Khamis, 7 Mac 2013

Hindi Movie, Bodyguard dan bagi aku tentang cinta tu

aku baru lepas tengok hindi movie kat tv 2. tajuk dia Bodyguard. salman khan dengan karena kapoor berlakon. aku suka cerita dia. aku suka cara karema kapoor buat salman khan jatuh cinta kat dia. aku suka. hahaha. tapi cerita tu si hero ( salman khan) tak peka tentang perasaan si heroin ( karena kapoor).

aku kesian kat heroin sebab dia kena tunggu bertahun untuk dapat cinta si hero. bukan hero tak cintakan heroin. tapi sebab ada salah faham dan ada orang yang salah faham. 

sampai hati kawan baik heroin tu mengaku yang dia tulah peminat misteri hero.  jadi hero pon ingat macam tu, tapi yang sebenarnya heroin

memang bila kita sayang seseorang itu, kita sanggup jatuhkan seseorang untuk dapat si dia ka??? kenapa nak buat macam tu??? erm... tak faham betul aku. mungkin sebab aku tak rasa macam mana perasaan yang dia rasa tu. kalau akulah, aku biar ja perasaan tu berlalu selagi dia bukan milik aku. tak pun biar ja si dia tu yang buat pilihan. tapi kalau dah tang tang  dia sukakan kawan baik kita, baik lepas ja. buat apa nak menyiksakan diri  kita untuk dapatkan cinta bukan untuk kita..

aku nie lagi suka biarkan perasaan tu berlalu ja. sebab aku rasa aku patut bagi perasaan tu pada orang yang sepatutnya. aku rasa aku tak kisah kalau aku nak biarkan perasaan itu berlalu sendiri, sebab bagi aku kalau dia boleh datang dengan sendiri, kenapa kita tak boleh biarkan dia berlalu. itu hanya pendapat aku ja lah.

banyak betul kisah cinta dalam dunia nie dan aku sangat sukakan kisah cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mamp...