Sabtu, 23 April 2022

Switched at Birth (TV series)

aku tengah tengok cerita ni. baru S3E11. menarik juga jalan cerita dia. dua orang remaja perempuan tertukar semasa mereka masih bayi. dibesarkan oleh keluarga yang berbeza.


bila tengok cerita ni, entah kenapa rasa lain macam. bila jadi remaja, akan sentiasa buat keputusan melulu. dan selalu fikir hal diri sendiri.

 masing-masing ada masalah. cuma penyelesaian mereka membuat aku macam ... erhmmm.





budaya mereka jenis berterus terang. lantang bersuara. aku macam... bila diorang buat macam tu kadang ada hati yang tersakiti. tapi sebenarnya tak salah pun diorang buat macam tu. cuma cara. mereka luah apa yang mereka rasa.


aku selalu fikir, bila aku cakap, ada ja macam yang tak kena. kadang aku rasa penat nak bersuara. sebab aku rasa mereka still ada pendapat yang sama terhadap aku.  lama-lama aku diamkan diri. tak nak pertahankan diri. biar orang nampak salah aku ja. padahal memang salah aku pun


berbalik pada cerita ni. cerita menarik. sebab buat aku untuk belajar bahasa isyarat tangan.  cerita ini sangat-sangat pertengahkan orang pekak. so sangat bagus cerita ini, bagi aku. masih tak habis lagi. nanti nak sambung tengok. ada 5 season. sekarang aku tengah tengok season 3


aku tahu perubahan  yang baik sangat bagus. tapi kadang aku terfikir, perubahan tu juga boleh membuatkan orang sedih.

Khamis, 21 April 2022

tulis dan luah ?

aku tak lah banyak kawan. tapi still ada kawan. tapi aku tak rasa yang aku boleh meluah apa yang aku rasa pada kawan aku. entah kenapa... mungkin aku tak yakin. atau.. mungkin aku takut dengan mereka terhadap aku.


aku tak boleh nak meluah apa yang aku rasa pada manusia yang aku kenal. 


banyak perkara aku nak cakap, cuma aku tak jumpa orang yang aku sesuai untuk bercakap. aku takut menyusahkan mereka. 


kadang bila aku dah bersedia nak meluah, aku dapat reaksi yang macam... 'okay, baik kau tak payah cerita'


sampai satu tahap, aku rasa, aku tak mahu pertahankan diri aku supaya mereka faham. sebab mereka tak akan pernah faham aku. lama-lama aku mendiamkan diri. angguk. sebab rasa penat.   aku rasa tak berguna untuk bercakap kalau akhirnya mereka akan  fikir aku yang salah. penat dan rasa sangat sedih sebab aku rasa seolah-olah tiada siapa yang akan sokong, akan ada dengan aku. jadi aku fikir lebih baik kalau aku diamkan diri, aku buat dono, aku buat tak kisah padahal aku tengah kisah. 

twenty five twenty one (2521)

 



aku sebenarnya dah habis tengok cerita ni waktu hari pertama atau hari kedua puasa.. atau sebelum tu. aku pon tak ingat. huh. aku kan selalu buka tik tok, jadi video pasal cerita ni selalu naik juga. boleh kata aku tahu juga pasal cerita ni. jadi aku tahu yang cerita ni sad ending, tapi aku nak tengok juga.

aku jenis tengok cerita selepas dah smua episode dia tayang. sebab aku rasa lebih ada perasaan tu. cerita ni sangat-sangat kehidupan. aku sangat suka jalan cerita dia. masalah kawan, masalah family, masalah dengan diri sendiri.  aku sukaa cerita dia

ending dia... aku sangat harap diorang akan bersama. tapi tak. ending dia... buat orang berfikir. 


macam mana kita sayang pada orang tu, kalau dah takdir tak bersama. tak bersama.


aku sedih tau. sampai sekarang tak boleh move on lagi dengan cerita tu. 


tapi aku macam faham juga kenapa ending dia macam tu. kalau still bersama juga, tak tahu sama ada diorang akan bahagia juga atau tak. 


bukan semua drama akan happy ending.


macam tu juga hidup kita. hidup kita tak akan sentiasa bahagia. 

Rabu, 13 April 2022

perasaan yg telah lama tak ada

Tadi tengah sembang dengan kawan, pergi dekat mak cakap. Selamat aku mute. Aku harap memang mute betul lah. Kalau tak segan siot. Benda yang tak patut dia dengar. Bila aku cakap waktu terus aku gelabah. Sampai ke bilik jantung aku dup dap dup dap. Laju


Waktu buat kerja dekat dapur pon tiba-tiba penat sangat sebab jantung aku tak habis lagi dup dap dup dap tu. Sampai aku kata dekat mak sambil duduk kata aku tengah terima satu kejutan. Tu jantung lain macam. 

Aku tengok mak aku senyum waktu tu. Jangan dia salah faham  sudah lah.  

Dah lama tak ada perasaan tu. Perkara biasa ja. Cuma gelabah lebih ja. 

Selasa, 12 April 2022

Ku Arif

aku mudah suka orang. tapi bagi aku orang yang betul-betul aku suka ada empat orang. 

orang yang pertama aku suka ialah Ku Arif. waktu darjah 4, dia pindah masuk ke sekolah aku. darjah empat. terlalu muda untuk aku betul-betul aku suka.  sebab apa aku kata aku betul-betul suka dia adalah waktu dia pindah aku sangat sedih. sangat-sangat sedih. aku ingat lagi ada satu masa aku duduk seblah dia. memang sebelah meja dia. budak kan. aku selalu pinjam pencil warna dia. sampai dia tak nak bagi aku pinjam. tapi dia still bagi pinjam. jujurnya aku tak lah betul-betul ingat sangat kenangan dengan dia. kami kan duduk sebelah. entah macam mana, cikgu minta aku duduk di tempat lain. aku memang sedih betul waktu tu. terpaksalah aku pindah tempat duduk. aku ingat lagi bila dia dah pindah, dia tak bagi number telefon pon kat aku. so, memang aku sedih. sampai aku merajuk. pastu shahirah bagi number dia kat aku. waktu zaman kanak-kanak aku telefon bimbit tak banyak. jadi kalau aku nak telefon sapa-sapa kena guna telefon rumah. jadi aku pun guna telefon rumah untuk call dia. rasanya banyak kali juga aku telefon. tapi ada satu hari aku berani cakap dengan dia. tapi aku tak ingatlah betul atau tak.  aku tak  tahu pun dia pindah mana. waktu sekolah menengah, aku aktif juga pergi mana-mana sebab sekolah hantar wakil. bengekl itu dan ini lah juga. aku tak perasan, tai kawan aku perasan akan kehadiran ku arif kalau tak silap aku. aku memang tak sembang pon. lagipun aku memang dari dulu tak rapat dengan budak laki. lama-lama aku pun lupa dia. tahun lepas, aku cerita dia dekat kawan aku, Atif. dia pun teringat yang Azril pernah cerita pasal  ku Arif. dia dapat cari facebook Ku Arif.  so, aku stalk lah FB dia. dah dah kahwin tahun 2019. dia Chef. aku pon tak stalk dia sangat. 

perasaan aku pada dia lebih dari suka sebab dia adalah orang yang boleh aku katakan  cinta pandang pertama. hahahaha. walalupun tu waktu kanak-kanak. sebab waktu dia masuk kelas aku waktu pertama kali, aku terus suka dia. 

Selasa, 5 April 2022

kahwin?

 setelah suhada kahwin. aku macam ada niat nak kahwin. ada niat. belum tentu aku kahwin. sebelum ni walaupun aku memang nak kahwin, tapi tak ada niat yang sungguh-sungguh aku nak kahwin. tapi bila kawan-kawan aku dok pakat kahwin. niat tu pon ada. sejujurnya aku pon tak yakin yang aku boleh mengaharungi perkahwinan tu. aku tak percaya pada diri. dan aku tak percaya pada lelaki. bukan... aku tak jumpa lelaki yang boleh menyakinkan aku. lagipun aku bukan jenis berkawan dengan lelaki. 

kahwin ni tak mudah. aku takut aku mudah putus asa dalam perkahwinan tu. aku mudah stress bila aku dalam sesuatu yang aku tak suka. jadi aku takut menyusahkan orang.

aku sangat cemburu orang pada orang yang bahagia, tapi aku suka mereka bahagia. bagi aku, aku tak layak untuk bahagia. aku banyak menyusahkan orang. dan aku tak nak bertambah bilangan orang yang aku menyusahkan tu,

aku tahu setiap orang tak sama. tapi aku tak tahu lah kenapa, aku rasa orang aku kenal, lelaki tu bagi aku cukup tak menyakinkan aku dalam sesuatu hubungan tu


aku takut tersalah pilih lelaki  dalam hidup aku. aku takut aku terikat dengan seseorang yang aku tak selesa. perkahwinan ini bukan sekejap. lama.


mak aku kata kat kak aku ' adik ang tu ada niat nak kahwin'


memang aku ada niat nak kahwin. tapi aku takut. aku takut dengan kehidupan perkahwinan tu.

Isnin, 4 April 2022

Twenty-Five Twenty-One


Cerita ni.. Sangat kehidupan bagi aku. Masalah, kekalahan jangan terlalu anggap tragedi. Aku suka heroin dia mengubah tragedi yang dia hadap tu jadi komedi. Sebab sampai bila kita nak down dengan setiap kekalahan kita tu. Memang kita tak boleh nak selesaikan masalah dengan cara tu. Cuma jangan terlalu lama dalam kekecewaan. Sampai tak sedar ada perkara yang boleh bagi kita bahagia.

Hero dia sangat handsome walaupun dah banyak drama dia aku tengok. Aku harap sangat cerita ni happy ending. Baru tengok 4 episode. Ada lagi 12 episode.

jangan harap kat orang untuk keluar

Sebenarnya penat kalau nak tunggu ada orang boleh teman ang keluar. Kalau ada tempat tu ang boleh p sorang, p ja sorang.  Sebab kita tak bol...