Jumaat, 5 Oktober 2012

letih

aku rasa aku memang dah letih dah dengan semua nie. aku takut, sampai satu saat aku pula yang mengalah. aku tak tahu macam mana nak satukan semula hubungan nie. aku tak larat dah nak jadi kuat antara kita semua. erm. aku tak kata aku baik sangat, dan tak kata aku jahat sangat. erm. aku tahu setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. aku tahu setiap hubungan terutamanya bila dah ramai-ramai pasti akan ada yang terasa hati. aku tak kata aku tak pernah terasa dengan korang, tapi aku malas dah nak layan perasaan nie. apa yang aku fikirkan, biarlah aku je yang dok terasa, jangan aku pula bagi korang terasa. kalau aku ada kasi korang terasa, aku minta maaf. sungguh aku tak sengaja. aku tahu, ada sampai satu saat bila kita tak tahan dah dom simpan perasaan terasa itu, kita akan diamkan diri je. kalau kita terus diamkan diri, sampai bila nak selesai masalah nie.


aku tak tahu dah nak buat macam mana. aku tak berat sebelah pihak je. bila aku nasihat, aku akan nasihat pada kamu, dia, mereka dan diri aku juga. aku tak akan dengar sebelah pihak je. 

aku memang tak suka keadaan kita macam nie. susuh. susah nak buat aktiviti bersama. macam mana rancangan kita selepas STPM??? jadi atau tak??? aku dok tunggu saat-saat tu. adakah akan tercapai??? aku harap akan tercapai. macam-macam kita dah rancang, tapi kalau keadaan kita semua macam nie, macam mana??? 

aku tahu Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu. aku juga tahu bahawa di sebalik ujian yang Dia berikan, pasti ada hikmahnya. cuma mungkin kita tak nampak lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...