Khamis, 7 November 2024

jangan harap kat orang untuk keluar


Sebenarnya penat kalau nak tunggu ada orang boleh teman ang keluar. Kalau ada tempat tu ang boleh p sorang, p ja sorang.  Sebab kita tak boleh harap akan ada orang sentiasa dengan kita. Aku dah lah jenis tak banyak kawan, dan tak ada tempat untuk aku kenal orang baru.  So memang aku kena untuk sorang. Mengharapkan seseorang tu sangat penat.  Aku jenis overthinking  dan jenis sensitif dan ada masa aku dah malas nak fikir pasal perasaan.   Cara mudah, jangan harap kat orang. Nak bagitau nak, tak mau bagitau tak mau. Mudah. 

amy

Kalau aku waktu zaman sek, mesti aku tak sangka yang aku akan selalu keluar dengan dia sekarang ni.  Sebab zaman sek, aku memang tak rapat dengan dia. Sebab aku rasa tak selamat dengan dia. Hahahahah. Sebab apa yang dia teka, memang betul. Ada benda aku tak meluah waktu tu, dia tau. Dia hanya memerhati ja. Tu pasal aku rasa tak selamat bila dengan dia, macam dia akan tau semua rahsia aku. Tapi sekarang ni, banyak benda dia tau pasal aku. Semua benda buruk aku, dia tau. Hahahaha. Bila aku malas duduk rumah, rumah dia memang jadi  tempat untuk singgah.  

Khamis, 29 Ogos 2024

kopi

Hari ni, Latte time. Dua hari dah air limau kasturi. Hari ni. kita ke pahit kopi. Nanti-nanti teh pulak.  Dulu aku jarang betul nak buat air kat rumah. Selalu minum air kosong ja. Ni sebab terpengaruh dengan kak aku lah ni. Dia selalu nak cuba kopi. Dari aku tak minum kopi. Dah minum kopi dah. Walaupun latte ja pon,  dulu aku selalu pesan caramel macchiato, tapi dia kan manis betul sebab ada caramel.. Jadi dah lama tak beli. Lani ni kalau ada matcha espresso atau matcha apa2, memang beli air matcha ja. Dia rasa pahit teh dengan kopi. Aku suka. Kalau tak beli matcha, beli Latte. Aku selalu cuba americano kak aku ja sebab aku tak rasa aku mampu nak habis secawan americano tanpa gula. 

Jumaat, 28 Julai 2023

aku yang bermasalah

Tu pasal aku tak kahwin. Aku nak, tapi aku tak rasa aku mampu untuk hadap. Hidup aku yang sekarang pun aku tak mampu nak hadap. Aku tak mampu nak hadap orang ramai puny pendapat, aku tak mampu hadap diri aku sendiri. Aku Overthinking.

Khamis, 27 Julai 2023

27/7/2023

Sedih? Sedih lah. Benda dah jadi. Jadi je lah. Aku Jadi jgn sendiri yang cari pasal. Dari dulu kot aku tau.. Dok menidakkan. Aku tau penyebab tu .. dok ingatkan aku penyebab tu. Bagi semangat sikit. Benda tu dah menyakitkan hati. Jangan dok sebut. Bagi aku masa untuk terima keadaan tu. Ni dok sebut sebut sebut. Jangan buat aku jadi overthinking sbb benda ni, aku penat. Esok.. Erm.. Akan dengar lagi benda yang sama. Entah lah sampai bila. Biar aku sendiri cerita dan bertanya. Jangan nak 'tu lah ang... aku tau.. Aku tau... Aku dah sediakan mental aku dah untuk benda ni. Penat tau jadi overthinking ni. Jangan sampai aku memang dah tak peduli ja.

Sekali dia sebut tak pa lagi. Dua kali. Okay lagi. Ni kalau org yang sama, Berkali-kali dok sebut. Benda tu menyakitkan hati. Aku masih memproses untuk menerima hakikat yang dah lama aku tau.

Abang aku pujuk.. Lembut ja.. 'tak pa arh.. Ang kena buat nie nie... ' sopan ja kata-kata. Hahahha. Selamat on call ja... Kalau depan-depan. Lagi teruk keadaan aku.

Walaupun hati aku jenis hati keras juga tapi still hati tisu. Mulalah menangis tak berlagu.

Waktu cakap ngan abang aku. Air mata dah keluar dah. Hahahha cuma tak laju tapi tak berhenti lah dia turun. 

27/7/2023

Sedih. Jarang aku sedih sampai aku menangis depan orang. Kali ni aku punya menangis mungkin bukan depan orang tapi waktu aku call ngan abang aku. Tengah taip pon aku tengah menangis ni. Sebab aku tahu sesuatu yang aku tak suka. Tapi masalahnya memang salah diri. 

Kenapa aku cepak sangat overthinking? Orang lain bila ada masalah.. Tenang ja. Tapi dalam hati diorang aku tak tahu lah.. 


Aku ni dah fikir macam-macam. 

Hati dah keras. Pastu hati tisu juga. Mudah betul aku menangis kalau aku dah fikir macam-macam. 

Aku tak mau pun fikir. Hati mudah gelabah. Aku benci bila keadaan aku macam ni. 

Semoga aku baik-baik saja. 


Sabtu, 15 Julai 2023

perasaan yang sementara

Bila baca novel atau tengok cerita.. Rasa teruja nak ada partner. 😅. Tapi bila dah habis cerita tu, perasaan nak ada partner tu jadi normal balik, tak nak. Cemburu? Ya cemburu. Tapi diri sendiri yang tak sedia. Aku pernah rasai rasa kecewa. Jadi aku tak nak alami dah. Jujur aku kata aku tak pandai nak bersosial.. Jadi salah satu sebab aku tak nak. Lagipun aku banyak kekurangan. Aku tak nak bilangan orang yang tak suka aku tu bertambah. Cukup yang mana ada sekarang. Ada masa nak kenal orang, tapi aku tahu perasaan aku tu sementara ja. Lagipun aku tak nak buang masa dengan perkara yang tak pasti. Cukup apa yang aku alami sekarang ni. Aku nak follow the flow ja. 

jangan harap kat orang untuk keluar

Sebenarnya penat kalau nak tunggu ada orang boleh teman ang keluar. Kalau ada tempat tu ang boleh p sorang, p ja sorang.  Sebab kita tak bol...