Sabtu, 27 April 2013

susah nak puaskan hati semua orang dan kita

hidup ini susah nak puaskan hati semua orang termasuk diri kita sendiri. memang tak semua perkara yang terdapat dalam dunia yang sempurna, pasti akan ada kekurangannya.  di sebalik kebaikkan pasti ada juga keburukkan. contoh ubat yang di ambil di hospital atau sebagainya, memang ubat itu penawar untuk penyakit, tapi dalam jangka panjang, mungkin juga kita akan mendapat penyakit kesan daripada pengambilan ubat berterusan atau sebagainya. contoh penyakit buah pinggang.

hidup nie memang tak indah mana, tapi kita boleh mengindahkannya. jangan anggap semua perkara yang memberi kita kesusahan itu memberi kesan yang tak baik kepada kita. kadang kala, kesusahan yang kita alami itu memberi sejuta makna dalam hidup kita. cuma kita saja mungkin tak sedar.

kita selalu mendengar yang 'Allah memberi dugaan atau ujian pada kita sebab kita mampu hadapinya dan di sebaliknya pasti hikmahnya. cuma masa yang tentukan.'

itu pasal kita kena terima dengan hati redha walaupun memang susah untuk kita terima.


selalunya bila kita nak cepat dalam sesuatu perkara, pasti macam ada yang melambatkan kita. waktu itu perasaan marah pasti ada dalam diri kita. memang kena sabar selagi boleh, kalau dah tak boleh, kenalah lepaskan perasaan itu waktu dan  tempat yang tiada orang akan terasa dengan kita.

memang susah  nak puaskan hati orang lain dan diri kita. tapi kita boleh buat yang terbaik untuk semua orang dan juga diri kita

Jumaat, 12 April 2013

diam dan mula?

aku akan lebih diam bila aku berdepan dengan seseorang perlu aku diamkan diri aku. kadang kala aku sengaja aku diamkan diri aku dari berbual dengan seseorang itu. dulu, aku cakap juga dengan seseorang itu, apabila aku mengambil tindakan untuk menjadi 'pemalu' aku terus kaku untuk berbual dengan dia. dan sekarang. aku hanya mampu melihat dia berbual tanpa melibatkan diri aku dalam berbualan dia.

aku memang mahu berbual dengan dia, tapi aku tak tahu nak berbual apa. aku rasa, aku tak perlu untuk berbual dengan dia. sebab aku lihat dia pun macam tak mahu berbual dengan aku. ya, memang kena salah seorag perlu mula berbual, kalau tidak, sampai bila-bila aku dan seseorang itu tak akan berbual.

perlukah aku yang memulakan perbualan???


BUKU ZINE

orang yang pemalas adalah orang suka membazir

mengharap mencuba

aku sentiasa mengharap dengan perkara yang selalu tak akan terjadi. senang kata, aku suka berangan-angan. mimpi di siang hari. aku harap aku mudah lupakan seperti mana mudahnya dia muncul. muncul tanpa disedari, dan pergi tanpa sedari juga.

kelu itu pasti bila terjadi pada aku. aku hanya mampu memandang.
kau dia dan mereka.

aku cuba tiadakannya
tapi sukar



bosan melupakan

bukan mudah aku lupakan
berkali-kali aku mencuba
dan terus mencuba
dan kau tetap muncul di depan aku

aku sudah bosan
bosan dengan perasaan ini
aku sangat harap dia berlalu
berlalu jauh dari aku


Ahad, 7 April 2013

:)

kadang kala bila kawan baik kita tahu yang kita cintakan seseorang dan tanpa kita sedari kawan baik kita juga sukakan orang yang sama, dia hanya pendamkan diri hinggalah kita tahu yang kawan baik kita itu cintakan orang yang sama kita cinta.

memang kita rasa marah dan kecewa kalau orang kita cinta itu rupa-rupanya cinta juga kwan baik kita. kita akan rasa marah sebab kawan baik kita cintakan orang yang kita cinta, tapi sebab kawan baik kita tak cerita perasaannya pada kita.

Jumaat, 5 April 2013

....

apabila sahabat kita yang sudah tenat sakit meminta tolong pada kita untuk bersama orang yang dia cintai. kita menolong dia. lama-lama kita benar-benar jatuh cinta dengan si dia itu. si dia itu tidak tahu bahawa kita mendekati dia kerana sahabat baik kita dan orang yang dia cintai.

kesian, dan cemburu kita akan rasai sebab sahabat baik kita mendekati si dia dengan rahsia dan dalam pengetahuan kita. kesian kerana, dia akan pergi selama-lamanya. cemburu, sebab ada orang mencintai si dia. tapi aku rasa mungkin akan lebih kesian.

kadang kala, kita perlu menyiksakan perasaan kita untuk melihat orang lain bahagia


aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...