Rabu, 23 September 2020

aku dan anak jiran

waktu aku budak, aku tak main dengan kak aku, sebab diorang dah besar, tak nak amin dengan aku. jadi selalu juga aku main sorang-. kalau aku tak main sorang-sorang, aku akan main dengan budak-budak yang dekat dengan rumah aku. shahirah, epon, apit, amirul, nafizual, wahida.


kami main basikal, masak-masak, cikgu dan pelajar,jual beli, buat kolam, masuk hutan(kebun mempelam ja pon), dan macam lagilah.


sebelum aku mula rapat dengan diorang, aku main dengan alif  dan sepupu diorang. aku panjat pokok ceri dekat rumah tok ku. 


dan aku ingat juga anak saudara cikgu yang duduk depan rumah aku, nama dia pipah juga. dia mai sebab bercuti. jadi aku memang main dengan dia. depan rumah aku ada parit. so ada satu titi kayu, jadi aku dan pipah dok main lah dan lalu kat titi tu. entah macam mana, kasut aku jatuh dalam tu. aku rasa aku menangis kot. pastu tok aku tolong ambilkan. waktu ni tok aku dok rumah aku. aku rasa waktu tu mak ayah aku buat haji. tu pasal tok aku duduk sekali dengan aku dan adik beradik aku yang lain. lepas pipah tu balik rumah dia, memang kami dah tak berhubung, lagipun mak saudara dia pon dah pindah.

selain nama-nama yang aku sebut, ada lagi yang lebih kurang usia dengan aku. fahim, dan nana. diaorang tua dua tahun dari aku. 


mak aku selalu kata yang aku selalu main dengan fahim, tapi dalam ingatan aku, aku tak ingat langsung yang dok main dengan fahim. mak aku kata fahim dok panggil aku ajak main, sampailah mak dia, kata dok apa apa aku... macam tak soapanlah anak dara main dengan anak teruna orang. padahal aku kanak-kanak lagi kot waktu tu.  setiap kali mak aku ungkit pasal ini, mesti aku kata-tak pernah ingat pon main dengan fahim' tapi aku ingatlah beberapa kenangan aku dengan fahim. 


waktu tu dia dah pandai menunggang motosikal, jadi dok tayang dekat aku dengan nana. pastu ajak aku naik sekali, pastu aku menolak ajakan dia, sebab aku tak berani dan aku rasa segan. pastu aku suruh lah ajak nana. aku tak ingat dia ajak nana naik atau tak, dan aku tak ingat nana naik atau tak. selain tu, setiap hari raya haji buat korban. pastu dulu-dulu, diorang ada sembelih lembu tu depan rumah aku. pastu aku semangat lah nak tengok, aku pon berani juga lah nak tengok. aku dok semangat nak tengok lembu tu, pastu fahim tegur aku suruh kebelakang supaya jangan dekat. aku pon kebelakang lah. aku dengan fahim memang aku tak ingat aku pernah main dengan dia. sebab dia budak pandai, selalu duduk dalam rumah. sebenarnya sampai sekarang aku tak tegur dia pon. dengan mak dan kak dia ja aku sembang macam tu ja. tapi dia adalah orang yang lama aku dok usha, sampai kak aku dok usik lah. aku mula usha dia bila dia tanya pasal result upsr aku.  aku usha dia pergi balik sekolah SMKAH, pastu dia cuti waktu MRSM, dan cuti matrik, universiti sampailah dia kerja. sekarang dia dah kahwin dan ada anak seorang. dia kahwin bulan 2, 2019.. aku tak suka dia, aku cuma usha dia. hobi. 

orang yang aku suka semua huruf A. 4 orang yang aku suka, 4 orang tu nama dia A. sangat kebetulan.  kecuali yang first kot, sebab nama dia Ku Arif. tapi still A lah juga. yang lain-lain tu cuma crush ja., contoh hakimi dan lain-lain. huhuhu. 4 orang ini aku suka, dan dia ambil masa untuk aku lupakan. aku tak benci, aku still suka sebab aku suka diorang. lagipon aku ja yang suka diorang, diorang tak pernah pon suka aku. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...