Rabu, 12 Ogos 2020

perasaan yang...

dalam 2 - 3 minggu ni,  perasaan aku macam tak menentu. huh. mula-mula sebab aku dengar lagu dari satu group ni. bila dengar banyak kenangan muncul. kenangan yang indah dan kenangan pahit. tapi still kenangan yang membuatkan aku yang aku kena sedar diri. aku tak boleh duduk di tempat yang selesa.

dalam masa yang sama kau tengok Gilmore Girls. cerita ni 2000. aku pun tak pasti kenapa dan macam mana ku boleh tengok cerita ini. tapi aku suka. aku suka tengok. aku tak skip episode. aku tak skip season. aku suka. sangat suka. aku suka perhubungan keluarga, masyarakat dan persahabatan yang terjalin. 

aku suka lihat hubungan 
-Lorelai + Rory. 
-Lorelai + Luke.
-Rory+ Jess.

tapi paling aku suka lorelai dengan luke. dan bila lihat hubungan mereka, aku rasa down. hahahah. aduhai.. kesian pada diri sendiri. hampeh. tapi hidup kena move on.  aku percaya yang akan jumpa someone yang macam Luke. aku sangat harap. 

Luke ni, dia ada sama ada Lorelai ni gembira  dan sedih. sentiasa ada. sentiasa ada satu sama lain. mereka kongsi cerita satu sama lain. mereka tahu yang mereka ada perasaan satu sama lain. tapi, aku rasa mereka takut hubungan tu terjejas, mereka pendam. sampai satu masa. Luke ambil tindakan untuk melangkah. yes. mereka next hubungan. setiap hubungan pasti ada masalah. tipu kalau tak ada. dan mereka ada. sampai satu masa Lorelai putus asa. hubungan mereka tiba-tiba tiada. masing-masing kehilangan. mereka move on dengan cara tersendiri.  tapi hubunga mereka ada happy ending. 

bila aku tengok cerita, aku suka tengok reaksi watak dan mata mereka bila lihat satu sama lain. sangat suka. mulut memang boleh menipu. tapi bagi aku, mata susah nak tipu. bila nak elak jumpa, mata masih mencari sebenarnya.

aku suka bila tengok watak tu mula nak kenal, mula nak jatuh cinta. sangat suka. tapi aku tak suka bila dah ada konflik. sebab aku turut rasa sakit. 

tapi sebenarnya bila ada masalah tu lah kita baru nak tahu sama ada dia akan turut kekal bersama kita atau pergi tinggalkan kita. kadang-kadang  perhubungan ni terpaksa melepaskan sebab tak mahu dia sakiti. ada cara yang salah ada cara yang betul. kadang kita rasa kita buat tindakan yang betul, tapi kita tak sedar kesan pada dia. 



semoga aku jumpa manusia yang baru. dengan perasaan yang baru. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...