Ahad, 23 Ogos 2020

gelabah dan gelisah

jujur aku kata, aku banyak kekurangan. sangat banyak. antara masalah aku, overthingking dari dulu sampai sekarang. aku sangat mudah gelabah kalau kena hadap. aku cemburu pada orang yang tak overthingking. dia hadap perkara dengan hati yang tenang ja. aku tahu setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. tapi aku selalu fikir tak mudah untuk selesaikan masalah walupun benda tu kecil bagi orang lain.aku sangat mudah gelabah dan aku akan sentiasa gelisah. aku penat ada perasaan ini. aku tak mudah terima sesuatu benda jadi aku akan gelabah dan gelisah. sentiasa risau. aku tak yakin pada diri aku. 

aku tahu masalah orang lain lagi besar. aku tak tahu macam mana mereka hadap. aku memang mudah risau. aku kalau boleh tak nak risau. tapi tu lah aku salalu fikir. aku sangat takut  nak hadapi pada perkara yang akan menyakitkan hati aku. aku takut terluka. kadang akan cuba elak untuk dilukai. tapi kadang kita tak boleh nak elak dan dah terlambat untuk menghalang. kadang salah diri sendiri sebab biarkan perkara tu berlaku.

bila aku mudah risau, dan aku sentiasa risau, aku akan overthingking. hati aku tak akan tenang. pastu aku mesti menangis. sampai satu masa air mata pon tak mahu keluar, tapi hati sangat sakit menahan beban yang berat yang aku pendam. 

aku selalu fikir seronokkan kalau tak ada perasaan. tak payah fikir perasaan. tapi tu memang masalah. 

sampai satu saat aku tak tahu apa yang aku fikir. sebab aku fikir macam-macam, kemudian aku yang takut dengan apa yang aku fikirkan.

aku rasa, kalau hati aku boleh bercakap mesti dia kata ' sudah lah. aku penatlah jadi hati kau. sentiasa rasa terbeban' 

doakan aku sentiasa okay. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...