Ahad, 13 September 2020

kita yang makin jauh

 

aku ada beberapa kawan yang aku rapat. ada yang dari zaman sekolah, ada yang semasa universiti, ada yang kenal dia di sekolah tapi mula rapat selepas dia keluar dari sekolah. 

bila dah rapat dengan seseorang itu, kita rasa takut nak kehilangan dia. sebab kita dah biasa dan selesa dengan dia. tapi, atas beberapa faktor makin lama, aku dan dia tanpa sedar menjadi 'silent'

aku tak nafikan, masing-masing ada kehidupan sendiri. ada yang berkerja, ada yang berkahwin, ada yang mempunyai tanggungjawab dia sendiri. dan aku tahu bahawa tak semua orang mampu ada setiap masa yang kau inginkan. aku cuba untuk tidak selalu mengganggu mereka. cuma bila ada masa, bila terjumpa, rasa kaku sangat. sampai satu masa rasa lebih baik tak jumpa daripada kita makin jauh. sebenarnya aku sedih bila ada dalam situasi macam ini. 

kami jarang jumpa, whatsapp pun jarang. bila jumpa aku tak tahu nak berbual apa dengan dia. sebab rasa seolah-olah kami bukan berada di tempat yang sama. aku rasa aku dah berusaha untuk berbual, mencari topik. tapi entah lah. bukan semua pertemuan kami begini, cuma.. entah lah. 

mungkin salah aku tak usaha betul-betul mungkin. cuma kadang aku terfikir, bila aku cuba berusaha untuk rapat dengan dia, berhubung dengan dia...adakah aku mengganggu dia, aku tak nak rasa terhageh-hageh kat dia. sebab aku rasa kecewa kalaun dilayan. hahaha

kawan aku yang aku cerita ini, perempuan bukan lelaki. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...