Rabu, 23 September 2020

post aku yang dulu

baru-baru ini aku usha balik facebook aku yang dah lama aku tak post apa-apa kecuali share. sampai aku tengok balik facebook aku ini adakah facebook aku atau facebook kak munirah aku. sebab dia share post dia dan dia tag facebook aku.

hari ini aku tengok balik apa yang aku post. sungguh-sungguh aku rasa... wah... aduhai. hahaha. banyak yang aku post sebelum 2013. sebab aku banyak facebook sebenarnya. tapi facebook yang aku cerita ni memang aku jarang buka. gambar daun betik.

jujur aku katakan aku suka baca balik apa yang aku post. sebab aku fikir, 'owh, aku alami benda macam ini, oeh perasaan aku macam ni; dan macam-macam lagi perasaan aku bila aku baca balik. cuma dari segi ayat, memang tak matang, dan sekarang pon aku masih tak matang. cuma kalau dulu aku guna singkatan perkataan bila aku post, sekarang ini lebih guna ejaan yang penuh, cuma kadang-kadang terbabas juga guna singkatan.

perasaan aku sekarang ini, aku menyesal dulu aku tak tulis diari. cuma sekrang ini aku ada buku untuk tulis apa yang aku rasa. takkan aku nak post kat sini, padahal ada ja cuma aku jadikan draf.

bila aku balik apa yang post, aku tak sangka yang aku dah alami benda-benda yang macam tu, dan  aku hadap benda tu walaupun aku alami pelbagai perasaan. dan sekarang aku fikir, kalau dulu aku pernah alami perkara-perkara itu, tak semestinya sekarang aku tak akan alami. yang bezanya, macam mana aku hadap untuk hadapi perkara-perkara itu. ada perubahan atau masih sama membuat keputusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...