Sebenarnya penat kalau nak tunggu ada orang boleh teman ang keluar. Kalau ada tempat tu ang boleh p sorang, p ja sorang. Sebab kita tak boleh harap akan ada orang sentiasa dengan kita. Aku dah lah jenis tak banyak kawan, dan tak ada tempat untuk aku kenal orang baru. So memang aku kena untuk sorang. Mengharapkan seseorang tu sangat penat. Aku jenis overthinking dan jenis sensitif dan ada masa aku dah malas nak fikir pasal perasaan. Cara mudah, jangan harap kat orang. Nak bagitau nak, tak mau bagitau tak mau. Mudah.
Khamis, 7 November 2024
amy
Kalau aku waktu zaman sek, mesti aku tak sangka yang aku akan selalu keluar dengan dia sekarang ni. Sebab zaman sek, aku memang tak rapat dengan dia. Sebab aku rasa tak selamat dengan dia. Hahahahah. Sebab apa yang dia teka, memang betul. Ada benda aku tak meluah waktu tu, dia tau. Dia hanya memerhati ja. Tu pasal aku rasa tak selamat bila dengan dia, macam dia akan tau semua rahsia aku. Tapi sekarang ni, banyak benda dia tau pasal aku. Semua benda buruk aku, dia tau. Hahahaha. Bila aku malas duduk rumah, rumah dia memang jadi tempat untuk singgah.
Khamis, 29 Ogos 2024
kopi
Hari ni, Latte time. Dua hari dah air limau kasturi. Hari ni. kita ke pahit kopi. Nanti-nanti teh pulak. Dulu aku jarang betul nak buat air kat rumah. Selalu minum air kosong ja. Ni sebab terpengaruh dengan kak aku lah ni. Dia selalu nak cuba kopi. Dari aku tak minum kopi. Dah minum kopi dah. Walaupun latte ja pon, dulu aku selalu pesan caramel macchiato, tapi dia kan manis betul sebab ada caramel.. Jadi dah lama tak beli. Lani ni kalau ada matcha espresso atau matcha apa2, memang beli air matcha ja. Dia rasa pahit teh dengan kopi. Aku suka. Kalau tak beli matcha, beli Latte. Aku selalu cuba americano kak aku ja sebab aku tak rasa aku mampu nak habis secawan americano tanpa gula.
Langgan:
Catatan (Atom)
jangan harap kat orang untuk keluar
Sebenarnya penat kalau nak tunggu ada orang boleh teman ang keluar. Kalau ada tempat tu ang boleh p sorang, p ja sorang. Sebab kita tak bol...
-
aku baru lepas baca cerpen Cinta Yang Terlewat. korang boleh klik kat link INI . cerita dia kisah perempuan yang mencintai seorang lelaki. d...
-
aku baru ja habis baca e-novel, karya Rehan Makhtar. cerita-cerita memang best. tajuk yang baru aku habis baca 'cinta biar saja ada'...
-
cerita nie walaupun aku tak tengok dari mula hinga habis 100% sebab ak hanya tengok mula-mula dan last sekali. tapi cirita ini memang buat a...