Khamis, 21 April 2022

twenty five twenty one (2521)

 



aku sebenarnya dah habis tengok cerita ni waktu hari pertama atau hari kedua puasa.. atau sebelum tu. aku pon tak ingat. huh. aku kan selalu buka tik tok, jadi video pasal cerita ni selalu naik juga. boleh kata aku tahu juga pasal cerita ni. jadi aku tahu yang cerita ni sad ending, tapi aku nak tengok juga.

aku jenis tengok cerita selepas dah smua episode dia tayang. sebab aku rasa lebih ada perasaan tu. cerita ni sangat-sangat kehidupan. aku sangat suka jalan cerita dia. masalah kawan, masalah family, masalah dengan diri sendiri.  aku sukaa cerita dia

ending dia... aku sangat harap diorang akan bersama. tapi tak. ending dia... buat orang berfikir. 


macam mana kita sayang pada orang tu, kalau dah takdir tak bersama. tak bersama.


aku sedih tau. sampai sekarang tak boleh move on lagi dengan cerita tu. 


tapi aku macam faham juga kenapa ending dia macam tu. kalau still bersama juga, tak tahu sama ada diorang akan bahagia juga atau tak. 


bukan semua drama akan happy ending.


macam tu juga hidup kita. hidup kita tak akan sentiasa bahagia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...