Khamis, 21 Februari 2013

aku, kau, dia, dia, dan mereka

bila kau muncul aku selalu berharap kau tiada. kehadiran kau membuatkan aku selalu fikirkan tentang kau. mata aku selalu tidak dapat lari dari kau. aku sentiasa ingin melihat kau. aku tidak berhenti berdoa agar kau tiada dari pandangan mata aku. sampai satu saat, aku rasa macam nak 'bunuh' saja kau. tapi aku takut kau dan mereka semua tertanya-tanya dan rasa pelik. maka aku tidak jadi untuk 'bunuh'kau. aku hanya harap kau cepat berlalu.

tiba-tiba kau menghilang. aku pelik. aku masih memandang tempat yang sama. aku terfikir 'mana kau pergi?'. tiba-tiba aku tersedar, aku harus bersyukur kau tiada. tapi hati aku rasa pedih. pelik. sunggu aku pelik.

bila kau ada dan dia dan dia ada. aku tak mahu terus memandang, tapi mata aku terus memandang. sering kali aku berfikir apabila kau, dia dan dia ada, mesti kau dengan dia atau kau dengan dia sedang bermesra. maka aku usaha sibukkan fikiran aku agar aku tidak terus fikirkan tentang kau, dia dan dia.

kadang kala aku sengaja buatkan diri aku tiada di antara kau, dia, dia dan mereka. kerana aku sudah bosan dengan semua ini, aku sudah untuk meneruskan perkara ini. aku hanya berharap agar perkara ini segera berlalu tinggalkan aku.

dia, selalu menyebut nama kau. aku usaha buat muka cool, hati cool, berbual dengan cool. tapi hati aku tak cool seperti yang aku harapkan. pernah satu saat aku terus tiadakan diri aku antara kau, dia, dia dan mereka.  semakin lama aku tiada antara kau, dia, dia dan mereka aku rasa tenang walaupun kadang kala aku tertanya-tanya. tapi ketiadaan aku antara kau, dia, dia dan mereka sementara sahaja. aku kembali di tempat aku.  pada mulanya sebab terpaksa tapi lama-lama dengan rela hati. tapi itu hanya alasan sahaja.

aku mula terfikir 'kenapa aku perlu tiadakan diri aku antara kau, dia, dia dan mereka?" jadi aku teruskan adakan diriku antara kau, dia, dia dan mereka.

ada satu saat aku buat perjanjian bodoh dengan diri aku yang aku akan berbual dengan kau. konon 10.30, terus kepada 11.30 terus kepada 12.30, kemudian kepada 1.00 dan yang terakhir 1.30 aku tetap menjadi diri aku yang pengecut. maka aku biarkan kau pergi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...