Ahad, 28 Oktober 2012

afifah

aku sebenarnya tak tahu nak gelak ka sedih ka... apa-apa ja kan...  sebab selalu ada salah faham yang berkaitan dengan nama aku. erm... aku tak kisah pon. dalam hidup aku ada 4 orang temasuk diri aku yang aku kenal.

nurul a'fifah - aku
nur afifah- kawan aku dari sekolah rendah, selalunya panggil afifah meli. sebab senang nak beza aku dengan dia. meli tu nama ayah dia.
afifah nurfahanis-kawan aku tingkatan 6. orang panggil dia pipah. selalunya aku malas nak mengaku kalau orang panggil aku pipah, sebab aku nak diorang panggil aku  nurul. tapi kawan-kawan aku yang sudah lama lenal aku still panggil aku pipah sebab dah biasa. tapi kalau boleh aku nak kawan-kawan aku panggil nurul
aina afifah- cucu jiran aku. baru 3-5 tahun lah. mak aku panggil dia aina

ada lah manusia selalu salah faham aku nie afifah kawan-kawan aku tu lah. selalunya aku akan pastikan dulu lah. aku takut diorang salah faham. dan selalunya memang ada salah faham pon. hahaha. kesian jugak aku dengan diorang... nasib koranglah.

ramai juga guna nama afifah .  memang famous betul nama afifah nie... hahaha... :)

Ahad, 21 Oktober 2012

menanti dan berharap

sehari demi sehari aku semakin berdebar. aku semakin takut. aku harap sangat perkara itu tak akan terjadi. aku tak tahu macam mana nak hadapi kalau betul

aku berharap

semoga bukan seperti apa yang aku fikirkan

Jumaat, 19 Oktober 2012

menanti

ada seorang kawan aku nie, suka menanti sesorang itu. bagi aku, ok ja kalau nak menanti si dia. tapi, jangan lupa orang yang ada sekeliling kita. mungkin ada lagi yang lagi baik daripada si dia. tapi kalau dah di takdirkan kawan aku dengan si dia tu ada jodoh, tak akan kemana.


kenapa tak cuba lupakan dia?? mungkin perasaan itu sukar untuk di kawal mungkin.

Isnin, 15 Oktober 2012

pergi atau tidak

esok.... nak  pergi atau tidak??? kalau pergi kena keluarkan duit...erm... duit kat aku dah lah cukup-cukup makan ja dalam minggu nie. erm...  tapi kalau tak pergi, dok terbayang roti tu.... sedapnya... erm... tapi aku malas nak bawa motor. kan best kalau Azizah nak pergi sama. erm....

erm...

aku ingat masalah ini akan selesai. tapi rupa-rupanya tak lagi. aku tak tahu sampai masalah ini akan berterusan. aku rasa dah malas dah.erm. apa-apa pon aku harap dia dan mereka akan berbaik. 

erm... tak tahulah sama ada rancangan selepas STPM akan tetap berterusan. erm... aku harap akan tetap berterusan juga.

Jumaat, 5 Oktober 2012

letih

aku rasa aku memang dah letih dah dengan semua nie. aku takut, sampai satu saat aku pula yang mengalah. aku tak tahu macam mana nak satukan semula hubungan nie. aku tak larat dah nak jadi kuat antara kita semua. erm. aku tak kata aku baik sangat, dan tak kata aku jahat sangat. erm. aku tahu setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. aku tahu setiap hubungan terutamanya bila dah ramai-ramai pasti akan ada yang terasa hati. aku tak kata aku tak pernah terasa dengan korang, tapi aku malas dah nak layan perasaan nie. apa yang aku fikirkan, biarlah aku je yang dok terasa, jangan aku pula bagi korang terasa. kalau aku ada kasi korang terasa, aku minta maaf. sungguh aku tak sengaja. aku tahu, ada sampai satu saat bila kita tak tahan dah dom simpan perasaan terasa itu, kita akan diamkan diri je. kalau kita terus diamkan diri, sampai bila nak selesai masalah nie.


aku tak tahu dah nak buat macam mana. aku tak berat sebelah pihak je. bila aku nasihat, aku akan nasihat pada kamu, dia, mereka dan diri aku juga. aku tak akan dengar sebelah pihak je. 

aku memang tak suka keadaan kita macam nie. susuh. susah nak buat aktiviti bersama. macam mana rancangan kita selepas STPM??? jadi atau tak??? aku dok tunggu saat-saat tu. adakah akan tercapai??? aku harap akan tercapai. macam-macam kita dah rancang, tapi kalau keadaan kita semua macam nie, macam mana??? 

aku tahu Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu. aku juga tahu bahawa di sebalik ujian yang Dia berikan, pasti ada hikmahnya. cuma mungkin kita tak nampak lagi.


aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...