Khamis, 10 September 2020

Klinik

4-5 minggu lepas, telinga aku macam permasalah sikit. aku tak selesa mendengar. bunyi lebih kuat. berdesing.  mula-mula aku pergi klinik yang dekat dengan rumah aku, klinik swasta tapi bukan yang pakar telinga lah. so aku dapat ubat titis air yang kena bubuh dalam telinga tu. dan beberapa lagi ubat biji. tapi doktor tu ada bagitau kalau telinga aku masih macam tu lagi, kiranya tak lega, aku kena pergi ENT.  selepas 3-4 hari macam tu telinga aku masih tak okay. jadi aku terlalu risau. sangat risau... maka aku pergi ke Klinik Ali. aku pergi dengan ayah dan mak aku. aku daftar pagi. sebelum aku ada 7 orang pesakit. staff suruh aku  datang pukul 11. mak ayah aku ada urusan lain, jadi terpaksalah aku kena tinggal. so aku tunggu kat area klinik tu.  UTC pon tak buka lagi.

dalam pukul 12 baru aku dapat jumpa doktor. aku suka gila klinik tu. aku rasa bila masuk bilik yang disediakan tu, umpama macam masuk muzium.  banyak peralatan yang tak pernah aku tengok. aku suka klinik tu. doktor dia pon best. malam tu aku memang tak boleh nak lena sebab aku risau. dan bila aku nak jumpa doktor aku gabra juga lah. dan yang paling aku tak suka adalah nak check tekanan darah. sebab selalunya kalau aku jumpa doktor, tekanan darah aku memang tak okay. tapi bila check kat rumah okay ja tekanan darah aku.  bila  jumpa doktor tu dia check lah telinga aku. pastu dia tengok tekanan darah aku tinggi, dia risau. dia siap buat surat rujukan supaya aku pergi ke klinik kesihatan. doktor ni pon bagi macam-macam nasihat kat aku, pasal pemakan, pasal telinga dan lain-lain lagi lah. doktor ni peramah. aku rasa selesa cakap dengan doktor ni. macam cakap anak dengan ayah.

jadi keesokkan harinya aku pun pergi klinik kesihatan, seperti biasa kalau aku check tekanan darah aku di klinik atau hospital, memang tekanan darah aku tak okay.  dah aku masuk bilik yang disediakan. jumpa doktor lelaki dan muda, aku rasa dia muda dari aku. pastu doktor ni pon tengok surat rujukan tu, pastu aku punya rekod yang lepas-lepas. pastu dia tanyalah macam-macam. apa yang aku suka pasal doktor ni, dia terang dengan jelas. aku pun selesa tanya soalan pada dia. dia jawab ja persoalan aku. dia terang apa yang patut aku lakukana , apa yang tak patut aku lakukan. kesan daripada tekanan darah tinggi. aku bagitau dia, yang aku mudah.. sangat mudah untuk stress. so dia tanyalah aku stress pasal apa. aku macam susah nak jawab, aku ambil masa juga lah nak jawab soalan dia tu. pastu aku kena buat ujian stress tu lah.  so, doktor tu suruh datang lagi 2 minggu dan aku kena check tekanan darah aku kat rumah. dua hari sekali aku kena check. 

dalam masa 2 minggu tu, aku jaga makan.. dari segi aku kurangkan garam dalam kehidupan aku dan lain-lain lagi lah. sebab aku suka kicap. so aku tak ambil kicap dah lama dah. huh. budu pon aku suka.  so, setelah aku jaga sikit pemakanan aku tu, bila aku check tekanan darah kat rumah aku normal ja.

selain aku jaga makan, aku cuba tidur dengan cukup dan beberapa cara lagi lah. aku check tekanan darah  pagi setelah aku bangun tidur. aku check sebelum aku sarapan. jadi sebelum aku keluar bilik setelah aku bangun tidur tu, aku check tekanan darah. banyak kali juga aku check. bukan sekali dua lah aku check. banyak kali. sebab kena tenangkan otak aku, badan pon kena dalam keadaan aku selesa. batu dapat keputusan yang okay bagi aku.

jadi, hari ini aku kena pergi klinik lagi untuk jumpa doktor pasal tekanan darah aku, keputusan dari darah dan urine test aku. so kesimpulan aku, semua ok dan normal.  aku dapat doktor yang sama juga yang sebelum ni. doktor tu bagitau, erm.. 'tengok dari apa yang check ka rumah ni tekanan darah okay. tapi tu lah bila datang klinik tinggi'. pastu dia bagitau memang ada orang yang macam aku datang klinik tekanan darah tu tinggi. so doktor tu kata okay ja aku. cuma kalau aku ak pitam ka, pening ka.. kena pergi jumpa doktor.

owh ya pasal telinga aku. alhamdulillah, semakin okay. aku dapat ubat dari klinik ali semua ubat biji. tak ada ubat titis. farmasi tu kata, bila bubuh ubat titis dalam telinga, tu yang telinga aku lagi berdesing tu. aku makan ubat memang aku  jaga time makan ubat. siap buat jadual bagai lagi.

bila aku balik dari klinik, aku semangat lah cerita kat mak aku apa yang doktor bagitau. tidur yang cukup salah satu perkara yang penting untuk kawal tekanan darah. sebelum ni aku memang tidur lewat, pastu mak aku kata 'jaga tidur' supaya tekanan darah aku okay. pastu aku pon kata diri sendir. 'jaga hati lagi penting'. huh. 

aku kena jaga hati daripada terluka. hahahaha. bengong betul aku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...