawab dia sendiri. orang lain tidak boleh paksa dia.

kalau dia ambil tindakan untuk pendamkan perasaan dia dan akhirnya lelaki itu akan menjadi hak milik orang lain dia tak boleh buat apa-apa. sebab itu adalah keputusan dia. siapa suruh dia tak luahkan. dia hanya menunggu. kalau masih menunggu tanpa membuat apa-apa, perjalan cinta dia dan lelaki itu hanya berlalu macam itu sahaja.  kalau dia berusaha sedikit mungkin dia akan mendapat habuannya. mungkin lelaki itu juga meluahkan perasaan dia. kalau lelaki itu meluahkan perasaan dia mungkin penantian itu tidak sia-sia. bagi aku kalau seseorang itu hanya pendamkan perasaan dia dari luahkan, dia perlu sedia apa yang akan terjadi. dia tidak boleh nak menangis bagai nak dunia ini dah nak kiamat. dia perlu bersedia bahawa dia mungkin akan kecewa.

kalau seorang perempuan itu meluahkan perasaan dia terhadap lelaki yang dia cinta dia perlu ada keberanian. dia juga perlu tahu kesan daripada tindakan dia itu sama ada lelaki itu terima atau tidak. kalau dia ditolak, dia perlulah terima dengan hati yang terbuka. dia tak boleh memaksa lelaki itu terima cinta dia. cinta itu bukan boleh dipaksa. macam mana dia usaha pon, kalau telah ditakdirkan lelaki itu bukan milik dia, dia tidak boleh buat apa pun. kalau lelaki itu terima, tahniahlah. sekurang-kurang tidak sia-sia keberanian dia untuk luah perasaan dia itu

bagi aku, kalau perempuan itu hanya pendam atau berani ingin luahkan perasaan dia telah di takdir perempuan itu dan lelaki itu bersama, tetap akan bersama. tak perlu nak luah atau pendamkan. masalahnya cara yang kita bersama dia.  sama betul atau tidak sahaja.

hidup ini bukan seperti cerita yang di buat oleh seseorang penulis. apa yang dia harap pasti akan terjadi. mustahir bagi aku untuk jadikan cerita itu sebagai realiti, lainlah kalau penulis mengambil pengalaman kisah cinta yang sebenarnya menjadikan sebuah cerita.






Khamis, 2 Ogos 2012

takdir

macam mana kita cintakan seseorang itu. macam mana kita usaha untuk bersama dia. macam mana balasan cinta terhadap kita. tetapi jika telah di takdirkan dia bukan milik kita, pasti tidak akan terjadi.

cinta itu mungkin indah. tetapi lagi indah jika cinta itu kepada orang sepatutnya.


aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...