Khamis, 21 April 2022

tulis dan luah ?

aku tak lah banyak kawan. tapi still ada kawan. tapi aku tak rasa yang aku boleh meluah apa yang aku rasa pada kawan aku. entah kenapa... mungkin aku tak yakin. atau.. mungkin aku takut dengan mereka terhadap aku.


aku tak boleh nak meluah apa yang aku rasa pada manusia yang aku kenal. 


banyak perkara aku nak cakap, cuma aku tak jumpa orang yang aku sesuai untuk bercakap. aku takut menyusahkan mereka. 


kadang bila aku dah bersedia nak meluah, aku dapat reaksi yang macam... 'okay, baik kau tak payah cerita'


sampai satu tahap, aku rasa, aku tak mahu pertahankan diri aku supaya mereka faham. sebab mereka tak akan pernah faham aku. lama-lama aku mendiamkan diri. angguk. sebab rasa penat.   aku rasa tak berguna untuk bercakap kalau akhirnya mereka akan  fikir aku yang salah. penat dan rasa sangat sedih sebab aku rasa seolah-olah tiada siapa yang akan sokong, akan ada dengan aku. jadi aku fikir lebih baik kalau aku diamkan diri, aku buat dono, aku buat tak kisah padahal aku tengah kisah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...