Sabtu, 23 April 2022

Switched at Birth (TV series)

aku tengah tengok cerita ni. baru S3E11. menarik juga jalan cerita dia. dua orang remaja perempuan tertukar semasa mereka masih bayi. dibesarkan oleh keluarga yang berbeza.


bila tengok cerita ni, entah kenapa rasa lain macam. bila jadi remaja, akan sentiasa buat keputusan melulu. dan selalu fikir hal diri sendiri.

 masing-masing ada masalah. cuma penyelesaian mereka membuat aku macam ... erhmmm.





budaya mereka jenis berterus terang. lantang bersuara. aku macam... bila diorang buat macam tu kadang ada hati yang tersakiti. tapi sebenarnya tak salah pun diorang buat macam tu. cuma cara. mereka luah apa yang mereka rasa.


aku selalu fikir, bila aku cakap, ada ja macam yang tak kena. kadang aku rasa penat nak bersuara. sebab aku rasa mereka still ada pendapat yang sama terhadap aku.  lama-lama aku diamkan diri. tak nak pertahankan diri. biar orang nampak salah aku ja. padahal memang salah aku pun


berbalik pada cerita ni. cerita menarik. sebab buat aku untuk belajar bahasa isyarat tangan.  cerita ini sangat-sangat pertengahkan orang pekak. so sangat bagus cerita ini, bagi aku. masih tak habis lagi. nanti nak sambung tengok. ada 5 season. sekarang aku tengah tengok season 3


aku tahu perubahan  yang baik sangat bagus. tapi kadang aku terfikir, perubahan tu juga boleh membuatkan orang sedih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...